Kembara Tarbawi @Singapore || Trobek

Monday, October 19, 2015

Assalamualaikum dan hai~

Aku berkesempatan ke Singapore tahun lepas semasa dalam semester pendek. Bersama-sama dengan rakan sekelas masa tu antaranya adalah Ulya dan juga Lisha. Tujuan ke sana sebenarnya sebab ada conference. Sama jugak macam masa aku ke Sabah, juga sebab ada conference di sana. Jadi, bukanlah pergi untuk ambik angin atau jalanjalan. Konklusinya, aku kena cari peluang untuk ke sana sekali lagi. In shaa Allah. :)


Kami lalu je kot singa tu. Aku tak turun pun. Adala dua tiga orang bebudak laki berlari gi selfie depan singa tu. Haha.

Conference kali ni pasal mobile games gitulaa. Aku ke sana sebenarnya dalam bulan puasa. Pergi pagi dan balik petang. Berbuka pun kat Johor je. HAHA. :P

Disebabkan conference tu majoritinya non-muslim, kat sana turut disediakan jamuan ringan. Macam Hi-Tea gitulaa. Uhuk Uhuk.

Dan.

Bila masuknya waktu Zohor. Kami pusing hotel sambil cari surau. Sadly, takde surau pun kat sana. Bila kami tanya kat kaunter, dorang kata kena pegi masjid yang terdekat. Masjid yang terdekat pulak, takdelaa dekat sangat. Adalaa dalam sepuluh ke lima belas minit perjalanan jugak kalau tak silap.

Setelah sampai di masjid, (nak sampai ni jenuh jugak betanya kat orang2 tepi jalan :P) kami pun terkejut tengok masjid penuh sangat. Dan, barulaa kami teringat hari tu hari Jumaat. Malunya lahai bila kami bertiga je perempuan kat situ.

Kami pun keluar balik dan pergi tunggu kat luar kawasan masjid. Sambil menunggu, sambil ber'photoshoot'. Sebab kat situ, banyak sangat burung merpati dua sejoli. Eh. Hehe. :P

Merpati kat sini agak jinak. Tapi, awas dengan tuutttt nya. :P
Siap je muslimin solat jumaat, kami pun nak pegi naik masjid tu.

Cuba teka kami dapat apa?

Kami dapat bubur lambuk.
Yeay!

Serius banyak kami dapat. Dah tak payah beli nasik dah untuk berbuka hari tu. 
Terima kasih Singaporians~
Kenyang kami. :)

ihsan Gugel.
Dalam masjid ni jugak ada makam. Mula-mula pelik jugak kami bila tengok ramai jer orang kat situ. Bila saya tanya Uncle Gugel, katanya makam Habib Noh.

Juga ihsan gugel
Kami naik ikut tangga ni laa. Masa tu memang main redah je. Taktau belah mana muslimin, belah mana muslimat. Orang pun pandang pelik je kat kami. Yerlaa, tetiba je ada muslimat tiga orang kat situ. Nasib baik jumpa jugak bahagian muslimat. Padahal ada je dua tiga orang muslimat yang lain. Hihi.

Usai solat. Kami pun terus pulang ke hotel. Dengar conference sambil mengantuk.
Sampai ada mat salleh tanya aku, rasanya dia tu penganjur jugak kot?

          "Are you ok?"

Terkejut aku. Dahlaa baru nak tersengguk.
Terus aku cakap.

         "Eh, okok! Hehe"

Haha. Jahat pulak rasa. Terus buat2 fokus lepastu.

Baliknya. Alhamdulillah, selamat semuanya.
Berhenti beli makanan berbuka kat bazar Ramadhan Malaysia. HAHA.

Kami bertiga memang dah tak beli makanan laa.
Pasaipa?
Pasai dah ada bubur lambuk.

Lala~

Ok.
The End.
:)

You Might Also Like

4 comments

  1. Bestnya dapat ke kota singa singapura....

    ReplyDelete
  2. @Mardiah Diana
    Hehe. Alhamdulillah.
    Tapi tak sempat jalan2 pun. :'(

    ReplyDelete
  3. Banyaknya burung merpati kat sana.. Tak pernah lagi sampai singapura..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N