Doodles

Muhasabah Diri #5

Sunday, September 30, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..
^_^
"Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."
Surah ar-ra'd : 28

p/s : semalam saya ngan kawan2 gi berkayak kat tasik.seronok sangat!hehe..Alhamdulillah..

life

Bangkitlah Wahai Pemuda Pemudi!!

Friday, September 28, 2012


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..
"Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah"
Hassan al-Banna

 AYUH BANGKIT WAHAI PEMUDA!

Allah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami,
Al-Quran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami,
Mati di jalan Allah adalah Cita-cita kami yang tertinggi.
"...Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka".
(surah Kahfi:13)
note : pesanan untuk ana sendiri yg mudah terleka

Diari

X-Plorace yang Osem!! (Kembara al-Quran)

Saturday, September 22, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..

Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membuka dadanya untuk (menerima) Islam.Dan barang siapa dikehendakiNya menjadi sesat,Dia jadikan dadanya sempit dan sesak,seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit.Demikianlah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman.
Surah al-An'am :125
Ayat kat atas tu adalah klu pertama kitorang.Pastu,dia ada tulis kat kertas tu tinggi.Merata kitorang cari,naik turun bangunan lagi.Dekat sejam lebih barulah jumpa..Hehe ^^
Sampai kat checkpoint,kitorang tadabbur al-Quran dengan akak2 yg hebat kat sana.Rasa best dan tenang sangat.Kita duduk atas tanah dan bace Quran sama2..Perasaan yang takleh citer..Tenang sangat..

Mungkin ada yg pelik dengan x-plorace ni..Tapi,ia sangat bermakna bagi saya. :')
Kitorang diberi sorang satu tafsir al-Quran sebelum start tadi untuk menjadi panduan kami..Motif?
Dalam hidup kita,kita sangatlah perlukan al-Quran agar tidak tersesat..Not just ada dan memiliki tapi mesti baca,fahami dan amalkan isi kandungan al-Quran itu.
Dan,alhamdulillah..al-Quran tu dah jadi cendera mata untuk kitorang..Happy sangat dapat al-Quran baru yg comel.. ^_^ Nak tengok tak?

hehe..pink!!
Pukul 12,kami berkumpul balik..Masa untuk makan!Yeayyy!Makan dalam dulang dan seronok sangat.Makan sampai habis..Alhamdulillah,nikmat makan dengan sahabat2 baru yang insya Allah bersahabat kerana Allah..Then,solat zohor pastu ada cakap2 sikit.Bagi feedback untuk program tadi dan alhamdulillah semuanya positif. :D
Kemudian sesi bergambar beramai2 sebelum bersurai..Insya Allah,nanti jumpe lagi..Ukhuwwah fillah abadan-abada.. ^_^

Diari

Bulatan Gembira Kami.. ^_^

Monday, September 17, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabatku sayang.. ^_^

Apa tu bulatan gembira ek?Ia juga dikenali sebagai usrah..Nak tau lagi,boleh usha2 video kat bawah ni..Amik dari YouTube jer..Comel and sweet sangat.hehe


See,sweetkan?Sebenarnya,semuanya sweet apabila kita lakukan sesuatu kerana Allah.. ^^
Saya pun hari tu dah pegi untuk first date kitorang.Akak2 senior buat makan2 untuk meraikan adik2 baru yg join..Best sangat!!
Nak tengok makanan kitorang..Jeng..Jeng..Jeng..Untuk 6 orang makan.Tapi,kitorang makan tujuh orang sebab masing2 dah tak larat nak habiskan..Semua yang makan sekali adalah sahabat2 baru saya..hehe


Selepas makan2,kitorang tengok video2 pendek yg sangat menyentuh jiwa..Salah satunya adalah video kat atas tu..^^
Lepas tu,kami solat maghrib dan isyak berjemaah.Di antara solat maghrib dan isyak tu kitorang baca ma'thurat dan ada sedikit tazkirah dari akak senior..Subhanallah..Diorang sangat hebat!
Antara ayat2 yang dikongsi mereka..
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang!Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu.Dan masuklah ke dalam syurgaKu"
surah al-Fajr : 27-30
Sangat menyentuh kalbukan ayat ni.Allah yang maha agung menjemput kita untuk ke syurgaNya dengan begitu lembut sekali..Sesungguhnya Allah sangat pengasih.. :')
So,jom sahabat2!!Kita berusaha untuk sama2 menggapai syurga Allah..Insya Allah,Gambate!!
Dan,ingat kawan2..
"Tidak Kami jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu"
surah Az-Zariyat : 56
Let's be a better Muslim!!Chaiyok!Chaiyok!

