BLACKOUT

Bismillah.

Alhamdulillah masih diberi keizinan oleh Allah utk mghirup udaraNya dan menikmati nikmat islam. How r u guys? Semoga semuanya sihat biiznillah. :)

Blackout. Yes, hari ni dah masuk hari ketiga blackout. Kepanasan, kegelapan dan sunyi mungkin. Hahah.

Yang peliknya bilik aku jer, bilik yg lain xpulak. Maybe bilik ni special sikit sebab dia duduk kat hujung2 sikit.

Ketiadaan elektrik ni membuatkan aku trsedar bahawa elektrik itu juga merupakan satu nikmat tapi kita sering trlupa utk mensyukuri nikmat ini. Bila ditarik, barulah sedar akan kepentingannya.

Btw, aku mengupdate blog untuk kali ni menggunakan phone. Pelik juga rasa, kecik jer.. hehe.

Last but not least, kita dah memasuki fasa ketiga di bulan ramadhan. Dan seperti semua maklum, dalam fasa ini ada satu malam yang dirahsiakan oleh Allah iaitu lailatul qadar. Sama2 lah kita berusaha mencari malam ini. Teruskan beribadah. Jangan terlalu fokuskan untuk persiapan raya. Terutamanya buat muslimat. Buat kuih raya, jangan sampai tak pegi terawih ye. Kalau boleh juga, jangan tinggal qiamullail. Dan, banyakkanlah berdoa. Tidak lupa untuk doakan saudara kita di Gaza, syria dan Malaysia sendiri.
Wallahu a'lam. :)


Post a Comment

0 Comments