Jom Pakai Stokin! (muslimat)

Sunday, December 29, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.


nak stokin macam ni boleh? sgt2 comel.


Awak.
Jom pakai stokin.
Sekarang dah ada macam2 style tau. Pilih jer nak warna apa. Pink ada, hijau ada, cekelat ada. Macam-macam lagilah. Semuanye comel2.

Tutuplah kaki awak tu. Kaki juga aurat bukan? Langsung tak rugi kalau awak pakai stokin.
Serius.
Takut panas?
Mana ada panas. Tak pun.

Cubalah dulu.
Niat aku pakai stokin ni sebab nak tutup aurat dengan sempurna demi mencapai redha Allah.
In shaa Allah.
Segala-galanya indah bila kita lakukan kerana Allah. :')
Do support me. Kalau rasa menarik bolehla like. Tapi, yang penting harap mesej sampai kepada semua yang tengok gambar ni.. :)

Student Life

Tuesday, December 24, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.
Masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah pada hari ini.
Apa khabar sahabat semua? :D

Study Week, semester 3
Alhamdulillah, tadi pagi baru selesai present project. Sekarang ni perlu fokus kepada 3 subjek lagi yang belum present. Study week bukan lagi jadi minggu belajar tapi jadi minggu siapkan dan present project. Bila kerja satu sem dijadikan kerja satu minggu,jadilah kami semua zombie. Tak tidur malam dan menjadi panda. Hehe. Tu lah,sape suruh kita menangguh kerja. Islam memang tak ajar benda ni. Astaghfirullah.. :'(

NOW!!
Jom! Sama-sama kita ubah. Pesanan ini memang sangat10x sesuai untuk diri saya sendiri.

Tapi sahabat2, dalam kita duk sibuk mengerjakan amanah kita sebagai seorang pelajar. Jangan kita terlupa tugas kita sebagai hamba Allah.
Jangan kerana stay up sampai lewat malam buat projek sampai kita bangun lewat dan terlajak subuh.
Jangan kerana kita stress buat project, sampai kita lukakan hati sahabat2 kita. Jaga ukhuwwah tu sahabat2..
"Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah, pasti Dia temukan padamu pemilik terbaik"
Untuk final exam pulak. Sama-samalah kita bermujahadah dalam mengulang kaji balik pelajaran. Lawan perasaan malas. Kalau ada sifat malas ni semua benda susah nak jadik. So,lawan2!! Tumbok2!! hehe


Travel

Trekking @ Pantai Pasir Lanun

Monday, December 09, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..



Sabtu dan Ahad (7-8 Disember) 

Saya dan kawan2 brtolak ke sana pada pagi Sabtu. Dalam empat jam jugaklaa nak sampai dari UTM ke pantai tuh. Bila dah sampai, subhanallah.. Seronok sangat tengok pantai. :')
Deru ombak yang sangat menenangkan jiwa. Dapat jugak melepaskan tekanan projek2 yang bertimbun di akhir2 sem ni.. huhu

Kami terus dirikan khemah,makan2 dan kemudiannya kami pergi naik bukit dan memasak kat atas sana. Group kami masak sambal. Nak masak tu tak susah, yang susahnye nak hidupkan mati. Menangis2 main dengan asap. Dengan keadaan yang lembapnya,memang agak menguji jugaklaa. Tapi,nasik baik Encik Sam bagi starter. Encik Sam ni lah tenaga pengajar kami. Starter tu buatkan api senang nak hidup.




Kumpulan lain ada yg rebus ubi,masak air dan buatkan cekodok. Dan kemudiannya kami makan dengan gembiranya sebelum turun balik dari bukit tu. Pengalaman baru bagi saya pergi memasak kat atas bukit. Dan ia sangatlah super awesome!! ^_^

Malamnya,group kami kena berkawal dari pukul 5 hingga 6 pagi. Bangun pagi,tengok pantai perasaan tak tau nak cakap macam mana. Allahu,sungguh indah ciptaan-Mu. Sambil berkawal sambil baca al-Ma'thurat. First time rasanya baca al-Ma'thurat sampai nangis2. Sungguh! Allah itu sangat hebat!

Esoknya,lepas bersenam kami naik lagi bukit semalam. Tapi kali ni kami naik sampai ke puncak. Subhanallah, sungguh cantik tengok view pantai dari puncak bukit. Sungguh hebat kuasa Allah. :')


Setiap kali tengok alam Allah,fikirlah tentang kebesaran-Nya. In shaa Alah,akan ada pahala di situ. :')




Mid Sem Break di Hostel~

Tuesday, November 12, 2013

Bismillah.

