Apa yang Boleh Saya Lakukan?

Sunday, November 25, 2012

With the name of Allah the most gracious and merciful..

Assalamualaikum buat sahabat pembaca semua.. :)

Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la alihi Muhammad..Pertamanya,jom kita sama2 doakan saudara2 kita yang sedang berjihad dalam mnegakkan Islam di Gaza,Syria,Burma dan semua negara2 Islam yang ditindas.Termasuk juga negara kita sebenarnya yang dijajah dari segi ideologi walaupun tidak dari segi fizikalnya.Please Allah protects muslims around the world. :'(
So,apa agaknya yang kita boleh buat untuk saudara2 kita ini?Ingat,walaupun kita rasa usaha kita sangat kecil dan tidak mambantu tapi di sisi Allah,tiada siapa yang tahu..
Kita boleh buat benda ni kan?
That's it!Kita boleh berdoa,boikot,derma,sebarkan melalui internet and please keep ISTIQAMAH!!Pesanan untuk saya sendiri terutamanya..
Walaupun ada orang kata boikot2 ni tak jejaskan musuh2 Islam pun,tapi saya tetap rasa yang kita perlu lakukannya..Dan satu lagi.

Pernah seorang penguasa Yahudi berkata bahawa mereka tidak takut kepada umat Islam kecuali apabila bilangan umat Islam yang solat Subuh brjemaah sama banyaknya dengan semasa solat Jumaat... wallahuaa'lam
Ayuh semua umat islam,kita bersatu!!Cukup-cukuplah kita bertelagah sesama sendiri.
Menggunakan pendekatan MENYINDIR tidak akan menjadikan rakyat Malaysia lebih prihatin kepada isu di Gaza dan Palestin. Malah ia mungkin menimbulkan rasa menyampah dengan golongan pejuang isu Palestin. Ajaklah, Allah itu Tuhan yang hari-hari didurhakai hamba-Nya, jarang sekali Allah memujuk dengan sindiran.
Jangan rasa bagus sangat apabila prihatin dengan isu Gaza. Rasa bagus itulah sifat yang menjadikan Yahudi terlaknat.
Pujuk, jangan kutuk.
Bina jambatan, bukan tembok.
Ajak, bukan ajar.
Jadi da'i, bukan mufti!
Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami di Palestin, ya Mujib al-Du'a!
Dipetik dari belog Ustaz Hasrizal..Sangat setuju dengan kata2 ni.
Sebelum saya stop,apa kata kita banyakkan solat hajat dan juga solat dhuha..Doakan kesejahteraan umat islam di seluruh dunia..Anyway,sape2 yang belum buat lg solat dhuha hari ni..Jom2!!Sempat lagi nih.. :D
Assalamualaikum..









life

Dakwah itu Tanggungjawab Siapa?

Thursday, November 22, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua sahabatku sayang. ^^

Malam semalam saya ada dating dgn sahabat2 usrah..After solat Isyak,kami ada discuss pasal topik ibadah.
Apa yang kita nampak bila disebut jer perkataan ibadah..Mungkin ramai yg nampak solat,puasa,menunaikan haji atau mungkin jugak kahwin..hehe

Kalau itu yang kita bayangkan,memang betul.Tapi,ibadah itu luas sebenarnya.. :D
Apa saja yang kita buat di atas muka bumi ini jika kerana Allah dan tidak bercanggah dgn syariat islam adalah dikira ibadah.Dulu ustaz selalu pesan.
Korang pegi solat subuh jemaah jangan pulak niat macam ni."Sahaja aku solat subuh berjemaah kerana Cikgu Zul"
Cikgu Zul tu guru disiplin sekolah kami masa tu.Lintang pukang budak2 lari dari dia kalau ada buat kesalahan.(termasuklah saya sendiri)hehe.Kami memang gelak sakan masa ustaz cakap macam tu.Tapi,bila fikir balik,ada betulnya pesanan ustaz saya tu.
comel jer..tapi,cg saya senyum sokmo.hehe
Oke,sambung balik.Ibadah ni skop dia luas sebenarnya.Tak boleh jugak kalau kita duk solat siang malam tapi isu dunia langsung tak ambik tahu.Kita kena seimbangkan dunia dan akhirat.Di sinilah perlunya kita menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.Sebagai dai'e ataupun pendakwah.

