Diari

Aku yang Dulu Bukanlah yang Sekarang

Friday, March 07, 2014

Dulu.
Setiap hari Jumaat, malam Sabtu aku pasti mengeluh.

"Adoiii, malasnyerrr!"
"Takleh ponteng ke malam ni?"
"Ustaz buat spotcheck ke eh??"

Sebab apa tu?
Sebab aku malas pergi USRAH.

Dulu.
Aku dah macam 'allergic' dengan usrah ni.
Dengar jer usrah, macam nak lari jer terus..

Tapi, itu DULU...

>sumber google<

Sekarang..

Aku mula faham.
Usrah bukanlah sesuatu yang 'scary'.
Bahkan sesuatu yang 'happy'. 
^_^

Setiap kali akak naqibah cakap.
"Jom buat usrah hujung minggu ni.."
Akulah yang paling riang ria 'excited'.

Kenapa nak teruja sangat dengan usrah ni?
Sebab di situ aku boleh jumpa ramai kawan yang cintakan Allah.
Aku boleh share masalah dengan sahabat2.
Aku boleh berbulatan gembira dengan mereka.
Aku boleh berbulatan riang-ria dengan mereka.
dan
Aku dapat tambah banyak ilmu baru.
^_^
“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesunghnya peringatan itu bermanafaat bagi orang- orang mukmin”
Az-Zariyat 51:55
Aku dah mula rasakan indahnya berusrah.
Jadi, aku ingin sekali mengajak kau, awak dan anda semua untuk turut serta berusrah.
Ya!
Anda semua..

Jangan kau segan atau malu dengan kami.
Kami juga serupa denganmu.
Tidak lari dari melakukan dosa.
Bezanya, kami BERUSAHA untuk mencari kami yang lebih baik!

P E N G O M E N