Diari

Salam Imtihan..

Monday, December 31, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
With the name of Allah the most gracious and most merciful..

Assalamualaikum sahabat sekalian... :)
Sedar tak sedar dah tinggal tiga hari jer lagi saya nak start exam.Jadi,gunakanlah study week yang masih berbaki lagi ni dengan sebaiknya wahai tuan punye badan.huhu.Mesti sahabat pun ramai jugakkan yang bakal menduduki exam ni..So,macam mane persediaan masing-masing..Ok?Harapnyer oklah semua ye.. :)
Usaha plus tawakkal,In shaa Allah kejayaan milik kita semua..

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
(Surah Ar-Rad:11)
Jadi,jangan kita pernah berputus asa..Berusahalah untuk mencapai sesuatu kejayaan itu sama sada kejayaan untuk dunia mahupun akhirat..Satu lagi,study tu jangan pulak sampai kita lupakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.Tugas kita sebagai seorang HAMBA tetap perlu dilaksanakan walau sesibuk manapun kita di atas muka bumi ni.Itukan memang dah tugas kita sebagai seorang insan.Beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ni.. :')

Buat semua sahabat yang bakal menduduki peperiksaan.Salam imtihan saya ucapkan.Bittaufiq wannajah fil imtihan..Maafkan saya andai pernah tersalah tersilap dengan sahabat-sahabat semua..Doakan kejayaan kita semua sama ada dalam exam nanti dan lebih2 lagi untuk kejayaan di akhirat sana yang pastinya kejayaan yang hakiki..Ameen
lukisan budak mane entah =..=

Exam tak start lagi,tiket nak balik kampung saya dah beli..hehe..In shaa Allah,15 Januari ni baliklaa saya Kelate..huh,tak sabarnye! ^_^
Nanti,kami start cuti,students sekolah pulak start sekolah balik.Kepada adik-adik yang bakal memasuki alam persekolahan balik tu..Jangan malas2 naa!hehe..Teringat pulak kisah saya dulu2,setiap kali nak bukak sekolah.Mesti duk mesej2 ngan kengkawan
"Malasnye nakgi asrama..huhu.."
Adik2,jangan tiru aksi ni keh!hehe..Perbaharui semangat korang untuk sesi baru ni..

Hari ni last day saya merasa kehidupan sebagai budak belasan tahun..huhu.(kalau ikut tahun ye..)
Allah..Muhasabah sikit,apelaa agaknye saya dah buat untuk agama Islam sepanjang kehidupan ni.Tepuk dada tanya iman..

note : ade tak sesape lagi yang bakal meninggalkan kehidupan belasan tahun ni?genglaa kita..huhu























Muhasabah

Muhasabah Diri #7

Sunday, December 23, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua sahabat.. :)

sumber
“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baiklah seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah ia adalah hati”
(Riwayat Muslim)
note : study week sudah datang..seramnyer nak exam ni..huhu

Doodles

Pesanan Buat Muslimahku Sayang (diri sendiri)

Saturday, December 15, 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.k buat sahabat2 sayang dan muslimah2 yang kucintai kerana Allah..In shaa Allah.. Sebelum tu,hari ni 1 Safar 1434 kan..Jadi,kalau nak tulis pendek dia jadi macam nih.
1.2.34
Cantikkan..^_^

Ok,back to topic..Pesanan buat semua  muslimah,kita ni senang nak masuk syurga dan senang jugak nak masuk neraka.Pasti sahabat semua pernah dengarkan ayat ni..Gembira dan takut bercampur aduk..Allahuakhbar..Semoga kita ni tergolong dalam golongan yang senang nak masuk syurga..
“Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”.
(Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)
jom berusaha!!
Kita sebagai muslimah perlulah berusaha untuk buat semua perkara2 kat atas tu.In shaa Allah.
Tapi,kenape pulak kita ni mudah untuk masuk ke neraka?
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggang-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Aurat kita sahabat,jagalah ia dengan sebaik mungkin.Jangan hanya kerana terlalu ghairah dengan fesyen semasa kita sanggup menyesal di akhirat sana.Dunia ini hanyalah persinggahan,akhirat sanalah tempat yang kekal abadi buat kita.Nak cium bau syurga pun tak boleh,inikan pula nak masuk ke dalam syurga..Naudzubillah.

Selain itu,perkara yang sememangnya femes untuk kaum wanita adalah mengumpat ataupun bergosip.Saya memang mengaku bahawa bergosip pasal orang ni memang best.Tapi,cuba bayangkan orang yang digosipkan tu adalah kita sendiri.Tentunya,sedih dan marahkan.
 "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud)
Astaghfirullahal a'ziim...Astaghfirullahal a'ziim..Astaghfirullahal a'ziim.Jadi,jom kita pahatkan azam dalam hati untuk berusaha menjadi wanita solehah dan mengejar syurga Ilahi.Ingat,syurga itu untuk orang yang hebat!So,kita kena jadi orang yang hebat untuk ke sana.. :') Hebat macam mana?Ikut perintah Allah,jadi khalifah di muka bumi ini..In shaa Allah. ^_^

Diari

Disember Datang..

Saturday, December 08, 2012

Assalamualaikum to all my dear friends~

Sedar tak sedar dah masuk Disember kita sekarang ni.So,ape macam?Dah ready ke semua nak tambah satu angka kat umur masing2..Allahuakhbar,kejap jer rasa..
And,guess what?Angka satu kat depan umur saya akan bertukar wajah xlama lagi..Dah tua rupa-rupanya saya..huhu..Tapi,tu ikut tahun jer eh.Kalau ikut bulan,lambat lagi..hehe

Apepun,bersyukurlah dgn nikmat usia ni.Alhamdulillah..Dah lama kita hidup kat dunia ni dengan penuh kenikmatan dari Allah,jangan pula kita menjadi hamba yang tak tahu bersyukur.Jalankanlah tugas2 yang kita sudah diamanahkan.Tugas ape ye sahabat2?Tugas untuk menjadi seorang khalifah dan juga beribadah kepada Allah s.w.t.

sumber
Semakin bertambah usia kita,semakin bertambah jugalah waktu untuk kita mati.Mati itu kan pasti.Jadi,usia meningkat ibadah pun biarlah bertambah meningkat.Always be prepared!Kita tak tahu bila kita akan dijemput walaupun kita rasa kita masih muda..
"orang yang panjang umur bukanlah orang yang hidup sehingga seribu tahun,tapi,orang yang memanfaatkan setiap masa dalam hidupnya."

P E N G O M E N