Ape kabar semua sahabat? Sekarang ni jarang sunggoh saya update blog. Sibuklaa kununnya. :p

Ceritanye macam ni,cuti sem hari tu saya tak balik sebab ada program. Mula2 serius sedih sebab tak dapat balik rumah. Saya ni pantang dengar cuti memang konfem akan balik walaupun tiket punyerlaa mahal.
Tapi,disebabkan ada program terpaksala buat pengorbanan sikit. Korbankan cuti untuk menuntut ilmu. :)

Ilmu dunia in shaa Allah hari2 kita dah belajar tapi ilmu agama macam mana? Jangan sesekali kita kata ilmu agama tu tak penting sebab ilmu tu lah nanti akan menjadi bekal kita di akhirat sana. Tapi ingat ye sahabat2, dalam mengejar ilmu tu jangan lupa mintak elok2 ngan ma abah kita. Jangan sampai dalam mengejar ilmu kita mengabaikan tanggungjawab trhadap kedua ibu bapa kita.

Alhamdulillah,banyak ilmu yang dapat saya kaut pada program hari tu. Harapnya dapat digunakan untuk memajukan islam pada hari ini dan masa hadapan. In shaa Allah. :D

Namun,pada cuti hari tuh tak sempatlaa pulak nak habiskan bahan bacaan. Buku2 bertimbun banyak tapi dah lama tak baca. Kesian dorang,dah berhabuk pun. huhu. Buku oklaa lagi tak sempat nak baca al-quran jangan sesekali tinggalkan ye semua.
Read al-quran at least one page a day. Boleh tak kita sama2 istiqamah dengan amalan ni? In shaa Allah boleh jer. Sama2 kita berusaha ok! ;) Tak baca banyak pun takpe tapi pastikan istiqamah. Al-quran boleh tolong kita di akhirat sana tau. So, sangatlah beruntung bagi orang2 yang sentiasa membaca al-quran. :D

Last but not least, jangan lupa call parents kita. At least seminggu sekali, tapi kalau saya seminggu dah rasa lama sangat dah. hihi :D
#Eh. Tetiba jumpe gambo nih.. haha :D

Muhasabah

Muhasabah Diri #9

Monday, October 21, 2013

Bismillah.
Biarkan gambar berbicara. :)


Only in the remembrance of Allah can the heart find peace..
[13:28]
Setiap kali kita rasa jiwa kosong atau diri kita lemah,kembalilah kepada Allah. Dia tak pernah meninggalkan kita sebaliknya kita yang selalu melupakan Dia. Tapi ingat, kita tak pernah terlambat untuk bertaubat. Kembalilah kepada Allah, jalan yang lurus.. :')

Jom kita berpimpin tangan ke syurga Allah.. In shaa Allah. :')

Program ke Rumah Anak Yatim (SAYANG'13)

Friday, October 04, 2013

Assalamualaikum sahabat blogger sekalian. :)
Apa khabar iman semua? Saya harap dari sehari ke sehari iman kita semakin bertambah dan sentiasa istiqamah.. Amiin :')

Kali ni saya nak cerita program yang saya ikut dua minggu lepas. Ingat tak cerita yang saya dah story ari tu kat sini. Alhamdulillah akhirnya menjadik jugak program ni walaupun berubah tempat. :)

20-22 September 2013
Kami bertolak dari UTM petang Jumaat tu dalam pukul 3 petang dan sampai kat sana dalam pukul 4 setengah. Destinasi yang kami pergi tu adalah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam dekat Pontian.

salah satu bangunan asrama diorang
Malam tu kami just buat sesi pengenalan dan kemudian sesi pembahagian adik angkat yg kami namakan 'Find Your Buddy'..

Esoknya dorang ada LDK. Antara aktiviti adalah Tanah Airku, Susun Abjad,Bina Bangunan dan Terompah Telur. Menarik. Adik-adik kat sini sangat kreatif dan meriah. :) Gembira dapat happykan mereka.. ^^



Masa ni adik-adik duk tengah nak test diorang punye terompah. Yang palig menarik,ada satu kumpulan dari muslimin buat terompah high heel. Dan telur diorang tak pecah.. Lawak jer.. Tapi,diorang salah satu kumpulan yang menang aktiviti ni.. :)

Kemudian,pada petangnya kami ada buat bengkel solat. Lepas ustazah bagi penerangan ada praktikal pulak. Semoga solat kita semua betul dan bertambah khusyuk lepas ni. 

