Diari

H A D I A H . ^_^

Friday, October 10, 2014

Bismillah.

Alhamdulillah. Jumaah mubarakah.
Pagi yang indah. ^^ (feeling positif)
Jangan lupa al-kahfi dan sunnah2 Jumaat yang lain ye. Dan untuk muslimin, antum wajib pegi solat Jumaat nanti ye!

Saya cuma nak kongsi beberapa hadiah dari sahabat2 saya pada hari lahir saya hari tu, 26 September. Sebagai kenang-kenangan. :)


Yang ni dapat dari sahabat2 persatuan. Syukran lakum semua. ^^


Jam ni pulak dapat dari sahabat dari SMKAW dulu,Cula. Dia study dekat UTHM sekarang. Usaha dia sebab nak bagi jam ni kat saya. Terima kasih weh! hehe :D
Bila saya dpt jam ni, saya mesej dia.
"Jam ni membuatkan aku jadi ayulaa. haha"
Dah lama tak pakai jam kecik macam nih. Dan, dah lama tak pakai jam sebenarnya. :3

Dan, kek ni dari sahabat2 classmates saya. Bajet2 surpriselaa nih. Terharu i. Haha. 
Dan,sebenarnya ada satu lagi hadiah.Tapi, dia macam kelakar sikit. Saya bila bukak jer balutan tuh, terus duk gelak2 sorang diri. haha

Apapun. Terima kasih semua. Family saya pulak. Akak saya beli bahan2 buat kek, saya buat sendiri. Haha. Cool kan? Kek special untuk saya, k.Sarah dan Faqih.
Oreo Cheese Cake. I loikee!! Alhamdulillah.. ^^

Diari

Terima Kasih Sahabat. :')

Tuesday, October 07, 2014

Bismillah.

Sahabat Tahniah kerana kau berani. Tiada istilah kalah dalam perjuangan ini. ALLAH menilai usaha mu bukan hasilnya Tegas dirimu mempertahankan hakikat kebenaran di tengah- tengah kejahilan manusia. Cekal dirimu bermahkotakan keimanan, saat insan sekeliling melontarkan kencaman Maafkan aku sahabat Andai tidak mampu membantumu, apatah lagi berdiri sebaris denganmu diri ini terlalu lemah untuk menjadi seteguhmu. Namun, ku berjanji sahabat. Untuk terus berdiri di balakangmu, Menyokong setiap langkahmu Kerna ku yakin, engkau berjalan dengan syariat. Engkau berhujan dengan kebenaran kalamullah.
Sahabat Engkau harus sentiasa kuat, Dan doakan aku juga menjadi kuat. Perjuangan ini memerlukan amilin yang tegar. Bukannya mudah rebah.
Sahabat, Yakinlah pada janji RABBI, Islam pasti tertegak di muka bumi Meski bukan hari ini saatnya akan tiba nanti. Pada waktu kau dan aku bersedia Pada waktu kau dan aku hampir denganNYA. ALLAH Maha Mengetahui, kita belum mampu memimpin bumi.
#Nukilan dari seorang sahabat saya sempena dengan PRK dan juga hari lahir saya. Siti Zubaidah, jazakillah awak! :')
Subhanallah. Terima kasih sahabat. Sungguh, aku cukup bertuah mempunyai sahabat sepertimu. Sahabat yang sentiasa mengingatkanku pada Tuhan yang satu.

P E N G O M E N