Konvoi Anak Kelate Zon Selatan

Tuesday, February 26, 2013

Bismillahirrahmanirrahim

23 Februari 2013.

Saya dgn dua orang sahabat decide nak pegi konvoi ni last minute sebenarnya. Buat keputusan nak pegi pada hari yg sama. Hehe. Kami naik bas jer,pastu adelaa beberapa buah kereta n motosikal yg join sekali. Saya pun tak tahu berapa buah keseluruhannya. :p

Add caption
Selain dari mahasiswa dari utm,skudai.Sahabat2 dari UTHM dan Utem pun datang jugak :)

konvoi bermotor
Sahabat-sahabat yang berkonvoi dengan motosikal dari Melaka.Baju hijau tu dapat free.Saya pun dapat jugak. ^^
Ketibaan YB Datuk Haji Abdul Fattah Mahmood, Exco Kerajaan Negeri Kelantan diiringi Presiden MSK, saudara Firdaus Hj Mohd Yusoff

Bergambar kenang-kenangan sebelum makan.Mahasiswa je,mahasiswi xmuat nak masuk.hehe

Peserta khusyuk mendengar amanat dari YB.. ^^
Solat asar berjemaah sebelum berangkat pulang..
 Tu jerlaa kot.Apepun,hijau ni memang cantikkan..Sejuk je mata tengok..Hehe :D

Jom Daftar Kat MyHeppi yang Osem ^__^

Wednesday, February 20, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..


Sahabat semua dah tau ke pasal Myheppi.com ni?Tentu dah ramai yang tau tapi mungkin masih ada yang belum tahu pasal ni kan.Ok,mari sini dengar saya cerita..hehe
First,kita tengok gambar eh..Biarkan gambar berbicara.Ceeewah!

cute tak??bertemakan warna oren. ^^

Kat sini bolehlaa sign up bagi sesiapa yang belum register lagi tu.Myheppi ni dia lebih kurang macam fb laa,laman sosial yang baru.Bezanya adalah yang ni lebih terjaga dan in shaa Allah boleh mendekatkan lagi kita dengan Allah s.w.t. ^_^
Kenapa ia lebih terjaga?Sebabnya adalah...
nampak tak?kalau tak nampak sila klik. ^_^
See,gambar yang tak menutup aurat akan dipadam ye.Sama jugak dengan gambar yang terjelir,pipi kembung dan sewaktu dengannya.. :) Jadi,mase kita duk online tu,takdelaa nak sakit mata kena tengok gambar yang pelik-pelik pulak.

Selain tu,kat Myheppy ni dia ada sediakan link video-video ceramah.Jadi,bolehlaa nak tengok ceramah sambil-sambil online tu..
ustaz Azhar Idrus punye video
Banyak lagi video dari ustaz lain,Ustaz Don,Ustaz Kazim Elias and so onlaa..Boleh try tengok sendiri nanti..
Selain tu,kalau kita suka dengan satu2 post kita boleh click happy,boleh comment dan share jugak.Ni salah satu contoh post dari salah seorang sahabat saya..
Jadi,tunggu apa lagi?Jom ramai-ramai mendaftar kat Myheppi ni sekarang!!Oklaa,assalamualaikum~ ^^



Anak Buah

Jom Tenangkan Mata.. ^_^

Tuesday, February 19, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Perasan tak ada beberapa perubahan kat belog saya ni. Di antaranya adalah header!

SEBELUM

SELEPAS
Malam ni sebelum tido apa kata kita tengok beberapa gambar yang boleh menenangkan kita.Gambar baby.Suka sangat tengok baby,tambah-tambah kalau yang pakai kopiah ataupun tudung.Sangatlah comel dan menenangkan bila tengok. :)

Jomlaa kita tengok kanak-kanak muslim yang lelaki. Comel-comel semuanya,besar nanti in shaa Allah bakal hafiz semua nih..

olooo..tomey-tomey..^^
Didiklah anak-anak kecil agar mengasihi al-quran. Jangan tunggu mereka sudah besar baru nak sibuk suruh belajar mengaji. Anda mungkin sudah terlambat ketika itu.Naudzubillah.. :'(

adik kecil ni pakai serban
comelnye pakai kopiah senget..hehe
Zaman sekarang susah nak jumpa orang yang pakai serban dengan kopiah ni.Tengok baby ni,rilek jer pakai..hehe.Tomeykan macam ni..Hehe.Pakaian sunnah ni,jangan main-main.. :)

Lepas tengok gambar baby boy kita tengok pulak gambar baby girl yang kiut-miut ni..^_^


Perghhh,tengok tudung dia.Agak-agak kita boleh challenge ke? Takkanlaa nak kalah dekat kanak-kanak yang tak cukup umur ni dalam bab-bab tutup aurat.Kalau bab lain hebat pulak kita.. Ehem,kalau terasa bolehlaa cuba-cuba ubah. Awak lagi cantik bila tutup aurat.. Trust me,tak tipu langsung. :')
Saya sayang quran saya,jangan nak curik ye..
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sayangilah anak-anak kecil dan didiklah mereka dengan ilmu agama sejak dari kecil lagi, kerana itu adalah bekalan untuk kehidupannya di dunia dan juga di akhirat.

Last but not least,nak letak jugak gambar anak buah saya tersayang yang dua orang ni eh. Sayang korang..Jadi anak yang taat kepada Allah dan ibu bapa ye.. :') Rindunyerr hai..

ABANG IRFAN
ADIK FAQIH..
hiarrrgh,saya nak jadi hero agama!!

