Kekasihku..

The True Love~

Friday, February 24, 2012


Assalamualaikum sahabat..Kaifahalukum??^^
Hopefully semuanya sihat2 semua..Hari ni jom kita tengok balik kisah Rasulullah s.a.w di saat ajal baginda.Dapat kita lihat kat sini cinta Rasulullah kepada kita yg sangat ikhlas.Bukannya macam boypren atau girlpren kita,cinta sebab hawa nafsu jer..Semoga dengan membaca kisah ni dapat menjadikan diri kita lebih baik dan dapat menimbulkan keinsafan dalam diri setiap yg membacanya..Insya Allah..

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah;

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan, “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku…” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.


Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi… Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Credit to My Ibrah..

Diari

Seminar Perubatan Islam..

Sunday, February 19, 2012

Assalamualaikum..
Subhanallah..Pagi yg indah dengan hujan yang renyai2..suka sangat dengan cuaca ni.Seperti yang saya janjikan pada entry lepas,saya nak citer pasal seminar nikan??

Seminar ni dikendalikan oleh dua orang ustaz iaitu ustaz Muna dan ustaz Nazru..Untuk ke blog perubatan Islam ni,boleh tekan sini..Ada banyak info kat sana dan gambar2 masa program ni dibuat kat kolej kitorang pun ada kat sana..hehe..Nasib baik gambar saya tak ada..


First sekali,ustaz cakap niat kita belajar ni adalah untuk meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t..Lepas tu,kami diberitahu tentang penggunaan ruqyah ayat 33..Untuk penjelasan lebih juga boleh pegi sini..Jangan pulak kita nak guna mantera bagai ye sebab benda tu salah dan SYIRIK!!Kemudian,ustaz pun suruh kami baca ayat 33 dengan kuat dengan bimbingan ustaz Nazru.Masa kami duk baca tu,tiba2 ada seorang pelajar perempuan menjerit..Ustaz pun suruh kawan2 yang duduk dekat dengan dia angkat ke tepi dan bagi air yg telah dibacakan ayat..Lepas tu,bila saya intai2,nampak pelajar tu dah tenang..Alhamdulillah..Pengalaman pertama saya lihat benda2 macam ni..

Dengan matlamat : 1 keluarga,1 perawat..
Kami juga diberitahu tentang jenis2 gangguan jin serta pencegahannya..Gangguan histeria,gangguan sihir dan gangguan saka..naudzubillah..Untuk menghindarinya,selalulah kita amalkan ayat2 suci al-Quran dan memohon pertolongan dari Allah..Sesi praktikal pulak,ustaz suruh sesapa pelajar yg rasa macam pelik atau tak sedap badan keluar ke depan..Pastu,kitorang semua baca lagi ayat 33..Ramailaa jugak yg menjerit dan meracau2..Tapi,pelajar lelaki xder sorang pun yang kena.Semuanya pelajar perempuan..Kemudian,ustaz Nazru pegi dengan pelajar2 yg sakit tu dan ustaz Muna meneruskan sesi soal jawab dengan kitorang..

Itu jerlah kot cerita sepanjang seminar tu..Insya Allah,kita sama2 amalkan ayat 33 dalam kehidupan seharian kita..Mudah-mudahan dapat menghindari diri dari gangguan syaitan..Biiznillah..

Diari

Festival Estetika Islam

Monday, February 13, 2012

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Festival ni bermula dari petang Jumaat hari tu lagi..Program "Tanyalah Ustazah" yang membincangkan fiqh wanita..Banyak ilmu baru yang saya dapat..Best!

Hari Sabtu pulak kolej kitorang ada perarakan sempena sambutan maulidul rasul..Blok kami kena pakai warna pink semua..Ala2 feminim gitu..Petang tu pulak ada program Valentine Reverse,akak2 dari UIA datang bagi ceramah sikit..Diorang bagitau yg mufti telah pun bermuzakarah tentang hukum hari valentine ni and the answer is HARAM..So,jangan sambut ye sahabat-sahabatku sekalian..Malam tu pulak ada pertandingan nasyid..Alhamdulillah,hiburan yang mendidik jiwa insya Allah..

tutup aurat ye..baru comel^^

Sebenarnya program yang extra best adalah seminar perubatan Islam..Tapi,nantilah saya cerita..hehe.
Dan,malam ni pun ada program iaitu Cinta Bersama Imam Muda Hassan..Tiket dah beli lama,xsabar nak pergi.Tapi,sebelum tu..Mathematic extra class..huhu.Kena pergi kelas dulu sebelum pergi ceramah..Tapi,xperlah,dua-dua penting..
Oklah,saya kena pegi buat kerja sekolah dulu,nanti malam ni sibuk pulak..
Assalamualaikum..

p/s:ada sape2 tau tak pasal course Al-Quran dan Multimedia kat USIM??rasa macam berminat jer nak pilih sebagai first choice untuk isi upu..tq :)



Kekasihku..

Aku Rindukan Dirinya~

Sunday, February 05, 2012

Salam maulidul Rasul buat semua sahabat yang kusayang fillah..
Allohumma salli a'la Muhammad wa a'la alihi wasohbihi wasallam..3x
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita,Nabi Muhammad s.a.w..

