Kembara Tarbawi @Pulau Langkawi Part 2

Kembara Tarbawi @Pulau Langkawi Part 1

Assalamualaikum dan hi semua.
Alhamdulillah, bertemu lagi di sini. Masih diberi ruang dan waktu untuk menulis dan berbelog. :)
In shaa Allah, kali ini aku akan menulis sambungan trip ku ke Pulau Langkawi. Haritu kan baru separuh jalan ceritanya. Bagi yang belum baca Part 1, jemput-jemputlaa klik link kat atas ye.
Oke, hari tu aku stop pada hari ketiga kan. Dan, aku cakap kami dah berjaya buat aktiviti parasailing dan jetski. Alhamdulillah best sangat. Dapat pengalaman terbang dan merempit kat laut. Serious, osem experience! :D
Parasailing = RM 60
Jetski = RM60

Mostly memang harga taraa ni. Adalaa satu yang kami jumpa jetski harga RM50 masa kami survey hari first tu. Paling murah. Tapi, dah kurang rajin nak cari balik brader tuu. :P
Nak drive jetski tu senang je. In shaa Allah, semua orang boleh drive. Saya yang hanya pandai drive basikal ni pun boleh. Hehe. Sebelum gerak, make sure baca doa naik kenderaan dulu deh.
Ni gambar pelancong lain. hehe. Kami curik2 captured. :P
Dekat Part 1 aku ada ceritakan kisah wanita Oman tu kan? Haaa. Kali ni situasi yang lebih kurang sama jadik lagi. Tapi, dengan orang tempatan pulak.
       Brother : Kak Long! (refer to Zuria and me)
       (Kami pandang dan sengih aje.)

      Brother : Pandai cakap Arab tak?
      (Sengih lagi sambil geleng-geleng kepala.)

     Brother : Tengok dia ni. (sambil tunjuk kawan dia) Dah power cakap Arab! Sekolah sampai darjah enam je tau..

Adeh! -..-
Kena sekali lagi. Gelak je kami dengar dia cakap macam tu. Haha.
Memang kami tabik springgg pun kat pekerja-pekerja kat Langkawi ni. Banyak betul bahasa dorang pandai. Terbaikk! :)
Petang pulak, kami rehat2 kat bilik saja, sebab Zuria agak pening lepas buat aktiviti parasailing tu. Malam pulak kami round2 kawasan Pantai Cenang tu cari makan. 

Fourth Day (13 Ogos 2015)
Hari ni pun best jugak! Kami pegi buat aktiviti SkyTrex! Kami ambik yang pukul 10.30 pagi start.Yeuhuuu!


Eagle Thrill - RM55
Island Extreme - RM65
Masa ber'SkyTrex' tu kami tak bawak kamera atau phone. Sekali instructor yang jaga kami tanya :
    
         " Tak bawak phone ka? Kalau dak boleh ambik gambo.."
Maka, berlakulah sesi penyesalan dari kami. Haha. Tapi, nasib baik jugak ada foreigner from China yang berbaik hati untuk bagi instructor tu ambik gambar kami sekali pakai phone dia. Dorang ni pasangan suami isteri, I guess. Thank you very much!

Lepas siap SkyTrex, kami dah bertukar-tukar emel dengan pelancong tu dan bila nak ke destinasi seterusnya dorang pulak panggil kami. Dorang cakap dorang nak tumpang kami untuk ke next destination. And of course we were glad to help! :D
Next destination kami adalah air terjun Temurun. Tak jauh dari tempat SkyTrex tu. Kalau ikut perancangan awal, nakgi air terjun Telaga Tujuh, tapi atas sebab-sebab tertentu dan suggestion dari instructor tadi. Kami pergi ke air terjun Temurun!! Yeayyyy!

Air Terjun Temurun
view dari tempat aku celup2 kaki.
Lepastu, aku pegi naik atas sikit. Laluan dia dah bertangga. So, takdelaa susah sangat. Cuma, kena hati-hati jugakla sebab tangga dia macam tinggi rendah kecik besor gitu.

view kat atas
Kat atas ni, aku tengok ramai foreigner laa yang mandi manda. So, kena jaga pandangan sikit naa. Tapi subhanallah! Serius cantek! Air pun biru kat atas nii. Rasa je nak pegi terjun! Hehe :P

Lepas turun dari puncak ni, kami pun siap-siap nak pulang. Ouh, foreigners dari China tu mintak tumpangkan dorang lagi. Aku dah lupa tempat yang dorang turun tu, yang pasti tempat jual craft gitulaa. Sempat jugak stop kat beberapa tempat untuk photoshoot. Kami apa lagi, join sekali jerlaa. :)

first stop
second stop
Cantek sangat tempat nii. Aku tak sure laa tempat ni dipanggil apa. Thumbs up!!
Lepas kami drop dorang, kami pun terus ke Oriental Village. Nak tau tak, walaupun dah hampir setengah hari kami jalan-jalan dengan foreigners tuu. Tapi, kami lupa pulak nak tanya nama dorang and perkenalkan diri sendiri. Haha. Kelakar pulak rasa.


suasana kat dalam Oriental Village
Beli tiket untuk naik skycab nasib baik tak ramai sangat orang. Pegi jer dekat kaunter, terus dapat tiket.

Warganegara = RM20
Bukan Warganegara = RM35

kat dalam skycab
sampai ke puncakk!
Alhamdulillah.. Sampai jugak kat atas nii. :)
Lepastu, turun balik bilik. Carik makan. Hari ni carik makan jauh sikit, kat pekan Kuah.
Last Day (14 Ogos 2015)

Shopping time!! Again.. Hehe. Round 2. :P
Bila dah shopping, jaranglaa nak ada pictures. Sibuk sangatlaa kengkunun. Lepastu, terus hantar kereta kat airport dalam pukul enam. Then, stay kat surau sebab flight tiket kami pukul 10.45 malam. Sempat jugaklaa delay, tapi nasib baik tak lama dalam pukul 11.15 macam tu laa.
Alhamdulillah.
Great trip.
Great experience.
;)


Post a Comment

8 Comments

  1. Pemandangan air terjun tu ma sya Allah cantik sangat..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Air terjun telaga tujuh tu nampak best! Nice trip!

    Jemput singgah ke blog saya, VitaminSuci. Saya dah add link blog awak di bloglist saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. @VitaminSuci
    Wa'salam. Tu air terjun Temurun kak. Hehe
    Terima kasih banyak sudi letak dalam bloglist. :)

    ReplyDelete
  4. menriknya!...subhanallah cantik pemandangan

    ReplyDelete
  5. Seronok jalan-jalan kat Langkawi..

    ReplyDelete
  6. @emalin mohd
    Seronok. In shaa Allah kalau ada kesempatan nak pegi lagi. :P

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.