Kat sana,kami makan dalam dulang dengan adik-adik. Seronok makan dalam dulang ni. Sape yang tak pernah try bolehlaa cuba ye.. Boleh rapatkan ukhuwwah dan nasi pun biasanya jarang nak tak habis.. ;)
Malam ,kami berqasidah dan berbbq.. Qasidah kami jemput seorang ahli nasyid UTM. Seronok betul adik-adik tu berqasidah..

Pada hari last pulak ada slot2 motivasi dan penutupan. Dan masa nak berpisah dengan adik-adik adalah masa yang sangat menyedihkan. Tengok muka dorang memang buatkan saya mengalirkan air mata. Adik-adik semua tunggu nak salam sebelum kami naik bas. Makcik dan mama penjaga diorang pun menangis jugak masa kami nak balik tu. Sangat sedih.

Mak cik dan her beloved daughter. Dorang comel. :)

Apapun,saya harap ukhuwwah antara kami PMIUTM Skudai dengan adik2 dari Pertubuhan Anak Yatim Islam Pontian kekal berpanjangan.. :')
Love all of you  ^_^





My BFF..

Saturday, September 14, 2013

I LOVE YOU MOM..

Seseorang datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata:
"‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?"
Nabi s.a.w menjawab: "Ibumu!"
Dan orang tersebut kembali bertanya:
"Kemudian siapa lagi?"
Nabi s.a.w menjawab:"Ibumu!"
Orang tersebut bertanya kembali: "Kemudian siapa lagi?"
Beliau menjawab:"Ibumu."
Orang tersebut bertanya kembali:"Kemudian siapa lagi,"
Nabi s.a.w menjawab: "Kemudian ayahmu.”
Hadis Bukhari
Kita wajib berbuat baik kepada ibu kita. Janganlah kita sesekali menderhakai mereka. Berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih hidup.. They r so special. Mereka menyayangi kita tanpa sebarang syarat. Jadi janganlah kita menjadi manusia yang lupa diri dan manusia yang tidak mengenang jasa kedua ibu bapa kita.

Yup! Mungkin kadang2 kita tak sependapat dengan mereka. tapi itu tak bermakna kita boleh menengking atau bergaduh dengan mereka. Mungkin juga mereka ada melakukan kesilapan tapi itu tak bermakna kita boleh menghukum mereka. Mungkin mereka tidak dapat berikan kemewahan kepada kita tapi tanpa mereka kita tak ada pun atas dunia ni..



Ibu yang kita rasa malu nak pegang tangan dia time pegi shopping mall itulah yang memimpin tangan kita semasa kita mula2 bertatih dahulu..
Ibu yang kita selalu tengking itulah yang dulu mengajar kita untuk berkata2..

So please,jagalah hati ibu kita. Jangan sakiti mereka..Kasih sayang mereka tiada tandingnya..Dan ibu saya adalah best friend saya sehingga ke jannah in sha Allah. :')



Dengan Nama Allah.. :)

Wednesday, September 11, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah akhirnya dapat jgk post entry dekat my beloved blog nih. hehe.. Apa khabar sahabat semua? Semoga sihat dan ceria selalu.. :)
Hari ni second day saya start sem tiga. Beberapa subjek dah start blaja dan ada jgk lecturer yg buat sesi taaruf. Kitorang semua jadi malu2 kucing pulak bila nak perkenal diri masing2 padahal dah lama kenal. Lawak jer.. hihi.. Saya baru sampai UTM semalam,homesick pun tak hilang lagi ni.. huhu..
Tapi takpe menuntut ilmu ni kan sikira sebagai ibadah jugak kalau kita buat kerana Allah. Teringat pulak hikam (kata2 hikmah) yang saya blaja masa B.Arab kat sekolah dulu :
Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.
Jadi,takde sebab untuk kita tak menuntut ilmu ye. Jangan pulak kata ilmu tu benda yang kita belajar kat sekolah je, ilmu akhirat tu lagi penting tau.. Kita belajar tinggi2 jangan sampai terlupa nak belajar ilmu agama..
Rugi BESAR kalau jadi macam tuh. Naudzubillah..

