Berbaloikah Bersenang-senang di Dunia?

Thursday, November 19, 2015


Pepatah Melayu ada mengatakan,
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.
Maksudnya lebih kurang begini, untuk menghadapi kesenangan pada masa hadapan. Kita semestinya harus bersusah-susah dahulu. Tiada kesenangan yang datang bergolek tanpa sedikitpun usaha dari kita. Melainkan kesenangan yang sementara ataupun kesenangan yang dipenuhi dengan kepura-puraan.

Okey. Sekarang ni cuba sama-sama kita fikirkan. Berapa tahun biasanya kita boleh hidup di dunia ini? Setujukah anda kalau saya katakan kebiasaannya kita hanya mampu bertahan sekitar 70 tahun sahaja di dunia ini. Atau, kalaupun lebih. Itu bolehlah dikira sebagai bonus.

           "Eh, lamalah tu 70 tahun.."

Anda pasti bahawa 70 tahun itu lama? Saya nak tanya. Adakah 70 tahun dibandingkan dengan kehidupan di akhirat yang selama-lamanya itu masih dianggap lama?
Sudah tentu 70 tahun yang kita katakan lama itu sudah tidak ada nilainya bukan?! Allah..

Berbaloikah jika kita berhibur secara berlebih-lebihan?
Mencari harta dunia sehingga lupakan akhirat.
Bersuka-ria sehingga lupakan syariat.

Tidak. Tidak sama sekali.

Maka, sahabatku sekalian. Berusahalah kita untuk menjadi manusia yang terbaik di sisi Allah. Syurga itu untuk insan-insan yang terpilih. Justeru, mana mungkin kita akan mendapatnya secara percuma.

Bagi anak muda, gunakan masa muda kita dengan sebaiknya. Berbakti kepada agama, keluarga dan masyarakat. Tuntutlah ilmu dengan sebanyak mungkin. Berusahalah untuk menjadi pemuda dan pemudi yang berjuang untuk agama.
Waktu muda hanya sekali, maka jangan persiakan.

Bagi yang sudahpun tua, masih belum terlambat. Pintu taubat itu sentiasa terbuka. Jika kurang ilmu, tidak perlu segan untuk menuntut ilmu. Pakcik, makcik anda osem sangat bilamana masih bersemangat menuntut ilmu walaupun dalam keadaan uzur. Respect! :)

Di akhirat kelak, menyesal pun sudah tidak berguna lagi. Ketika itu sudah tidak ada jalan kembali. Jadi, berbaloikah untuk kita bersenang-senang di dunia? Sedangkan di akhiratlah yang kekal abadi.
Saya pasti anda juga tahu jawapannya. ;)

Saya yang menaip ini juga pastinya sedang mengingatkan diri sendiri yang sering terleka dengan nikmat duniawi yang sementara. Semoga anda dan juga saya sentiasa berada dalam rahmat Allah sentiasa. Amiin.

You Might Also Like

12 comments

  1. amin..betul..setuju...kita rasa 60 70 tahun tu dah lama sangat di dunia..tapi hakikatnya bekalan kita untuk hidup selamanya di akhirat itu sebenarnya belu cukup..tamaklah dalam amal maruf..

    ReplyDelete
  2. sentiasa beringat dengan apa yg dah kita lakukan...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ana,

    Sis pun rasa kejam pada diri sendiri kerana tidak seimbang tuntutan dunia dan akhirat.. Harap diberi kesempatan utk menebus segalanya.. :'(

    ReplyDelete
  4. Allahurabbi, moga kita istiqamah berjuang utuk akhirat

    ReplyDelete
  5. betul...kdg2 sy terfikir, berapa lama ya umur kita di akhirat nnt? lama mcm mana ek?

    ReplyDelete
  6. @PeRdU cINta
    Semoga usia kita ni berkat kan akak?..

    ReplyDelete
  7. @Maisarah Humaira
    Betul. Kalau tersilap, cepat2laa minta maaf ataupun bertaubat.

    ReplyDelete
  8. @LZ - The Blog Owner
    Wa'salam..
    In shaa Allah kak. Kita tidak akan lari dari kesilapan, sebabtu Allah sntiasa buka pintu taubat untuk kita. :')

    ReplyDelete
  9. @Khai♥Rin : anies
    Akhirat itu adalah selama-lamanya. Tiada titik noktah. Sebabtu kita kena berusaha sebaik mungkin untuk akhirat.

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N