Dakwah itu tanggungjawab siapa ye sahabat2?Tanggungjawab ustaz dan ustazah ataupun mufti2 jer ke?Tak!Dakwah itu tanggungjawab kita semua.
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Surah Al-Baqarah: Ayat 30
Jangan tunggu sehingga kita sempurna dahulu baru nak start berdakwah kerana untuk mencapai tahap sempurna itu adalah mustahil bagi manusia biasa seperti kita.
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
-Hassan Al Basri-

Diari

Berangan jadi Princess ^_^

Saturday, November 17, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..

Ni ape hal pulak saya tiba2 berangan nak jadi princess ni..Tak dak ah,sebenarnye saja nak citer pengalaman saya masuk istana hari tu..Mungkin dah ramai yang tau,kat Kelantan sekarang ni ada ekspo MAIK.Sultan bukak istana untuk rakyat jelata.So,sesape saja boleh masuk istana walaupun tiada urusan..hehehe
Kami sekeluarga pegi pada hari Rabu ari tu sambil2 gi hantar kakak saya interview.Alang2 dah gi KB tu,abah pun ajaklaa kami semua.Adik saya yang lelaki sorang tu terpaksa ditinggalkan sebab tak muat kereta..hehe
Kat dalam istana ada pameran islam.Tengok pedang2 dan tengok jugak replika rumah Nabi Muhammad s.a.w.Pastu,kat sana jumpa sorang kawan dari sekolah menengah.Ape lagi,seronoklaa duk berboraknye..hehe
jemput2!!sempat lagi ni..^^
Sempatlaa jugak kami sekeluarga ambik gambar dua tiga keping  sebagai kenang kenangan.Lepas tu,gi shopping tudung n baju muslimah sebelum balik.Dapatlaa jugak satu baju free dari kakak saya..hehe
salah satu gambar kat istana. ^^
Seperti biasa,my sayang terpaksa jadi model blog ni..hehe..Takpe,Irfan memang suka bergambar pun..
Irfan bergaya dengan payung..
Gambar Irfan besar sgt,xnampak istana kat belakang.huhu^^
Sebelum saya mengundur diri.Ingat tak dengan segmen yang saya pernah join dulu?Saya dapat hadiah saguhati,sebenarnya dah lama smpai kat rumah tapi saya baru jer tengok balik cuti ni.So,nak ucap berbanyak2 terima kasihlaa kat kak Salina,pemilik blog Teratak Hati sebab sudi bagi saya hadiah ni.Really appreciate it!^_^
Jemput-jemputlaa singgah n follow belog ni..Insya Allah,bermanfaat.
keronsang yang comel.. :D

Diari

Karnival Wanita :D

Friday, November 09, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera buat semua sahabat.^_^

Hujung minggu ni memang terbaiklah!!Kenapa saya cakap hujung minggu ni yang terbaik eh?Sebab minggu ni alhamdulillah saya dapat merasa dan join banyak sangat aktiviti2 yang berfaedah dan bermanfaat.Semoga Allah redha dan berkati hendaknya..Insya Allah.

