Kembara Tarbawi @Pulau Langkawi Part 1

Assalamualaikum semua.
Lama sudah tak menjenguk belog sendiri apatah lagi belog sahabat2. Hehe. Maafkan.

*buat muka cumil*

Nah, belanja satu gambar! ;)

Pantai Cenang
Subhanallah..
Alhamdulillah..

Suka sangat tengok keindahan alam. Sambil memuji kebesaran Allah. 
Keluarlah dan tengoklah keindahan alam, pastikan kau jumpa kebesaran Allah. Serious!

Sebelum aku cerita aktiviti aku kat sana, maybe aku boleh bercerita tentang budget jugak kott. Haha. Taktau ni topik menarik atau serammm. Haha. Oh, btw untuk trip kali ni aku pergi berdua je dengan sahabat aku Zuria. :3

Kami pergi boleh tahan lama jugaklaa. Dari 9hb(malam) until 14hb August(malam) jugak. Kalau ada orang tanya pi berapa hari dan kami cakap tarikh tuu, boleh kata semua akan cakap benda sama.

         "Lamanyaaaaa.." haha.

First thing first, benda paling penting kalau cerita pasal bajet. Tiket pergi balik, penginapan dan transport kat sana.

Flight Ticket = RM 132
Accomodation = RM137.50/person (5 nights)
Car Rental (Viva Auto) = RM300

Untuk flight ticket tu, kami tempah masa tengah murah jugaklaa. Tapi takdelaa semurah RM 10. Haha. Masih tak puas hati sebab hari tu akak aku pegi Langkawi tiket sepuluh hengget je. -..-

Pegi kami tak ambik baggage, balik baru ambik 15kg. Shopping laa katakan. :P

So, korang kena rajenrajen survey untuk dapat tiket yang lagi menguntungkan poket ye sahabat sekalian. 

Okeh, untuk penginapan pulak. Kami menginap di T-Star Cottage. Bilik kat sini ada tiga jenis iaitu modern, spa and village. Kami ambik village room hari tu. Bagi aku sangat terbaiklaa kat sini berpatutan dengan harga laa kan. 


Aku suka sangat dengan toilet kat sini. Unik and menariklaa bagi aku. Silakan ngusya2 gambar dia ye. WiFi kat sini pun laju jer. Siap boleh mendownload lagi.. Muehehe

*tapi kalau musim cuti2 sekolah gitu aku tak sure laa pulak

Kat beranda luar tu pulak ada dua bijik kerusi kalau korang nak bersantai2 kat situ. Tapi, kitorang memang tak pakailaa. Segan pulak nak baring kat luar. Lelaki okaylaa. Hehe. 

Next adalah kereta sewa. Kami sewa kereta dekat MRP Langkawi. Harga kereta ni kalau korang share lagi ramai lagilaa untung. Kondisi kereta ok, alhamdulillah lancar je perjalanan. Minyak sepanjang kat sana kami isi dalam RM50 je. Dan, untuk harga kereta ni kalau waktu peak ramai orang, harga dia akan berbeza. So, kalau korang pergi time waktu cuti sekolah ke memang kena sedia duit lebih sikit. 

Sudah dengan cerita bajet, jom kita tengok apa aktiviti yang kami buat kat sana. Yossshhh!

Hari first (10 Ogos 2015)

Lepas kami carik sarapan, kami pi jalan2 Pantai Cenang. Memang dah dekat sangat dengan penginapan kami. Sambil2 survey untuk parasailing dan jetski, ber'photoshoot' laa kami. :D

Macam ada unsur yang tidak senonoh, tapi sebab lawa ambik jugak gambo
Petang pulak, pegi shopping first round kat Idaman Suri dan Haji Ismail Group. Shopping lepastu balik bilik, malam kami lepak kat bilik je.

Second Day (11 Ogos 2015)

Hari ni cerita sedih sikit, sepatutnya kami pegi Island Hoping pagi ni. Tapi, atas sebab2 tertentu. HAHA. Kami tak pegi. Dan duit tak boleh refund. Sobsob. Kechengkecheng melayang RM35 sorang.

Jadi, bagi mengubat hati yang lara ni. Kami pun pergi kolam air panas Ayer Hangat dekat2 dengan Tanjung Rhu. Tiket RM3 je, takdelaa nak kena keluar duit banyak lagi. Adeh!

Kat sini sebenarnya korang boleh mandi Jazcuzzi. tapi harga dia dalam seratus lebihlaa. Kami tengok terus larilaa. Tak berani nak pandang lamalama. Haha.

cantek kan? lagi tempat untuk berphotoshoot. :3
Kat sini jumpa pelancong dari Oman dan sempatlaa bertegur sapa.

        Dia : Assalamualaikum..
        Kami : Waalaikumussalam w.b.k.
       Dia : Can u speak Arabic.
       Aku: Nope. But, i've learned Arabic. (krikkrik sangat rasa ditanya gituu. haha)

Petangnya, kami ke Tanjung Rhu kononnya untuk buat parasailing, jetski and bananaboat activities but due to bad wheather kami tak dapat buat. So, kami buat keputusan untuk refund je duit and cari yang dekat2 Pantai Cenang je. 
Tanjung Rhu dengan cottage kami dalam setengah jam perjalanan jugaklaa. Sebab aktiviti tu cancel, kami terus gerak ke Dataran Lang. Aktiviti macam biasa, photoshoot lepastu pegi pulak Taman Lagenda.

gambar wajib di Langkawi.
Untuk Taman Lagenda, bila kami masuk keadaan kat dalam tu agak menyedihkan. Nampak macam tempat terabai. Ada je dua tiga orang pelancong luar yang masuk, taktaulaa dorang pikir apa. Kalau pegi sorang memang seramlaa nak berjalan kat dalam tuu. Huhu.

kat luar Taman Lagenda.
Third Day (12 Ogos 2015)

Alhamdulillah, hari ketiga barulaa kami berpeluang untuk mencuba aktiviti parasailing dan jetski.. hehe. New experience for us. Gambar parasailing ada kat kamera Zuria dan untuk jetski memang kami tak ambik gambar pun. Sobsob.

So, untuk gambar dan aktiviti seterusnya tunggu entry lepasni ye.. In shaa Allah banyak lagi aktiviti dan kisah2 menarik yang aku bakal ceritakan. 

Peace. :)

Kembara Tarbawi @Pulau Langkawi Part 2



Post a Comment

2 Comments

  1. saya tak pernah pergi..sedih kan? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Biasalaa tu, tuan kan dah pegi banyak tempat lain.

      Delete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.