Diari

BLACKOUT

Saturday, July 19, 2014

Bismillah.

Alhamdulillah masih diberi keizinan oleh Allah utk mghirup udaraNya dan menikmati nikmat islam. How r u guys? Semoga semuanya sihat biiznillah. :)

Blackout. Yes, hari ni dah masuk hari ketiga blackout. Kepanasan, kegelapan dan sunyi mungkin. Hahah.

Yang peliknya bilik aku jer, bilik yg lain xpulak. Maybe bilik ni special sikit sebab dia duduk kat hujung2 sikit.

Ketiadaan elektrik ni membuatkan aku trsedar bahawa elektrik itu juga merupakan satu nikmat tapi kita sering trlupa utk mensyukuri nikmat ini. Bila ditarik, barulah sedar akan kepentingannya.

Btw, aku mengupdate blog untuk kali ni menggunakan phone. Pelik juga rasa, kecik jer.. hehe.

Last but not least, kita dah memasuki fasa ketiga di bulan ramadhan. Dan seperti semua maklum, dalam fasa ini ada satu malam yang dirahsiakan oleh Allah iaitu lailatul qadar. Sama2 lah kita berusaha mencari malam ini. Teruskan beribadah. Jangan terlalu fokuskan untuk persiapan raya. Terutamanya buat muslimat. Buat kuih raya, jangan sampai tak pegi terawih ye. Kalau boleh juga, jangan tinggal qiamullail. Dan, banyakkanlah berdoa. Tidak lupa untuk doakan saudara kita di Gaza, syria dan Malaysia sendiri.
Wallahu a'lam. :)

Diari

Kisah di Satu Ramadhan.

Wednesday, July 16, 2014

Bismillah.

Haik. Cerita di satu Ramadhan baru nak cerita hari nih? Ishk. Ishk. Ishk..
Suka sangat bertangguh, that is not a good behaviour dear. Islam tak ajar tau. Ingat tuu Fatihah!

Ok, back to the topic.

Alkisahnya begini, malam tu aku pegi laa masjid dan duduklah di sebelah sorang mak cik nih. Mula2 duk jauh-jauh sikit, bajet malu-malu kucing gitu tapi lepastu dia panggil kongsi sejadah dengan dia. I pun pergi jerlaa dengan tersipu-sipu sambil bajet ayu. Hihik >_<

Dan, bermulalah dialog kami  :
Mak Cik : Korang dari kolej mana? (Oh btw, malam tu aku duk sebelah-menyebelah dengan kawan aku. Biasanya kami duduk jauh-jauh. Hihi)
Aku : KTR jer mak cik.
Mak Cik : Oh, banyak pahala dapat jalan jauh datang masjid.
Aku : Hehe. Datang pakai motor jer mak cik..
Mak Cik : Takperlaa.. Bulan puasa ni nak, Allah gandakan pahala kita. Allah bagi kita senang jer nak dapat pahala. Tinggal kita jer yang nak atau tak nak.
Aku : Emm. Betul. :)
Mak Cik : Jangan tinggal solat. Banyakkan amalan. Rasululullah dah tunggu kita kat akhirat sana. (Ok, part nih memang hampir menitiskan air mata aku) Even kalau time you all ber'cuti'(harap paham) pun, you all still kena ingat Allah. Banyakkan zikir dan istighfar.
Aku : In shaa Allah mak cik. Uhuk. Terima kasih.

Azan Isyak pun berbunyi. So,perbualan kami pun stop kat situ.
Aku sangat tersentuh dengan nasihat mak cik tu. Aku dapat rasa keikhlasan dia dalam memberi nasihat kepada kami.See, perbualan pendek yang bermanfaat boleh bagi input yang besar kepada pendengarnya.
Dan, aku cuba mencontohi beliau iaitu banyakkan berkongsi dengan orang ramai. Tak semestinya kongsi harta benda oke! Nasihat2 macam mak cik tu buat pun sangatlah bermanfaat. Dalam masa yang sama. kita boleh berdakwah. That's our responsible right. Muslim's responsible not ustaz and ustazah only!

Jadi, aku cuba panjang-panjangkan nasihat mak cik tu dekat korang semua pulak. Semoga mak cik tu dan aku dapat pahala yang bermanfaat dan berpanjangan. Korang pun panjang-panjangkanlah. Nanti mak cik tu dapat pahala lagi, aku sekali. Hihik. Menarikkan?

Sebelum tu, aku nak ajak semua untuk kita banyakkan doa kepada saudara kita di Gaza. Mereka sangat memerlukan doa dari kita. Jangan kita terlalu leka dengan kesenangan dunia hingga lupakan saudara kita di sana. Palestine will be free! Allahu akbar!!
Maaf di atas penggunaan aku kepada pembaca yang lebih dewasa. :)

P E N G O M E N