Satu perkongsian dari seorang ustaz.
Katanya kalau kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa kerana Allah. Kita akan sentiasa sabar dan masih berbuat baik kepada mereka, walaupun mereka ada melakukan kesilapan. Kerana apa, kerana kita tahu itu perintah Allah.
Namun, kalau kita mengasihi mereka hanya kerana merekalah yang mengasuh kita dari kecik. Kita akan mudah untuk memberontak bila mereka ada membuat kesalahan.
Semoga kita sentiasa menjadi anak yang soleh. Taatkan Allah dan taatkan kedua ibu bapa. Bukan hanya untuk membalas jasa mereka. Tapi kerana kita tahu, itu adalah perintah Allah. Dan kita juga tahu bahawa redha Allah itu letaknya di atas redha kedua ibu bapa.
Dengan memandang wajah mereka sahaja sudah memberi kita pahala. Apatah lagi bila kita berbuat baik kepada mereka.
Allah..
Sungguh Engkau Maha Pemurah.
:)
Sentiasa doakan ibu dan ayah kita. Terutamanya selepas solat lima waktu.
Ingat.
Kalau kita mahukan anak yang soleh dan solehah. Kita yang terlebih dahulu perlu menjadi anak yang soleh solehah.
Jom.
Sama-sama kita berusaha menjadi anak yang boleh membahagiakan ibu dan ayah.
Pastinya.
Dunia dan akhirat.
:')
8 Comments
moga syurga ganjaran untuk bonda dan ayahanda kita kelak..
ReplyDeleteAssalamualaikum adik ana fatihah,
ReplyDeleteSesungguhnya anak-anak adalah tiket untuk mak ayah ke syurga kann.. Akak pun mudah mengalirkan airmata bila citer tentang pengorbanan mak ayah ni..
@PeRdU cINta
ReplyDeleteAmiin. In shaa Allah kak. :')
@LZ - The Blog Owner
ReplyDeleteWa'salam kak. Setuju. Pengorbanan mereka tak dapat dibalas dengan wang ringgit pastinya. :)
Semoga Syurga buat mereka :) Amin. Sebab lak baca...
ReplyDelete@Kakak Tiri Cinderella
ReplyDeleteAmiin Allahumma Amiin. :')
salam sis. boleh tahu tak awak course apa ? ,
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteWa'salam. Grafik n Multimedia Software. ;)
Bismillah. Titipkan kata-kata anda.