Ana Ingin Berpurdah.. :')

"Mulai esok ana ingin berpurdah.Ana harap enti boleh sokong ana.. :')"
Ana terima mesej ni dari seorang sahabat rapat ana kat sini. Sebenarnya kami kenal dari matrikulasi lagi,tapi kat sini baru kami rapat.
Alhamdulillah,tak terucap perasaan ana ketika itu. Sebak,terharu dan terkejut semuanya bercampur baur walaupun ana dah tau sebenarnya niat sahabat ana untuk berpurdah. Lagipun,kami ada jugak bincang-bincang pasal pemakaian purdah ni. Dia pun dah ada baca buku yang berkaitan purdah ni.
Ana terus pergi ke bilik dia, dan ana menitiskan air mata kat situ. Tak taulaa kenapa.. Huhu. Tiba-tiba jadi sensitip. :')Lepas tu,dua orang lagi sahabat datang. Mungkin masing-masing teruja kot. Hehe
Berniqablah kerana Allah.Bukan sebab lain.


Jumaat ( 8 March 2013)
Bersamaan 15 Rabiul Akhir 1434H,sahabat ana mula keluar dengan memakai purdah. Purdah hasil pemberian seorang lagi sahabat ana yang sudahpun hampir setahun berpurdah.
Ada satu kisah lawak jugak untuk hari first dia pakai purdah ni. Kitorang beli makanan n minuman. Sambil tunggu makanan sampai,kami pun minumlaa air. Tiba-tiba kami tengok sahabat yang pakai purdah tadi duk gelak-gelak. Pelik jugak. Bila tanya, rupanya dia terlupa yang dia pakai purdah. Nak minum air macam biasa  jer. Hehe ^^
Alhamdulillah jugak ramai sahabat-sahabat lain yang menyokong perubahan positif tu. Walaupun ada jugak mata-mata yang melihat pelik,tapi ana tak rasa benda tu satu perkara yang perlu dibimbangkan.

Mohon doa kalian semua ye! ^_^
Apapun,ana harap enti sentiasa istiqamah dengan pakaian hebat tu. Doakan ana sekali ikut jejak langkah enti..Semoga solehah itu menjadimilik kita.. :')


P/S : 8 March jugak besday sorang kawan ana. Wish kat sini eh? Happy Besday Ulya.. May Allah bless u always. Friends forever till jannah. :')


Post a Comment

4 Comments

  1. salam ,, saya suka cerita akak. dulu masa nak pakai tudung labuh menutup dada pun kawan saya menagis juga. saya pun sama. alhamdulillah. itulah sahabat.. mendorong kepada kebaikan~

    ReplyDelete
  2. @lyli's
    Wa'salam..Alhamdulillah..
    sahabat yg baik juga merupakan satu nikmat dari Allah.. :')

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:43 AM

    Assalamualaykum ukhti.

    sekadar brtanya.
    apakah tajuk buku brkenaan purdah tu? kalu bley, ana nk beli...
    ^_^

    sbnrnya, ana nk tahu lbih mndlm ttg purdh nim. homework skit.hihi :)

    syukran.

    ReplyDelete
  4. Wa'salam ukhti..
    Bukunya brtajuk hijab. Sahabat ana beli masa dia blajar kat pndok psr tmboh hari tu..
    Smg krja enti dprmudahkan. Good luck. ♥

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.