Art Trade

Balasan Art Trade dari Kak Azzah

Saturday, September 15, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..

Apa khabar sahabatku semua?Harap semua sihat berada di bawah limpah nikmat dari Allah s.w.t..Alhamdulillah dah seminggu saya menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa..Kalau kira sekali ngan minggu orientasi dah dua minggu sebenarnya..hehe..

Ingat tak saya pernah buat Art Trade dengan kak Azzah dulu..Tak ingat?Boleh tengok sini.Art Trade Doodle with AzzahSaid..
Nilah balasan dari kak Azzah,comel sangat!


Untuk tengok lebih lanjut,korang boleh baca kat entry Kak Azzah..
Terima kasih kak Azzah..
Comel!Suke sangat!!hehe :D
Boleh tengok banyak doodle yang cute2 kat sana..

Sebelum tuh,kata2 comel untuk hari ni.. 
"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."
— Imam Al-Ghazali

Ok tu jerlaa kot untuk kali ni..Assalamualaikum..




Diari

Esok First Day Kelas kat UTM !!

Sunday, September 09, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..

Alhamdulillah hari ni dah tamat minggu orientasi..Last tadi ngan explorace..Lawaklaa,sakit kaki kejap duk gi sana sini..Tak lari pun,jalan jer..Lepas tu,tumpang van sebab jauh sangat nak jalan..hehe..Padat macam ikan sardin tau..Pak cik van pun terkejut tengok kitorang ramai sangat..Free of charge pulak tu..Terima kasih pak cik.. ^_^
Perhatian,kitorang tak main tipu sebab syarat dia memang boleh tumpang zataupun guna ape jer cara..Sebenarnya kitorang nak pegi pinjam basikal tapi hari ni takleh pulak..hihi..

Sepanjang seminggu ni,kitorang banyak kena dengar taklimat.Macam2 topiklaa.Semalam pulak hari untuk kitorang bersukan.Kena lari sejauh 5km..Pastu,saya masuk sukan rakyat jugak..Adoi,kurus kejap..hihi :D
Ada satu benda lagi yang saya sangat suka n super kagum adalah masjid UTM ni..Masjid Sultan Ismail..Sangat cantik!!
Cantik dan besarkan..
Saya rasa saya boleh sesat kalau masuk dalam ni..hehe..Ada sudut untuk kita rehat yang sangat best.
Pemandangan di malam hari..
Subhanallah..Cantik!Masjid ni duk atas bukit sikit tau.Kena mendaki sikit baru sampai..Btw,tandas dia pun cantik dan bersih.. :)
Semalam dan hari ni tengok ada kursus haji kat masjid ni..
Esok saya dah start kuliyyah..Nak kena naik bas awal pagi.Macam pelik tapi tu lah kehidupan saya sepanjang duk sini..UTM luas sangat,tak mampu nak jalan kaki..hehe
Ok,tengok Slip Pendaftaran saya ni..
Tu jerlah kot.Doakan first day saya berjalan lancar dan begitu jugak seterusnya..Semoga Allah redha dan diberkati-Nya..

Daripada Abu Darda r.a berkata: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda:" Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan syurga. Sungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya orang yang ada diseluruh lapisan langit dan bumi meminta ampun bagi orang yang alim sehingga ikan yang ada dilaut. Dan sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihan bulan purnama atas sekalian bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama itu pewaris Nabi-nabi. Dan para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak)tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Makabarangsiapa mengambil ilmu bererti ia telah mengambil habuan yang paling sempurna"
Hadis Riwaat Abu Daud



P E N G O M E N