Diari

Final Exam Just Around The Corner!!!

Saturday, March 31, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..^_^

Seriously,saya agak seram dengan tajuk di atas..hehe..Insya Allah dua minggu lagi saya ngan kengkawan akan menghadapi final exam dan lepas tu habis matrik!!Tak tau nak kata happy ke sedih bila sebut pasal habis matrik..Dua2 perasaan tu ada..huhu.Sedih nak tinggal kawan2(roommates dan jiran2 yg happening,classmates yg cool),cikgu2 yg tak pernah jemu mendidik dan memberikan ilmu kat kami semua..Jujurnya,mase saya tulis ni mata saya dah berair pun..hehe..Kalau dah keluar matrik ni mesti dah susah nak jumpa ngan semua..-,-
Tapi,ukhuwwah kita akan berpanjangan kerana-Nya insya Allah..Saya sayang kamu semua!

Dan,benda yg buatkan saya happy pulak sebab saya nak balik jumpa family..Rindu sangat2!Tak pernah lagi saya tak balik rumah lama macam ni..huhu.Nanti cuti boleh duk kat rumah puas2..hikhik..Seronoknyer..

Exam..Exam..Exam..Takutnya!!Especially Chemistry..Dari sekolah menengah lagi saya memang alergik sikit ngan subjek ni..huhu..Sekarang ni pulak jumpa dengan organik yg memang nak kena hafal..alkane,alkene,haloalkane,benzene,amine and so onlah..

Kalau telefon kat ma ngan abah,mesti kena tanya pasal subjek ni..hehe..
Jawapan saya pulak:hehe,bolehla..bolehla..
Biler jumpa ngan cikgu pulak mesti cikgu pesan buat nota,pastu tengok tiap2 hari..
Jawapan saya:hehe..Insya Allah cikgu..dalam hati semangat berkobar2,tapi bila balik bilik,penyakit malas datanglah pulak..huhu

Tapi,tak mustahilkan untuk saya dapat A for Chemistry..Usaha + Tawakkal insya Allah dapat punyer..Ameen.
good luck!You can do it..^^

Doa ketika memasuki dewan peperiksaan :

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
Doa ketika sukar menjawab :
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

Doa ketika sukar menjawab :
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.

Oklah,saya nak sambung study balik..Doakan saya yek kawan2 semua..Semoga kejayaan milik kita semua di dunia dan lebih2 di akhirat sana..



life

Benda Paling Dekat dengan Kita..

Sunday, March 11, 2012



Assalamualaikum wa sobahalkhoir..^^

Sebelum saya bercerita lanjut,kita tengok dulu ayat ni..Muhasabah sikit..
Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga,maka sungguh ia telah beruntung, Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.(surah Ali Imran,3:185)
Tentu sahabat2 semua pernah dengar tentang teka teki dari imam Ghazali ni kan..

Bertanya Imam Ghazali : “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab : “orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya”.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. 


Macam mana kawan2?Mati tu benda paling dekat dengan kita..Dah cukup ke amalan kita semua..Allahuakhbar.
Tak cukup kalau setakat kaya ngan harta benda je.Harta benda kat dunia yg kita duk agungkan ni bukannya boleh bawak pun bila kita meninggal nanti.


kita semua bakal ke sini

Lecturer saya pun telah kembali ke rahmatullah  minggu lepas..Masih muda,berusia dalam lingkungan 30-an lagi..Awalnya demam biasa2 jer..Anak sulung beliau baru jer berumur 7 tahun.Innalillah..Semoga cikgu ditempatkan di tempat orang2 yg soleh..Ameen

Jadi,jangan kita ingat mati ni nak tunggu tua dulu,nak tunggu sakit dulu..Tapi,mati boleh jadi bila2 masa dan di mana2 saja..Jom kita sama2 tingkatkan amalan..Agar kita xmenyesal di akhirat sana,kerana pada ketika itu sudah tiada gunanya lagi..

Diari

Cerita di Hari Jumaat =)

Saturday, March 03, 2012

Assalamualaikum w.b.k.. ^_^

Cerita hari ni xder apa yg best pun sebenarnya..Saya ngan rummet tinggal dua orang jer ni,yang dua orang lagi dah balik..Sedih betul..Esok,insya Allah bakal ditinggalkan keseorangan sebab kawan saya yg ni pun nak balik jugak esok,huhuhu..Kuditinggalkan kesepian..




Tapi,yg bestnyer tadi kelas sampai kul sepuluh jer..hehe..Punyerlaa jeles bebudak ni..Napok sangat yg kami orang ni pemalaskan..huhu.Apa nak jadilaa..Time lecture Fizik,sir tunjuk satu countdown tau..Nak tau pasal ape..Pasal EXAM!!FYI,tarikh exam kami orang insya Allah 16 April 2012..Result exam ari tu pun xdapat agi,ni dah nak exam besar pulak..Ujian2x..hehe

Lepas tu,bila bukak pulak fb..Ada sorang sahabat saya post macam ni lebih kurang setelah diedit :
Kawan2..Tinggal sebulan jer lagi kehidupan kita kat matrik ni..Sekarang ni,jom kita pulun habis-habisan untuk exam akhir ni..Biar dapat result gempak sama2,happy sama2 pastu boleh cuti sama2!!
Sejak bila ntah kawan saya pandai buat ayat yg agak skema cam ni..hehe.Lepas jer saya baca,agak2 perkataan mana yg berjaya menarik perhatian saya..Apa??Study??hehe..op courselaa perkataan yg saya bold tu kan..Yeah,cuti..The thing that I like most..hehe..Actually,saya rindu sangat dah kat umah ni..Dah dua bulan lebih saya duk kat sini..eh,betul ke??ke baru sebulan lebih.. Ah,tak kisahlaa kan..Tapi,saya jeles betul ni sebab kawan2 ramai sangat yg balik..huhu

Tapi,tapi,tapi..Saya tahu saya kena kuat..Be a strong girl!!Yeh,I'm a khalifah..Mesti bermujahadah dalam kehidupan..Bukan mudah berputus asa..
Allah S.W.T berfirman: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Az-Zumar 39:53)
Nak gembirakan hati ma abah dan cikgu2 dengan kejayaan saya..Nak jadi orang yg berguna kepada agama,bangsa dan negara..Insya Allah!

note : terlewat post dalam 45 minit..dah hari Sabtu pun.. :)

P E N G O M E N