Cerita Raya 1436

Monday, July 27, 2015

Assalamualaikum.

Malam ni dah masuk ke 10 Syawal.
Masih beraya ke? Mesti masih sibuk dengan rumah terbuka lagikan.
Saya dah rilek2 kat rumah dah..
Rumah pun dah sunyi balik. Cuma, sebab kak Sarah cuti beranak sekarang adalaa lagi anak buah dua orang kat rumah. Takdelaa krikkrik saya dengan ma abah je.

Raya pertama hingga keempat. ekceli duduk kat rumah jer tunggu tetamu datang rumah je. Cuma pergi beraya rumah saudarayang dekat-dekat dan jiran. Ramai jugaklaa yang datang beraya kat rumah kami.

Cerita pasal orang datang beraya kat rumah, teringat ada sorang adik ni datang rumah kami. Dia datang sorang-sorang je. Katanya nak datang beraya, jadi kami suruhlaa dia naik minum-minum ke apa dulu. Tapi, dia berkeras taknak. Sampai ke sudah tak naik-naik. Kami confuse taktau nak buat apa, kami pun krikkrik jerlaa. Sekali dia bagi lagi salam berkali-kali sampai kami jawab lagi. Then, kami suruhlaa dia naik sekali lagi. Tapi, situasi yang sama berlaku balik. Dia taknak naik dan senyap je. At the end, kami bagi jer duit raya and dia pun terus balik. 

Budak tu nak kata kecik takdelaa kecik sangat. Dah darjah empat pun. Tapi, kami macam terpikir-pikir jugaklaa macam tak berapa sopanlaa kalau buat macam tu. At least, naiklaa ke rumah sebab takkan datang beraya untuk dapat duit je kan.. Moral of the story, ibu bapa kena ajar anak-anak adab bila menziarah ke rumah orang ye.. :)

note: saya bukan menghukum adik tu, sekadar mengambil pengajaran.


Orait, jom beralih ke cerita Raya saya pulak! 

Raya kelima, sahabat saya dari Negeri Sembilan datang beraya ke rumah. Tujuan asal sebenarnya untuk ke walimah Kak Jaja yang juga sahabat saya. :)


Kami sempat pegi ke masjid untuk akad kak Jaja. Alhamdulillah.. 

Tok imam pulak asyik duk menyakat je pengantin lelaki. Lepastu, cukup pakej pulak dengan ada sorang pakcik yang suka gelak kuat-kuat. :D

Barakallah buat kak Jaja dan suami. :')
Then, kami makan-makan bergambar dan terus balik rumah. Kawan saya yang dari Negeri Sembilan tu pun stay kat rumah saya. Esoknya pulak, kami pergi beraya ke rumah kawan-kawan. Tiga buah rumah je yang kami sempat pegi. 
Gambo? Takde gambar yang diambil. Haha. :p

Last sekali, reunion dengan sahabat-sahabat sekolah menengah dulu. Tapi, tak ramai sangatlaa yang pergi. Sebab ramai yang tengah praktikal dan ramai jugak yang dah start kerja. Dah tua semuaa. :')
Ni reunion first saya pergi tau, sebelum ni tak pernah pun pegi. Lima tahun kemudian punya reunion baru pegi. Heheh. :p
mencopet gambar di insta sahabat. :p
Lepas selesai, kami sahabat muslimat sahaja (tu pun tak semua) ke rumah tuan punya Insta ni pulak. Lagilaa lama duk bercerita, almaklumlah dah lama tak jumpa. Hahaha.
Apapun, serooooonok sangat jumpa korang semua! Yeuhuuu. ;)

p/s: raya-raya jugak, puasa enam jangan lupa. :)

You Might Also Like

3 comments

  1. Alhamdulillah..nikmat syawal..punya 1001 cerita..jadikan tauladan dan pengajaran..

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI RAYA.SMGA BAHAGIA SELALU

    ReplyDelete
  3. done follow #810

    selamat hari raya..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N