Bermulanya dari 2-4 November hari tu,UTM ada buat Karnival Wanita atau singkatannya KAWAN'12'.Aktiviti yang sangat menarik pada pendapat saya.. :D

comelkan poster ni.. ^_^
Pada hari Jumaat,perasmian dibuat pada waktu tengah hari dan terus bersambung dengan mutiara serikandi yang bertajuk Korban Cinta..Alhamdulillah,sambutan agak menggalakkan.Malam tu pulak ada ceramah untuk muslimat sahaja tentang Manisnya Menjadi Seorang Wanita.Tapi,saya tak dapat pergi sebab ada discussion.:'(
Tapi takpe,pagi esok terus suruh seorang sahabat ni cerita balik..hehe

Hari Sabtu pulak ada forum yang bertajuk Men From Mars, Women From Venus.Kami diberi penerangan tentang perbezaan seorang lelaki dan wanita serta peranan masing2.Ahli panel juga terdiri dari orang yang hebat2 saya kira.Panel lelaki adalah akhi Muhajirin.Seorang admin kepada page Lukisan Dakwah Islam dan panel wanita pula adalah kak Sarah Azizul, bekas finalis rancangan Solehah.Walaupun masih muda tapi dua2 hebat orangnya.
Kemudian di sebelah petangnya pula,kami buat diskusi mahasiswi.Berbincang tentang masalah dan solusi yang berlaku di kalangan mahasiswi.Dan di sebelah malamnya pula.Program yang paling mendapat sambutan.Ceramah Towards Perfect Ladies.Terbuka kepada muslimin dan muslimat.

Disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha.Seronok betul saya malam tu.Siap dapat salam lagi dengan ustazah..Saya ni peminat ustazah tau. ^_^
Ustazah puji para muslimin yang datang walaupun majlis ni difokuskan untuk kaum wanita.Dia kata lelaki yang ambil kesah tentang wanita sangatlah bagus.Dia siap cakap kat para muslimah boleh pi pinanglaa lelaki macam ni.hehe.

Hari last kami buat program ke rumah orang2 tua.Banyak benda yang kami belajar kat sana..Jumpa beberapa nenek kat sana.Yang paling saya ingat dekat Hajjah Kalsom dengan sorang lagi nenek yang saya lupa nama.Nenek Kalsom umur sembilan puluh lebih dah tapi still ceria.Nenek sorang lagi pulak berumur lapan puluh lebih.Mata dia dah tak nampak sangat.Kaki dia pun xleh guna sangat dah.Sedih saya tengok,nak nangis sangat masa tu tapi,saya tahan dulu.Dia nak makan pun saya yang bagi kat tangan dia :'(
Nenek2 semua asyik pesan benda yang sama jer kat kami.
Nanti kalau nak kawen,cu pilih lelaki yang baik2 tau..
Insya Allah nek..^_^
Masa nak berpisah memang tak dapat tahan air mata.Nenek2 kat sana pun nangis jugak.Pastu suruh kami datang lagi.Sedih sangat masa tu.huhu
Program ni sangat mengajar kami agar menjaga ibu bapa dengan baik.Walaupun diorang tak tunjuk yang diorang tak suka duduk kat sana tapi dalam hati mereka sudah tentu sangat sedih apabila dibuat begitu oleh anak2 sendiri.Ma abah,insya Allah takkan kusia-siakan dirimu.Akan kujaga sebaik mungkin dirimu.Insya Allah. :')

Last but not least,saya rasa banyak input yang saya dapat dari karnival ni..Alhamdulillah..Satu lagi,saje nak bagitau malam ni saya balik.Doakan semoga selamat semuanya.Musafir kerana Allah.Insya Allah.Ustazah pesan sebelum nyanyi lagu balik kampung jangan lupa baca doa dulu.. ^^




Muhasabah

Muhasabah Diri #6

Thursday, November 01, 2012

Bismillahirrahmanirrahimm..
Assalamualaikum buat semua sahabatku sayang.. ^^
Sobahal khair!!

sumber
#mood : tak sempat nak update blog. =,=.sibuk dengan asaimen  dan karnival wanita yg bakal dijalankan pada hujung minggu ni..By de way,kpd semua mahasiswa mahasiswi UTM,anda sangat2 lah dijemput..Tapi untuk muslimin,bukan semua program boleh hadir..hehe :)

P E N G O M E N