Diari

Esok Balik!!

Friday, January 20, 2012

Assalamualaikum..
Alhamdulillah mase yg ditunggu2 akhirnya bakal tiba esok..
Insya Allah..Balik rumah a.k.a kampung..hehe

Hari ni sangat sibuk dan memenatkan..
Habis kelas jer pukul empat pastu 5.30 hingga 6.30 extra class..
Malam pulak ada discussion for research BI kitorang..hehe
Mencabar betul..Pastu basuh kain.
Semuanya gara2 nak balik esok..
Semangat..Semangat..

So,cuba kita renung..
Kita hidup kat dunia ni..Sudah semestinya kita akan pulang kembali kepada pencipta kita..
Macam mana agaknya persediaan kita nak menempuh saat yang bakal tiba ni xkira lambat mahupun cepat..
Agak2 persediaan kita sama ke macam kita nak balik kampung atau ke sesuatu tempat yg kita akan pergi lama..Rasanya masing2 dah ada jawapan bagi diri kita sendiri..
Ingat kawan2..kita pergi tak semestinya tunggu tua dulu..xsemestinya tunggu ada penyakit dulu..
Bila2 masa jer ajal boleh menjemput kita..

So,kita kenalaa bersiap2 dengan amalan yg baik dan soleh sebagai bekalan untuk ke akhirat sana..
Saya pun sering lupa jugak..
Kalau hal dunia ni semangat jer buat..Tapi kalau hal akhirat selamba jer..
Jangan sampai kita menyesal di akhirat sana..
Dah xberguna dah mase tu walau menangis air mata darah sekalipun.
Jadi,fikir-fikirkanlah..
Nak senang kat dunia yg sementara ni or kat akhirat yang kekal abadi..
Tepuk dada tanya iman..


note : tadi wat experiment Chemistry yg letup2..Berdebar betul sebelum buat..Tapi yg bestnya,saya punyer xletup..hehe..experiment success!!^__<




life

Don't be Lazy..

Sunday, January 15, 2012

Assalamualaikum kawan2..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w..

Apa khabar semua??hopefully sihat walafiat..
Kalau xsihat pun xpa..
Nikmat jugak tu..kafarah dosa insya Allah :)

Tadi saya dengar radio Ikim..Alhamdulillah..banyak ilmu bila dengar radio tu..Hiburan yang mendidik jiwa..
Dengar perkongsian dari Nik Nur Madihah,pelajar cemerlang 2008.Dia citerlaa serba sedikit tentang resipi kejayaan dia..Dan tak lain tak bukan dengan menjaga hubungan kita dengan pencipta,Allah s.w.t..
Jangan lupa kepada-Nya dalam kita sibuk menuntut ilmu.Kadang2 saya terfikir jugak.Dah elok2 kita bangun awal pagi,tapi hanya untuk buat homework dan study jer.Apa kata kalau kita luangkan sedikit mase untuk solat tahajjud ke sekejap..(pesanan untuk saya sendiri jugak ni)

kata-kata yg Nik Madihah pegang..
Lepas dengar jer kata2 ni..Saya terus pegi tulis nak jadikan kata2 semangat buat saya..So,don't be lazy ye kawan2..hehe.Dan,jangan hanya tau berusaha saja..Bertawakkallah juga dengan Allah..Jaga hubungan dengan ibu bapa dan guru2.Kerana keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan mereka semua.

Satu lagi,belajar tu ikhlaskanlah kerana Allah..Jangan sebab nak exam jer..Ya,saya pun lupa jugak kadang2..Jadi,sentiasalah muhasabah diri..Kita belajar kerana apa?Ikhlas kerana Allah or semata2 nak berjaya dalam exam jer..Tepuk dada tanya iman..

Jadi,jom kita semua bersemangat dalam menuntut ilmu tak kira ilmu dunia ataupun ilmu akhirat.Sentiasalah kita perbetulkan niat kita kerana Allah semuanya..Insya Allah,semua kerja yang kita lakukan lebih berkat..
Akhir kalam,jangan malas2 ye kawan2 semua dan diri saya sendiri terutamanya..hehe.chaiyok3x!!



Diari

Berita Gembira dari Sahabatku..

Sunday, January 08, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum sahabat yg kusayangi kerana Allah..

Petang semalam,masa saya duk mengadap laptop,seorang sahabat saya time sekolah menengah dulu mesej..

Sahabat : Salam..
Saya : Wa'salam..Ada gapo?
Sahabat : Aku clash doh..huhu
Saya : Bakpo?(kenapa)..terkejut..
Sahabat : Aku xse doh gewe..Aku insaf doh.Aku nak jadi mace ore hok baik2.Tenang jah aku sero loni,lega.(Aku xnak dah couple.Aku dah insaf..Aku nak jadi macam orang yang baik2..Tenang jer aku rasa sekarang ni,lega)

Allahuakhbar..Menitis air mata saya mase baca mesej tu..Terima kasih ya Allah kerana memberi kesedaran kepada sahabatku ini..Saya pun mesej lagi..

Saya : Bagusnye..mung jangan sedih ye.sebab aku ada terbaca yg kita xkan kahwin dengan orang yg kita cintai atau sayangi tapi kita akan kahwin dengan orang yang Allah dah tetapkan sebagai jodoh kita..Jadi,kita xperlu bimbang pasal tu.
Sahabat : Aku ok..Aku rasa bahagia sangat sekarang ni..

Tengok,kuatkan sahabat saya..Dia yang mintak clash dengan lelaki tu sebab rasa bersalah dengan perbuatan tersebut.
Lagipun kami baru jer nak masuk 19 tahun..Kalau ikut logik xmungkinlah kami akan kahwin time ni..Jadi,buat apa kami nak dekatkan diri dengan aktiviti yg boleh mendekatkan diri kepada maksiat.Jangan risaulah semua..Kalau ada jodoh,takkan ke manalah..


sumber

Ya Allah,jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang,
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu..
Ameen..

Buat sahabat2 yang masih setia dengan kekasih hati..Berhati-hatilah,kerana cinta manusia yang tidak halal boleh menyebabkan hati kita lalai dan lupakan Allah,pemilik cinta kita yang sebenar dan agung..Jom kita kejar cinta Allah.Semuanya akan menjadi indah walaupun ditimpa kesusahan atau ketenangan kerana kita ada Allah yang sentiasa bersama kita..Sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama2 dengan kita..Subhanallah,Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang terhadap hamba-hamba-Nya..
Wallahua'lam..Assalamualaikum ^^

Diari

Tiket Dah Beli!!

Thursday, January 05, 2012

Assalamualaikum sahabat sekalian..

Saya nak bagitahu petang tadi dah beli tiket..hehe
Suke sangat!!xsabar nak balik..
Rindu ma abah n adik2..
(padahal baru jer balik minggu lepas)
20hb ni insya Allah saya balik..

Kakak saya rasenya semua xbalik kot.
Abang saya lagilah..Jauh sangat.
Rindunya kat abang..Dah lama xjumpa..huhu
Tak perla..Abang pergi menuntut ilmu.
Semoga nanti abang pulang sebagai seorang hamba Allah yg soleh. :)


semoga abangku dan adikku juga bakal menjadi pemuda Islam yg hebat!!
diriku,kakak2ku dan adik bongsuku sebagai wanita solehah..insya Allah


Semoga keluarga kita sentiasa disinari dengan cahaya keimanan dan ketaqwaan..
Sayang semua kerana Allah insya Allah..

keluara bahagia dengan Islam.. :) 

P E N G O M E N