Diari

Preparation nak Masuk U :3 Hari Lagi!!

Wednesday, August 29, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..

Alhamdulillah,pagi tadi dah siap buat medical check up dan matikan setem..Barang2 pun dah pegi beli dah hari Ahad ari tu..Shopping sakanlaa dibuatnya..huhu..Penatlaa jugak minggu ni..hehe..Sape suruh buat last minute preparation kan?Jangan tiru aksi ini..

Sekarang,tinggal nak packing barang dan jahit tudung..Adoii..Kena lawan perasaan malas ni..hihi.
Selain tu kena sediakan mental yg dah start sedih dah memikirkan berape hari jer lagi nak tinggal family,rumah n Notty sekali..huhuhu~

Sebagai peringatan untuk saya dan sahabat sekalian,jangan mudah terpengaruh dengan budaya2 yg tidak elok kat sana tau..Saya pasti banyak budaya yg baik kat u nanti..Kita ramai2 ikut yang tu je ek!


pesanan dari Syabab Musafir Kasih untuk semua..
Insya Allah,kalau kita pandai jaga diri,jaga agama,tunaikan suruhan Allah..Kita takkan mudah terpengaruh dengan sesuatu budaya yang tidak elok..Naudzubillah..
And,don't forget to bring al-Quran with you..

comelnyeeee..nak satu boleh?
Al-quran kat atas comel sangatkan?Tapi kalau ada tafsir lagi best.Senang nak pegang dan dibawa ke mana2..Kalau boleh bacalah al-Quran setiap hari ye..Walaupun sedikit tapi biar istiqamah..
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa mengajarkan kepada anaknya satu ayat Al-Quran maka hal itu lebih baik baginya daripada ibadah selama seribu tahun, (iaitu) berpuasa disiang hari dan solat dimalam hari selama seribu tahun dan lebih baik baginya daripada seribu dinar yang ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin."


INSYA ALLAH


Wallahua'lam..Illaliqa' wamaa'ssalamah.. ^_^


Muslimah

Ukhti,Aku Cemburu Padamu..

Tuesday, August 28, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..

Artikel ni saya ambik dari fb sahabat saya..Semoga bermanfaat.Semoga artikel ni boleh menjadi motivasi untuk kita bermujahadah dalam menjadikan diri kita lebih hebat dan solehah..

UKHTI AKU CEMBURU PADAMU

Ukhti aku cemburu padamu..
Saat kau marah kau mampu memadamkan amarahmu..
Dan kau memilih menyimpannya daripada meluapkannya,
Padahal ku tahu saat itu hatimu sedang terluka.

Ukhti aku cemburu padamu..
Saat mereka bersuka-ria kau habiskan waktumu untuk hal yang berguna..
Kau tak hiraukan ajakan mereka dan kau sibukkan dirimu dengan cinta Allah dan cinta Rasulullah SAW

Ukhti aku cemburu padamu..
Ketika mereka berkata dengan emosi yang meledak-meledak dengan nada ancaman dan kasar..
Tapi kau balas dengan penuh kasih sayang
Kau tetap jalin persahabatan dan pertemanan..

Ukhti aku cemburu padamu..
Setiap hari kau panjangkan jilbabmu,
Kau tebarkan senyum semangatmu,
Padahal kau tahu saat itu
Mereka berbisik-bisik tentang perubahanmu itu..

Ukhti aku cemburu padamu..
Aku cemburu dengan diammu,
dengan tunduknya pandanganmu saat kau berhadapan dengan yang bukan mahrammu..
Kau hanya bicara seperlunya saja
Kerana kau takut pada fitnah dunia..

Ukhti aku cemburu padamu..
Disaat mereka semua sibuk bersms ria
dengan canda dan perhatian..
Tapi kau dengan tegas tidak memperdulikannya..
Kerana kau percaya jodoh itu ada padaNya,
tanpa Sms riapun jodoh pasti akan datang kerana kau tahu cinta seharusnya datang kerana Allah bukan kerana bersms ria..

Ukhti aku cemburu padamu..
Aku cemburu dengan ketaatanmu pada Robb kita..
Aku cemburu saat kau mampu melakukan hal yang Dia senangi dan meninggalkan segala hal yang Dia benci..

Ukhti,sungguh aku cemburu padamu
Robbi pasti sangat menyayangimu ukhti,
Dia pasti sangat mencintaimu,,
Kerana ketaatanmu pada Nya :’)

Ukhti,darimu aku banyak belajar erti hidup..
Kerana kepuasan hidup bukan di saat segala hal yang kita ingin dapat dipenuhi,
tapi tentang kepuasan saat kita dapat melawan bisikan-bisikan syaitan..


