Diari

Tamrin Nuqaba' 2014

Tuesday, February 11, 2014

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Sudah hari ketiga saya memulakan semester baru. Walaupun agak jeles dengan kawan2 universiti lain yang kebanyakannya tak bukak lagi..hehe
Tapi takpe in shaa Allah,dengan semangat baru azam baru. Dan tak lupa juga perbaharukan niat. Belajar kerana Allah! ^_^

Cuti hari tu, walaupun banyak duk buang masa je alhamdulillah dimanfaatkan jugak apabila join program Tamrin Nuqaba' di SMKA Wataniah. Sekolahku tercinta yang dah lama ditinggalkan. :')
Terima kasih kepada sahabat yang sudi menjemput saya yang xbanyak ilmu ni jadi fasi. Alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah untuk mentarbiyyah adik2 di samping saya sendiri yang ditarbiyyah. Walaupun pada awalnya saya tak dapat join tapi dengan izin Allah, malam sebelum program baru saya konfemkan dengan pengarah yang saya dapat join tamrin kali ni.




Tamrin kali ni diadakan pada 6-8 Februari 2014. Adik2 nuqaba' berdaftar selepas asar pada hari Khamis iaitu hari pertama program. Kemudian beberapa ceramah dan LDK diadakan bagi menambahkan kefahaman mereka terutamanya terhadap usrah dan ukhuwwah.

Begitu juga dengan hari Jumaat, ceramah,LDK serta riadah adalah aktiviti yang diadakan pada hari itu. Kami juga menekankan kepada adik2 peserta tentang rukun usrah iaitu taaruf, tafahhum dan takaful. Mereka juga dilatih untuk membuat presentation dan bercakap di hadapan. Mereka disuruh memberi pengisian, membaca doa serta menjadi pengerusi majlis.
Briefing untuk para peserta 
Slot yang kami para fasi muslimat kecut perut sikit nak handle adalah slot muhasabah. Last minute preparation dan pengalaman yang kurang dari kami semua. Masa brainstorm dan berbincang macam mane nak buat untuk slot tu, hati kami para fasi seolah2 disentuh dengan keinsafan. Ya. Sebelum kami muhasabah adik2 secara tidak sedar kami telah memuhasabah diri kami sendiri..
Dan alhamdulillah, untuk slot muhasabah Allah bantu kami. Segalanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah pastinya..
sesi refreshment ^_^
 Lagu tema pulak bertajuk Stand Up. Lirik dia kan dalam bahasa arab dan bahasa Inggeris. Sesuailah dengan sekolah kami, katanya tuan pengarah. hehe
persediaan untuk nyanyi lagu tema mungkin.. lupa pulak!hihi
Hari last, ex-plorace dan majlis penutup. Ex-plorace pastinya bukan sekadar ex-plorace. Task2 yang diberikan untuk setiap checkpoint pastinya mempunya ibrah tersendiri. Harap adik2 dapat apa yang kami cuba sampaikan.. :)
ex-plorace ^_^
peserta muslimin 
peserta muslimat
bersalam-salaman sebelum berpisah :'(
Last sekali, buat para fasi2 dan adik2 peserta yang merupakan nuqaba' semuanya. Sama2 kita renungkan ayat ini..
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"
as-saff : 2-3




P E N G O M E N