Fun Ride (Berkuda)

Bismillah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Sempat jugak saya mencari waktu untuk mencoret di sini. :)
Kaifahalukum ??
Semoga sentiasa di bawah limpah rahmat Allah.

Malam semalam last test untuk course kami. Yeayyyy!!! haha. Seronoknya rasa.
Padahal esaimen bertimbun lagi. Sobsob -.-

Ok. Apa yang saya mahu ceritakan untuk hari ni adalah pasal program yang berlangsung cuti hujung minggu semalam iaitu Youth Festival!!!
Program yang sangat osem dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam UTM. ^_^

hah! banyak n menarik kan? ^^
Hari Jumaat,14 November ada sukan sunnah berkuda. Dan itulah kali pertama saya menunggang kuda. Syioook! Kuda2 kat Equin Park cumil2 semuanya. Kuda yang saya tunggang tu nama dia Broncol (xtau eja betul ke tak =..= )
Saya belajar bersihkan dia punya kaki dan jugak dia punya bulu. Sesi tu kita panggil sesi grooming. Comel jer kan. Hehe

uitttt! awak buat ape tu?
Lepas siap fun ride dengan Broncol yang comel, kami pun lawat kandang kuda untuk tengok dan kenal2 kuda lain. Then, jumpa seekor lagi kuda putih. Nama dia Sapphire! Cun sangat. Ada tahi lalat dekat atas hidung. Kuda betina dan lahir tahun 1993. Yeay! Sama umur dengan saya!! Manja betul dia. hehe. Seronooook!

Lepastu AJK pun panggil, cakap "Dah dah, jom balik!!" haha. Saya pun lambai lambai dekat Sapphire sebab dah nak berpisah dengan dia. Sobsob. :p

Walaupun kejap jer main dengan kuda2 ni. Tapi saya macam dah jatuh chenta dekat mereka. ^_^
Harap ada peluang lagi untuk main2 dgn kuda2 kat sini. Ada setahun lebih lagi, insha Allah sempat lagi. :)

Apapun, tahniah kepada Persatuan Mahasiswa Islam kerana menganjurkan program Youth Festival ini. Anda semua memang gempak!! Program ni banyak mengajarkan mahasiswa bagaimana cara berhibur yang sebenar di dalam islam. Berhibur itu tidak dilarang di dalam islam tapi ada batas2 yang perlu kita jaga.

Oklah. Setakat ni dulu. Assalam. :D







Post a Comment

2 Comments

  1. wowww bagus program ni.
    sekarang Df cuma promote kempen LISt 2.0
    kalau akak tak keberatan. join sekitar akak hee

    ReplyDelete
  2. @Afiqah
    Menariknya LISt ni! Semoga brjaya dan menjadi saham di akhirat nanti dik!! :')

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.