Anak Buah

Irfan di Hari Raya..

Friday, August 24, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..

Hari ni dah raya keenamkan..Irfan dah nak balik Selangor hari ni..huhu..Family saya semua balik raya tahun ni..Suka sangat!Abang saya yang kat Indon tu pun balik gak..Hujung bulan ni dah nakgi balik dah kat Pondok Pesantren al-Fatah,Temboro tu.Ada yang kenal tak?hihi..

Hari ni saya nak tunjuk gambar Irfan masa hari raya hari tu..Wait,ada yang tak kenal lagi Irfan?Boleh baca sini..Gambar Irfan masa hari pertama lahir pun ada kat situ.. :)

jeling kat sape tu?
Untuk pengetahuan semua,nak ambik gambar Irfan pakai kopiah ni susah sikit.Kitorang dah jadi macam paparazzi nak ambik gambar dia ni..Sikit2 nak buang kopiah  tu..hehe
Ha,satu lagi.Perasan tak kat hidung dia macam ada benda tu..Tu sebab dia jatuh kat dalam shopping mall.Dia memang tak pandai jalan,tahu lari jer..Dahlaa laju..huhu..Kurus kitorang ni.

dah dapat susu baru senyap..^_^
Pakai kasut raya tu..Irfan dah taknak pakai kasut buruk dia tau..haha..Lawaklaa budak ni sorang. :)
Sayang kamu!!
Doaku untukmu..
Moga jadi anak yang soleh..Berjasa untuk agama,ibu bapa,keluarga,masyarakat,negara dan semua..Moga jadi seorang huffaz juga!Ameen.. ^_^

Diari

Saya terlambat ke ni??

Wednesday, August 22, 2012

Bismillahirrahmanirrahimm..
Assalamualaikum w.b.k..

Apa khabar semua?Mesti masing2 sibuk duk ziarah menziarahi sekarang ni kan..Baguslah,boleh mengeratkan ukhuwwah dan hubungan sesama sanak saudara serta sahabat handai..Kalau bukan time raya ni,rasanya susah dah nak ziarah..Ye dak?

Saya kat sini dgn rendah dirinya nak bagi ucapan raya..Saya terlambat ke ni?hihi..Kuat sangat beraya.. Okelah..Selamat hari raya..Maaf zahir dan batin.Kalau ada yg pernah terguris hati sama ada secara sedar atau tidak..Melalui perbuatan,percakapan ataupun melalui penulisan.Harap boleh maafkan saya.. :)

Lagi satu,jangan membazir,tabarruj dan elakkan dari mengikut hawa nafsu..Jangan cemari aidil fitri yang mulia dengan prbuatan maksiat kita.. :)
Jaga aurat dengan sanak saudara yg bukan mahram..Sepupu ke,ipar ke kalau lain jantina walau rapat seperti adik beradik sekalipun tetap ada batas yg perlu dijaga..Aurat haruslah ditutup dan tidak boleh bersalaman apatah lagi bertepuk tampar dengan mereka..

Bersama-samalah kita menjaga kesucian aidil fitri..^_^

One more thing,ada orang perasan tak  belog ni dah bertukar rupa..Dari totally pink dah jadi hijau..Saya memang suka hijau pun..Nom dua baru pink..hihi..Harap korang pun suka. :)

pssst : banyak ke dapat duit raya..saya pun dapat jugak..hehe..tak sangka ada lagi orang nak bg kat saya yg dah tua ni..  ^^


Muhasabah

Muhasabah Diri #4

Wednesday, August 15, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..


Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya bertanya, Ya Rasulullah, jika saya tahu bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu ?" Nabi s.a.w. menjawab: "Berdoalah, Allahumma innaka ‘afu wun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku).
(HR Tirmidzi)
Harap2 kita ikut Rasulullah dan para sahabat..
Bukannya terpengaruh dengan kebanyakan orang zaman sekarang.. ^_^
Wallahua'lam..Assalamualaikum..
sumber hadis

life

Women in Islam

Tuesday, August 07, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..

Women in Islam.
When she is a MOTHER,jannah lies under her feet.
When she is a WIFE,she complete  half of the deen of her husband.
When she is a DAUGHTER,she opens a door of Jannah for her father and brother..
We are really lucky right??
Really..Really..Really lucky..
Alhamdulillah..All praises to Allah.

Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah, “Suaminya." “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
Bersama-samalah kita berusaha untuk menjadi wanita solehah..Jangan asyik merungut dengan syariat yang telah ditetapkan..Setiap yang Allah perintahkan PASTI ada kebaikannya..I'm proud to be muslimah!! ^_^

Art Trade

Art Trade Doodle with AzzahSaid

Monday, August 06, 2012

Bismillahirrahmanirrahimm.
Assalamualaikum w.b.k..

Hari ni saya try lukis doodle untuk wat art trade dengan kak Azzah..Art trade ni kena buat doodle guna 3 warna jer..So,saya guna warna putih,hitam dan pink.Seperti biasa saya pakai Paint Tool Sai..Doodle saya agak terketar2 sebab saya budak baru belajar..huhu

Ni dia white rabbit to kak Azzah..hehe ^_^

klik..klik..
Sape2 yang nak join jugak boleh klik kat gambar tu.. ^_<
And one more thing,salam nuzul a-Quran buat semua umat Islam..Jadikan al-Quran sebagai best friend kita..

Diari

Pengalamanku "Tengok" Eksiden

Sunday, August 05, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k buat sahabatku.. :D
Semalam masa gi solat terawih,ada sorang mak cik bagi bunga kat saya..Wangi tau,bunga apa ek nama dia..hehe..

ade sape2 tau tak ni bunga apa?hehe
Saya nak berkongsi satu cerita dgn sahabat2 semua.Semalam saya "tengok" satu kemalangan jalan raya..Sebenarnya saya tak perasan pun kejadian tu padahal ia berlaku betul2 depan mata saya.Bila abah saya macam terkejut gitu barulah saya tengok jugak..Dan pada masa tu kereta tu dah terbalik pun.Tapi saya cuma nampak debu2 yang berterbangan je..Saya konfius kejap bila abah saya pusing kereta..Boleh pulak saya pegi tanya abah..
Kereta tu berenti ke?
Abah pun cakap :
Berenti apenye?Dah terbalik dah pun..
Bila abah pegi dekat,abah saya turun.Mase tu takder orang sangat lagi..Saya tak turun pun takut saya pulak yg gi pengsan kat situ..huhu..Kejap jer pastu orang ramai..Jalan pun dah mula sesak.Saya tengok abah saya duk bercerita kat beberapa orang kat sana.Saksi kejadiankan..

Tapi,alhamdulillah..Walaupun kereta tu terbalik dan jatuh sikit..Semuanya selamat,takder kecederaan serius pun.Saya nampak sorang jer yang luka sikit kat muka..Semoga cepat sembuh..Pengalaman pertama saya "tengok" kemalangan..Allahuakbar,takut sangat saya mase tu..Senyap jer duk dalam kereta.Padahal xnampak pun..

Tulah,bila Allah nak buat sekelip mata jerkan..Saya yang kurang peka terhadap persekitaran ni tak sempat nak perasanpun..
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau! Maka ia terus menjadi.
Surah Yaasin :82
Kawan2 ada pengalaman tengok kemalangan tak?




life

Like Father Like Son

Thursday, August 02, 2012

Assalamualaikum w.b.k..
With the name of Allah the most beneficent and the most merciful..
Cerita ni saya ambik dan edit sikit2 dari majalah Solusi isu ke-39.
Ok,lets the story begin..hehe

Si anak mengadu kepada bapanya :

"Ayah,perut Ahmad sakit..."
Si ayah melihat si anak meletakkan tangannya di perut sambil menekan-nekan.Lalu,si ayah berkata :
"Ini mesti sebab perut kamu kosong.Kan ayah suruh kamu makan tadi tapi kamu tak nak makan.Ha,tengok sekarang dah sakit perut.Dah,mari sini makan nasi ni sikit.Nanti reda la sakit"
nice pic right.Credit to Google
Pada waktu yang lain si anak melihat si ayah memicit-micit kepalanya..
"Ayah sakit kepala ya??"
"Ya,berdenyut-denyut kepala ayah ni." 
Dengan wajah serius dan spontan Ahmad berkata..
"Ahmad tau,ni mesti sebab kepala ayah kosong." 
Ayahnya terdiam and lepas tu tergelak besar..HAHA

So,dari cerita ni kita tau yang ibu bapa adalah guru dan pendidik yang terbaik untuk anak2.Ikutlah cara2 Rasulullah s.a.w mendidik anak2 baginda.
" Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya”.
baitul muslim :P
Dengan didikan yang baik insya Allah akan melahirkan zuriat2 yang soleh dan solehah.. ^_^

P E N G O M E N