Last but not least,
Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Semoga pengajian kita ikhlas kerana Allah dan semoga kejayaan milik kita semua. In shaa Allah, ilmu ini boleh kita gunakan untuk kebaikan seluruh umat islam. :)



Selamat malam semua..

p/s : sesape yang nak isi JPA dah blh isi dah. Tarikh tutup 16  Sept ni.. Cepat2!!

Bila Program Ditangguh..

Friday, June 28, 2013

Bismillah.
Sepatutnya hari ni saya dan sahabat-sahabat akan mengikuti program anak angkat di perkampungan orang asli. Namun,disebabkan terdapat sedikit masalah program ini terpaksa ditangguh.. But,it's ok! ^_^

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadikan perkara ni sebagai pengalaman yang boleh mematangkan diri kita ye sahabat semua. Bak kata seniorita saya :

Anggaplah cabaran kita dalam berprogram ni sebagai tarbiyyah.. :)
Jangan berputus asa.. Mungkin Allah nak bagi masa untuk kita lebih memantapkan diri sebelum ke sana.. We don't know right? Selalu bersangka baik dengan Allah.. :') Allah knows better..
Kita merancang Allah juga merancang. Namun,perancangan Allah adalah yang terbaik.

Selain tu,izinkan saya share kata-kata dari seorang lagi senior program ni :
Penundaan program dakwah bukan bermaksud kita gagal mengurustadbir program dengan baik, tapi Allah menguji kelompok kita untuk betul-betul bersedia lahir dan batin untuk menjalani dakwah bersama masyarakat luar. Secara teori,mungkin ianya nampak mudah untuk diaplikasikan,dengan pelbagai ilmu dsb. Secara praktikalnya, ia bukan semudah yang disangka.
Saya setuju sangat dengan statement tu.. Kerja dakwah bukan kerja main-main. Kita perlu persiapkan diri luar dan dalam.
Semoga dengan penangguhan program ni,saya dan sahabat-sahabat dapat meningkatkan usaha dalam meneruskan gerak kerja. Besides,jangan dilupa untuk panjatkan doa kepada Allah s.w.t.
In shaa Allah, semoga dengan program ni kita menjadi asbab untuk penduduk di sana lebih mengenali islam..
Ameen..3x

#Ahad malam ni saya balik kampung!! ^_^  Assalamualaikum..


*Lebam Bijik Mata

Thursday, June 20, 2013

Bismillah.

Malam, gegar bincang agama.
Subuh, rapat-rapat pejam mata. Itulah kita.
*dush*
Lobam bijik mato den.. Renung-renungkan..

Good Luck dan Selamat Bercuti

Friday, June 14, 2013

Bismillah.

Apa khabar semua?
For those yang duk tengah exam lagi, good luck dan salam imtihan saya ucapkan walaupun dah agak lambat. Nak jugak ucap.. -.-

 Ramai orang cakap saya macam yang baju hijau tu..huhuhu 
Saya tinggal dua paper lagi sebelum merdeka.. 17hb ni last. ^_^ Doakan agar semua urusan dipermudahkan..
“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkal lah kepada Allah.”
Surah Ali-Imran : 159
Tapi, rasanya dah ramai sahabat-sahabat yang dah duk kat kampung sekarang ni.. Saya jeles ngan awak semua..hihi :p
Sebelum tu,jangan lupa ni..
“Dua nikmat yang sering dilupakan kebanyakan daripada manusia iaitu kesihatan dan kelapangan.”
Riwayat al-Bukhari
Saya lambat lagi kot balik kampung sebab hujung bulan ni in shaa Allah ada program ke kampung orang asli.. Apapun,jaga diri dan jaga iman. Ambik masa cuti ni untuk kita luangkan masa bersama2 keluarga tercinta. :)

Anak-anak Notty dah Besar.. :')

Thursday, May 30, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..
Sekarang ni saya tengah study week,tapi bukannyer duk study sangat pun.. Sebaliknya sedang seronok duk bercuti kat kampung.. Huhu,teruk betul.. Anak buah saya dua orang tu pun ada balik jugak.. :) Sebenarnya malam-malam before tidur saya ada jugak cuba study, tapi biasalaa berapa lama sangat jer bertahan kalau anak-anak buah pun ada sekali ni.. hehe..