Saya pasti hari ini ramai yang post tentang maulidul Rasul ni kan??Alhamdulillah..Masing2 mempunyai kesedaran tentang hari yang mulia ni.Tapi,saya juga saaangat berharap yang kita bukan mengingati Rasulullah hari ni jer,tapi untuk sepanjang masa,setiap masa..Insya Allah..


Mari ramai2 umat Islam semua kita hidupkan sunnah Nabi Muhammad yang kita sayang ni..Benda yg saya rasa paling senang dan best untuk dibuat adalah senyum..Yeh!senyum..Bukan ketawa..(pesanan untuk diri yg suka sangat ketawa)huhu..
Daripada Sayidatina Aisyah, katanya: "Tidak pernah walaupun sekali aku melihat Rasulullah s.a.w. berlebihan ketawa hingga ku lihat anak lidahnya. Tawa beliau hanyalah berupa senyuman." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baghawy dan Ahmad)
So,kawan2..Apa lagi senyum sokmo deh..^_^Jangan masyam2 ye..hehe
Ada satu kisah yang sangat comel pada saya tentang baginda..

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,

“Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta”, katanya.

“Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta”, kata Rasulullah SAW.

“Ia tidak mampu”, kata perempuan itu.

“Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta”.

“Ia tidak mampu”.

Para sahabat yang berada di situ berkata,

“bukankah unta itu juga anak unta?”

Tengok betapa hebatnya peribadi Rasulullah s.a.w..Bukannya macam kita..kalau xmoody,terlebih happy..Ketawa xingat dunia..Kena controllaa sikit ye.

Selain daripada kisah senyum ni..Satu lagi kisah Rasulullah yg sentiasa membuatkan saya tersentuh adalah yang ni :
Pada suatu hari para Sahabat melihat air mata mengalir di pipi Rasulullah lalu bertanya, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab, “Aku rindukan Ikhwanku.” Terkejut para Sahabat dan berkata, “Bukankah kami Ikhwanmu?”
“Tidak,” kata Rasulullah. “Kamu Sahabat-Sahabatku manakala Ikhwan ialah umat Islam akhir zaman, yang datang sesudahku, yang tidak berjumpaku tapi beriman denganku.”
Ya Allah..Kawan2,tengok betapa rasulullah sangat menyayangi kita..Padahal baginda tersangatlah mulia kalau nak dibandingkan dengan kita insan yang kerdil ni..Tapi,kita pula yang sombong bongkak melupakan baginda dan tidak mahu mengamalkan suruhan Allah dan sunnahnya..Pernahkah kita mengalirkan air mata kerana rindukan kekasih Allah  ini?Atau kita hanya pernah mengalirkan air mata kerana buayafriend dan jugak gelifriend kita?Naudzubillah..
Semoga kita semua tergolong dalam golongan ikhwan yang Rasulullah rindui tu..Ameen3x

Kekasihku..

Jom Ikut Sunnah..-tidur-

Saturday, February 04, 2012

Assalamualaikum w.b.k..
Apa khabar sahabatku sekalian..
Alhamdulillah,saya dah pun selesai menjalani ujian midsem semalam.
Mudah-mudahan,saya dan kawan2 berjaya dapat result yg cemerlang..Ameen.

Malam ni,sebelum saya tidur.Saya terfikir untuk post tentang tidur cara Rasulullah..
Tidur pun dikira ibadah tau kalau kita ikut cara Rasulullah..

First sekali,sebelum baginda melelapkan mata..Baginda s.a.w akan berwudhuk terlebih dahulu.



“Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Baginda tidur dalam keadaan mengiring di atas rusuk kanan,membengkokkan betis dan tangan kanan diletakkan di bawah pipi baginda.

Kajian yang dilakukan oleh Goltech dan Potsech, amalan tidur mengiring ke kanan, boleh mempercepatkan makanan dihadam dengan baik dan ditolak ke usus secepat 2-5 jam sahaja. Ini amat baik bagi mengelakkan obesiti. Jika orang mengatakan tidur boleh menggemukkan badan dan penyakit, benar jika kedudukan tidurnya mengiring ke kiri, kerana penolakan sisa makanan ke usus mengambil masa 5-8 jam.

 Dan,seperti biasa baca doa sebelum dan selepas tidur..Banyak lagi sebenarnya amalan2 Rasulullah dalam melaksanakan ibadah tidur ni.Jadi,kita pun kenelaa amalkan jugak.Kalau kita berwudhuk sebelum tidur ..Insya Allah,malaikat akan menjaga kita sepanjang tidur kita..

Lepastu,jangan lupa bangun awal untuk solat subuh ye kawan2.. 
Lagi bagus kalau bangun tahajjud,pastu pegi solat subuh berjemaah..(terasa sebab diri sendiri pun jarang buat)

Lepas tu,saya teringat pesan abah saya masa kecik2 dulu..
Baca tiga "qul" sebelum tidur pastu ayat kursi sekali..
Dan,dalam proses kita nak tidur tu,sertaikanlah dengan zikir sampai kita tertidur..
Satu lagi,jangan lupa mengucap dua kalimah syahadah sebelum kita melelapkan mata..

oklah kawan2..saya pun nak pegi tido dah ni.doakan saya tidur dalam iman.. ^^
sebelum tu,jom bace artikel ni...best sangat!!moga bermanfaat buat semua..Assalamualaikum.
 note : Picture credit to salam ukhuwwah..

P E N G O M E N