GA dan Contest

HIJABSTER GIVEAWAY BY SHIDAIZY BOUTIQUE

Saturday, February 16, 2013

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum..

Hari ni nak join GA lagik!hehe :D
Mintak2 bolehlaa menang..Ameen

klik gambar bg sesape yg nak join ^_^
GIVEAWAY dari belog  Shiyda Aqma yang dibuat bersempena pembukaan SHIDAIZY ONLINE BOUTIQUE. Senang jer syarat dia,just kena like fanpage boutique tu jer..
So,jom ramai-ramai meriahkan GA ni sebelum tarikh tutupnye 9/3 nanti!!
Saya nak tag dua insan bertuah untuk hari ni iaitu :

Muhasabah

Muhasabah Diri #8

Thursday, February 14, 2013

Assalamualaikum..With the name of Allah the most gracious and merciful..


sumber
(yaitu)orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram
Ar-Ra'du 13:28

Say No..No..No!!

Wednesday, February 13, 2013

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum..

Esok 14 Feb..
Saya rasa kebanyakan dari kita tau ada ape pada tarikh tu..Hari kekasih a.k.a Valentine's day.
Dan...


SAY NO TO VALENTINE!!
Hari-hari adalah hari berkasih sayang.Berkasih sayang dalam landasan syara'.Bukannye duk sayang-sayang dengan buayafreng dengan gelifreng kita tu..
Cinta itu Noda Tanpa Allah [CiNTA]
Ayuh kita kejar cinta Allah dan rasulullah.Barulah kita dapat merasai sweetnya beribadah kepada Allah! :)
Jangan biarkan diri kita terpengaruh dengan budaya barat ni!
Sebaliknya,jom kita berkasih sayang kerana Allah..^_^
"Berkasih-sayanglah antara kamu dengan yang lain, berusahalah ke arah ikatan sesama kamu. Ia adalah rahsia kekuatanmu, dan tunggak kejayaan kamu. Thabatlah kamu sehingga Allah membuka pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak, sesungguhnya Allah Maha Pembuka."
Hassan al-Banna
Last but not least,Say no to Valentine!!Jangan lupa tau.Assalamualaikum :)

Aktiviti Time Cuti

Tuesday, February 12, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..
Apa khabar sahabat semua?Lama dah saya tak mencoret kat belog ni..Esok in shaa Allah dah nak start sem baru.Tapi,kebanyakan uni lain bukak minggu depan.Lagi satu,hari ni sahabat2 sekolah menengah wat reunion,tapi tak dapatlaa saya nak join..huhu.Nak buat macam mane dah tugas sebagai seorang pelajar macam tu. :)

Cuti semester hampir sebulan hari tuh sempatlaa jugak melepas rindu kat ma,abah dan family.Semalam mase nak bertolak tu sedih sangat.huhu..Takpe2,mujahadah dalam menuntut ilmu. :)
Cuti hari tu dalam duduk merilek,tidur dan makan tu..Adelaa jugak saya join beberapa aktiviti..hehe

Main Masak-Masak & Khatamkan Novel

kek coklat..^_^
Hahah,kek ni buat pun sebab ada bahan2 yang lebih sebelum ni..Nak keluar gi kedai malas..huhu.Pastu ada buat makaroni bakar jugak tapi malas nak amik gambo..
dah lama saya beli novel ni tapi baru khatam
Novel ni memang superb!!Sape yang tak bace lagi bolehlaa cuba2 cari ye. ^^


Kuliah Ustaz Azhar Idrus
Gambar ustaz memang takderlaa..Orang penuh saya takleh nampak pun ustaz cuma boleh dengar suara jer..hehe.Gambar muslimat jer yang saya ada, :)
Sampai kat luar orang yang hadir..Masa ni ustaz belum sampai lagi,ramai lagi sebenarnye yang belum sampai masa ni.Orang ramai penuh sampai ke luar kawasan masjid masa kuliah berlangsung sebenarnya.Alhamdulillah.. ^_^

keratan akhbar Sinar Harian
Tamrin Nuqaba' 2013
Program ni berlangsung pada 31Jan hingga 2Feb hari tu dekat sekolah menengah saya dulu.Saya dan beberapa orang sahabat pegi jadi fasi kat sana.Program ni dibuat untuk adik2 naqib/naqibah.
adik2 naqib/naqibah
Sedang mendengar taklimat dari Ustaz Hassan,penasihat badan dakwah dan rohani sekolah saya..Ustaz Hassan ni hebat betul orangnya,dari saya form 1 sampai form 5,ustazlaa antara orang yang selalu kejut kitorang bangun qiamullail.Rindu :')

peserta muslimin

peserta muslimat
Adik-adik duk tengah nyanyi lagu tema program iaitu Untuk Sebuah Perubahan dari Fathul Jihad.Ustaz pun join sekali,kami kat belakang pun tengah semangat tu sebenarnya..hehe.


Program ceramah tentang kepentingan usrah dari seorang doktor yang dijemput khas.Ceramah ni semua student terlibat bukan peserta tamrin jer. :)



Program ni saya bukan jer boleh melepaskan rindu kat sekolah tapi jugak in shaa Allah dapat berkongsi ilmu dan jugak menimba ilmu dengan sahabat2 yang dah lama saya tak jumpa dan jugak dari adik2 hebat kat sekolah ni. :)
Semoga ukhuwwah kita berpanjangan dan terus dengan perjuangan menegakkan islam!


P E N G O M E N