credit to my fren..hehe
Ok,saya nak cerita pasal Notty laa.. Bukan Notty sebenarnye tapi anak-anak dia.. Eh,bukan nak cerita sangat pun tapi nak tunjuk gambar. Ok,ni baru betul.. :p

anak-anak Notty duk minum2.. :)
Ni Mimmo n Bobby.. Dua-dua duk tengah mengantuk sebenarnya..hihi
tapi tak jadi nak tido sebab ada gangguan..
ni Joji n Cici..mengantuk jugak ni.. ^_^
haa,Mimmo dah tido pun..
dorang duk rehat-rehat ni..
Apapun,anda semua memang comel.. Saya sayang anda semua. Notty dah kurus sedikit sekarang ni.. Kesian pulak tengok,mungkin sebab menyusukan anak-anak dia tu kot.. Semoga kembali gemuk dan sihat-sihat selalu ye.. :)
Dan,tidak lupa juga next week dah nak exam.. Good luck to me dan jugak semua kawan-kawan yang akan menempuhi exam. Bittaufiq wa najah fil imtihan.. Gambate kudasai.. :)

love this quote!!
Maaflaa entry kali ni dipenuhi gambo jer.. Okelaa,sampai sini jer dulu.. Assalamualaikum..




Oh My Iman.. :'(

Monday, May 13, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Iman itu suatu benda yang ada naik dan turunnya.. Saat ini,saya sendiri merasakan seperti kurangnya sesuatu dalam diri. Apabila solat kurang khusyuknya..Apabila membaca al-quran tidak terasa apa-apa.Allahu akhbar.. Tidak terasa halawatul iman :'(

Menurunnya iman itu sangat senang tapi untuk naik balik perlu kepada usaha dan doa. Ya,mungkin kerana di akhir-akhir semester ni asyik sibuk dengan projek jer sampai tak sempat nak ikut program-program yang boleh mendekatkan diri dengan Allah.. Tapi,itu mungkin hanyalah alasan. Sibuk,alasan yang paling biasa kita dengar.

Tapi,alhamdulillah.. Sahabat-sahabat banyak membantu. Baik sahabat di sekeliling mahupun yang di alam maya.. Blog sahabat-sahabat yang banyak menukilkan artikel-artikel dakwah sangat membantu saya apabila berada dalam keadaan yang lemah ini. Syukran jazilan buat semuanya.. :')


Sama-samala kita mengamalkan doa kat atas. Doakan iman kita sentiasa menaik dan mampu untuk istiqamah.. Dalam saya duk cari-cari kat internet perkongsian2 yang menarik,saya jumpe ni. :)

Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
  1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
  2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
  3. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
  4. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
  5. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
  6. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
  7. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
  8. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
  9. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
  10. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
  11. Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
  12. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
  13. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.

Kepada student UTM,Skudai hari Khamis ni ada solat hajat kat MSI.. Jom ramai-ramai2! Oklaa,assalamualaikum.. ^_^
sumber : Mari Mujahadah Kerana Allah

Gelagat PRU...

Tuesday, April 23, 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

Bersempena dengan musim mengundi ni.. Izinkan saya share satu gambar ni.. :)
Buat ibu-ibu,bapa-bapa,kakak-kakak,abang-abang,sahabat-sahabat yang seusia dan tak kurang juga adik-adik.. ^_^

sumber
Namun,pesanan saya kepada sesiape sahaja yang akan mengundi. Buatlah pilihan yang bijak. Ya,setiap parti ada buruk baiknya. Jadi,pilihlah pemimpin yang akan membawa islam bukannya yang menawarkan harta benda ataupun janji2 yang lain.. 
Saya tidak berpihak kepada mana-mana parti,namun saya sangat berharap parti yang  memperjuangkan islam akan memenangi pilihan raya kali ini.. Ameen..
Islam is the best way of life. Wallahu a'lam.. ^_^

life

Ukhuwwah Kerana Allah :')

Tuesday, April 16, 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

Sahabat adalah cerminan seseorang individu. Betul tak? Mungkin ye mungkin tidak.. Hehe
Apapun,semua orang mesti ada sahabatkan. Macam mana agaknya kita sebagai seorang sahabat ek?Adakah seorang sahabat yang baik atau yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja? Tepuk dada tanya diri.. :)

Selemah-lemah ukhuwwah itu adalah bersangka baik terhadap sahabatnya..
Bersangka baik. Mungkin kita rasa benda ni tak penting sangat pun dalam persahabatan. Benda dalam hati jer.. Tak nampak pun dengan mata kasar. Tapi,pada pendapat saya apabila kita bersangka baik terhadap sahabat barulah kita sentiasa senang untuk bersahabat dengan mereka. :)

Munkin mereka pernah melakukan kesilapan sebelum ini ataupun kesilapan yang tidak disedari namun jangan dilupakan bahawa kita juga manusia yang sering melakukan kesilapan.. Jadi,jika mereka lakukan kesilapan tegurlah,didiklah bukan menghukum. Sama-samalah kita melengkapi sesama sahabat.

