Buku Baru. Yeay!

Wednesday, July 01, 2015

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah. Semalam tarikh last untuk guna Baucer Buku dan semalam jugak saya berjaya habiskannya. Bukan tak nak habiskan awal, tapi memang saja tunggu balik kampung dulu baru nak pakai sebab kalau tak makin bertambahlaa barang yang nak kena buat balik dari UTM ke sini. Dahlaa memang dah semula jadi banyak barangnya. Hehe

banyak tak?
Penat memang takleh nak cakap masa duk angkat barang2 ni semua. Bukak puasa pun dengan air je sebab kejar bas punya pasal. Nak naik bas, kena pulak marah dengan pakcik bas sebab barang banyak sangat. Hehe. Maaf pakcik. Abah saya takleh nak datang Johor ni, jauh sangat. :P

Ok, abaikan kisah sedih itu. Haha. Apa yang saya dah beli semalam?
Taraaaa~

1. #Henshin From Jahiliah To Jannah by Aiman Banna
2. Tarbiah Sentap by Adnin Roslan
3. Kopi-Ah by Abrar Syfie & Munirah Rashid 
4. Salahudin Al-Ayubi by Abdul Latip Talib
5. Ikhwah Pakai Jeans by Inche Gabbana
6. Catatan Mat Lutfi by Mat Lutfi
Last but not least~

Al-quran terjemahan. Sangat cantik luar dan dalam. Saya memang puas hati dapat beli quran ni. Dia dah pakej dengan terjemahan, asbabun nuzul, hadis sahih, hikmah, asmaul husna dan indeks matematik. Haa, macam gambar kat bawah ni. :)

rainbow~
Dah ada quran lelawo, jangan malas baca pulak. Baca dan hayati maknanya. Oke? Paham. Bagus.

Alkisahnya, buku dah banyak. Tapi, masalahnya baca tak banyak sangat. Haha. So, cuti ni memang kena gandakan usaha untuk banyakkan pembacaan. Terus bersemangat! Yeayy!


You Might Also Like

2 comments

  1. Beraninya awak angkat banyak barang
    saya segan, saya takut barang hilang -.-

    ReplyDelete
  2. @Nur Aneesa
    Mula2 segan jugak. Tapi, dah trpaksa kan.. kamera dgn laptop memang xlepaslaa jugak. ;)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N