Pesanan Buat Muslimahku Sayang (diri sendiri)

Saturday, December 15, 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.k buat sahabat2 sayang dan muslimah2 yang kucintai kerana Allah..In shaa Allah.. Sebelum tu,hari ni 1 Safar 1434 kan..Jadi,kalau nak tulis pendek dia jadi macam nih.
1.2.34
Cantikkan..^_^

Ok,back to topic..Pesanan buat semua  muslimah,kita ni senang nak masuk syurga dan senang jugak nak masuk neraka.Pasti sahabat semua pernah dengarkan ayat ni..Gembira dan takut bercampur aduk..Allahuakhbar..Semoga kita ni tergolong dalam golongan yang senang nak masuk syurga..
“Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”.
(Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)
jom berusaha!!
Kita sebagai muslimah perlulah berusaha untuk buat semua perkara2 kat atas tu.In shaa Allah.
Tapi,kenape pulak kita ni mudah untuk masuk ke neraka?
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggang-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Aurat kita sahabat,jagalah ia dengan sebaik mungkin.Jangan hanya kerana terlalu ghairah dengan fesyen semasa kita sanggup menyesal di akhirat sana.Dunia ini hanyalah persinggahan,akhirat sanalah tempat yang kekal abadi buat kita.Nak cium bau syurga pun tak boleh,inikan pula nak masuk ke dalam syurga..Naudzubillah.

Selain itu,perkara yang sememangnya femes untuk kaum wanita adalah mengumpat ataupun bergosip.Saya memang mengaku bahawa bergosip pasal orang ni memang best.Tapi,cuba bayangkan orang yang digosipkan tu adalah kita sendiri.Tentunya,sedih dan marahkan.
 "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud)
Astaghfirullahal a'ziim...Astaghfirullahal a'ziim..Astaghfirullahal a'ziim.Jadi,jom kita pahatkan azam dalam hati untuk berusaha menjadi wanita solehah dan mengejar syurga Ilahi.Ingat,syurga itu untuk orang yang hebat!So,kita kena jadi orang yang hebat untuk ke sana.. :') Hebat macam mana?Ikut perintah Allah,jadi khalifah di muka bumi ini..In shaa Allah. ^_^

You Might Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah. terima kasih atas pekongsian ilmu ini. moga Allah sentiasa melindungi kita daripada kemungkaran :)

    ReplyDelete
  2. kakak awak kerja dekat mana kakak awak di Keningau?.manalah tahu kan jumpa ketika kursus ke ...hehehe jangan risau tak makan orang pun...

    ReplyDelete
  3. @Nur Syafiqah
    Sama2 kasih.. ^_^
    Ameen,in shaa Allah.

    ReplyDelete
  4. @etuza
    hehe..dah lupalaa saya name dia punya sekolah tu ape.. :)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N