Remember this. Seorang sahabat yang baik tidak akan pernah meninggalkan sahabatnya itu walaupun dalam kesusahan..
Sebagai contoh,saya seorang yang mudah marah. Jadi,saya sangat memerlukan sahabat untuk menegur saya apabila saya tidak dapat mengawal emosi amarah ini.. Huhu
Teringat pula masa zaman sekolah dulu,setiap kali sahabat-sahabat saya jumpa artikel ataupun sesuatu yang berkenaan keburukan marah ni pasti mereka akan panggil saya dan tolong bacakannya.. Terima kasih sahabat :')

Sahabat yang paling baik adalah..
Apabila kamu melihat wajahnya,kamu teringat akan Allah..
Mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama..
Melihat gerak-gerinya teringat mati..
Subhanallah..Love this quote!
Saya harap saya dapat menjadi seorang sahabat yang baik. Maafkan segala kekhilafanku duhai sahabat.I love all of you because of Allah.Jom sama-sama berpimpin tangan ke syurga.  ^_^

Books

Books..Books..Books! ^_^

Thursday, March 21, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari Sabtu hari tu pegi keluar Jusco dan borong buku lagi. RM 99.80. Guna baucer,tinggal lagi RM150. Hehe :D



  • Sinergi - Hilal Ashraf
  • Travelog Seorang Da'i - Abdul Rahman Mohamed
  • Rindu Bau Pohon Tin - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
  • Katie Kazoo Switcheroo - Nancy Krulik
  • Fantastic Sudoku Puzzles
Saya juga ada beli novel Tautan Hati. Walaupun dah pernah baca yang sahabat saya punya tapi tetap beli sebab novel ni sangat best. ^_^
Apepun,jadikanlah membaca sebagai amalan hidup kita ye.. Wassalam.. :)

Cinta

Barang Best Sudah Sampai~ ^_^

Friday, March 15, 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari tu saya ada order buku dan t-shirt dari Langit Ilahi. Kalau sahabat semua nak order jugak bolehlaa pegi tengok-tengok kat sana. Ada t-shirt,buku n badge. ^_^
Eksaited plus teruja mase nak bukak bungkusan tu..Hehe. Macam overkan? Tapi,seronoklaa bila dapat benda baru ni..

cantik tak? ^^
Sesiapa yang nak jugak baju ni boleh order kat sini ataupun klik kat gambar.. Ceh,jadi tukang promote pulakkan? hehe
Buku pulak saya beli buku emm..emmm..Macam malu pulak nak cakap..hehe.Sebelum Aku Bernikah. :p
Belum sempat baca lagi,baru jer baca bab 1.

cover depan buku Sebelum Aku Bernikah
Beli jangan tak beli. In shaa Allah sangat bermanfaat terutamanya buat kita-kita yang belum kawen ni..hehe

dapat tandatangan..xperlu beratur pun..hehe
Kalau nak suruh saya beratur dapatkan tanda tangan,saya memang malas. Jadi,jalan mudahnya beli onlinelaa..
Persiapkan diri. Ini bukan permainan..
Always remember this!! In shaa Allah. :) Satui kata-kata yang dipetik dari buku ni..
Cinta mampu dikawal sekiranya diajar definisi yang sebenarnya.
Bahkan, Islam itu menyediakan cara hidup yang indah supaya manusia tidak terbeban..

Muslimah

Ana Ingin Berpurdah.. :')

Saturday, March 09, 2013

"Mulai esok ana ingin berpurdah.Ana harap enti boleh sokong ana.. :')"
Ana terima mesej ni dari seorang sahabat rapat ana kat sini. Sebenarnya kami kenal dari matrikulasi lagi,tapi kat sini baru kami rapat.
Alhamdulillah,tak terucap perasaan ana ketika itu. Sebak,terharu dan terkejut semuanya bercampur baur walaupun ana dah tau sebenarnya niat sahabat ana untuk berpurdah. Lagipun,kami ada jugak bincang-bincang pasal pemakaian purdah ni. Dia pun dah ada baca buku yang berkaitan purdah ni.
Ana terus pergi ke bilik dia, dan ana menitiskan air mata kat situ. Tak taulaa kenapa.. Huhu. Tiba-tiba jadi sensitip. :')Lepas tu,dua orang lagi sahabat datang. Mungkin masing-masing teruja kot. Hehe
Berniqablah kerana Allah.Bukan sebab lain.


