Oh My Iman.. :'(

Monday, May 13, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Iman itu suatu benda yang ada naik dan turunnya.. Saat ini,saya sendiri merasakan seperti kurangnya sesuatu dalam diri. Apabila solat kurang khusyuknya..Apabila membaca al-quran tidak terasa apa-apa.Allahu akhbar.. Tidak terasa halawatul iman :'(

Menurunnya iman itu sangat senang tapi untuk naik balik perlu kepada usaha dan doa. Ya,mungkin kerana di akhir-akhir semester ni asyik sibuk dengan projek jer sampai tak sempat nak ikut program-program yang boleh mendekatkan diri dengan Allah.. Tapi,itu mungkin hanyalah alasan. Sibuk,alasan yang paling biasa kita dengar.

Tapi,alhamdulillah.. Sahabat-sahabat banyak membantu. Baik sahabat di sekeliling mahupun yang di alam maya.. Blog sahabat-sahabat yang banyak menukilkan artikel-artikel dakwah sangat membantu saya apabila berada dalam keadaan yang lemah ini. Syukran jazilan buat semuanya.. :')


Sama-samala kita mengamalkan doa kat atas. Doakan iman kita sentiasa menaik dan mampu untuk istiqamah.. Dalam saya duk cari-cari kat internet perkongsian2 yang menarik,saya jumpe ni. :)

Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
  1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
  2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
  3. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
  4. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
  5. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
  6. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
  7. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
  8. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
  9. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
  10. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
  11. Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
  12. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
  13. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.

Kepada student UTM,Skudai hari Khamis ni ada solat hajat kat MSI.. Jom ramai-ramai2! Oklaa,assalamualaikum.. ^_^
sumber : Mari Mujahadah Kerana Allah

You Might Also Like

4 comments

  1. ya.. sbb itulah kita kena jaga iman kita ni.
    sama2 kita berusaha jaga ok. akak jgn patah semangat. at least kita sedar yg iman kita turun. semoga dipermudahkan segala urusan oleh-Nya. Aamiin.

    :')

    ReplyDelete
  2. nice entry akak. ^-^ Dhea suka buka blog sebab dari blog Dhea dapat banyak maklumat. Tambah-tambah blog yang suka tulis entry berunsur islamic. At least,kita buat something yang ada faedah.

    ReplyDelete
  3. @Badrina Ibtisam
    In shaa Allah.. Syukran dik. Semoga kita trgolong dalam golongan yg sntiasa merasai halawatul iman.. :')

    ReplyDelete
  4. @bakal jenazah
    Terima ksh dik. So true,kalau malas nak baca buku, bace entry yg brfaedah kat blog2 pun dah ok. :)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N