Jumaat ( 8 March 2013)
Bersamaan 15 Rabiul Akhir 1434H,sahabat ana mula keluar dengan memakai purdah. Purdah hasil pemberian seorang lagi sahabat ana yang sudahpun hampir setahun berpurdah.
Ada satu kisah lawak jugak untuk hari first dia pakai purdah ni. Kitorang beli makanan n minuman. Sambil tunggu makanan sampai,kami pun minumlaa air. Tiba-tiba kami tengok sahabat yang pakai purdah tadi duk gelak-gelak. Pelik jugak. Bila tanya, rupanya dia terlupa yang dia pakai purdah. Nak minum air macam biasa  jer. Hehe ^^
Alhamdulillah jugak ramai sahabat-sahabat lain yang menyokong perubahan positif tu. Walaupun ada jugak mata-mata yang melihat pelik,tapi ana tak rasa benda tu satu perkara yang perlu dibimbangkan.

Mohon doa kalian semua ye! ^_^
Apapun,ana harap enti sentiasa istiqamah dengan pakaian hebat tu. Doakan ana sekali ikut jejak langkah enti..Semoga solehah itu menjadimilik kita.. :')


P/S : 8 March jugak besday sorang kawan ana. Wish kat sini eh? Happy Besday Ulya.. May Allah bless u always. Friends forever till jannah. :')

Diari

UTM Berselawat = Osem + Terbaik

Friday, March 01, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.. :)
Minggu lepas UTM mengadakan satu program yang pada saya sangat hebat dan besar iaitu UTM berselawat. Program ni sangatlah bagus dan memberi manfaat yang sangat baik kepada semua yang join. In shaa Allah. :)

Oke,habis ayat laporan kat atas.hehe Tapi,saya tak join semua aktiviti ni jugak sebab hari Sabtu saya pegi Konvoi Anak Kelate, then hari Ahad  iaitu hari kemuncak untuk UTM berselawat ni barulaa saya berpeluang join. Alhamdulillah. ^^
Dan yang best lagi,sahabat saya dari UTHM pun datang jugak. Siap tido kat bilik saya untuk satu malam, Jadi pendatang asing kejap.hehe. Lain kali datang lagi ye awok. Dia datang bawak sushi,jangan jelesss~

Majlis perasmian bagi program UTM Berselawat yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' M.Tahrir bin Kiyai Haji Samsudin,..Mufti negeri Johor.
Forum selebriti yang bertajuk "The Messengers" yang telah membariskan panelis selebriti Ustaz Don Daniyal, IM Asyraf dan Bro Shah Kirit. Disertai dengan moderator yang tak kurang hebatnya iaitu Ustaz Muhajirin.. Baru tahu yang Ustaz Don dengan IM Asyraf satu sekolah dulu..hehe
Peserta yang hadir memenuhi Dewan Sultan Iskandar. Dengarnya sampai kat luar orang yang hadir sebab tak muat dah kat dalam ni..Alhamdulillah,ramai yang berlumba-lumba untuk join taman-taman syurga ni.. :)
Talaqqi perdana bersama-sama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Saya tak pergi yang ni..huhu. Kat atas tu ada disertakan adab-adab apabila hadir dalam majlis ilmu beliau. In shaa Allah boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.

Ramai jugakkan.. :)

Terima kasih kepada Majlis Ta'lim Darul Murtadza di bawah pimpinan Tuan Habib Ali Zaenal Abidin al-Hameed atas kesudian datang ke UTM dan memberi pengisian yang amat bermakna untuk kami semua. Subhanallah
Ustaz Don datang jugak malam ni rupenye..hehe 

Semua hadirin yang datang pada malam tu..Saya duduk kat atas tu,nampak tak?hehe :p
Apepun,harap sangat program macam ni ada lagi tahun depan. Semakin kerap semakin best! ^_^
Sekian dulu laporan saya : Setiausaha yang tidak diiktiraf..kikiki


P E N G O M E N