Final Exam Just Around The Corner!!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..^_^

Seriously,saya agak seram dengan tajuk di atas..hehe..Insya Allah dua minggu lagi saya ngan kengkawan akan menghadapi final exam dan lepas tu habis matrik!!Tak tau nak kata happy ke sedih bila sebut pasal habis matrik..Dua2 perasaan tu ada..huhu.Sedih nak tinggal kawan2(roommates dan jiran2 yg happening,classmates yg cool),cikgu2 yg tak pernah jemu mendidik dan memberikan ilmu kat kami semua..Jujurnya,mase saya tulis ni mata saya dah berair pun..hehe..Kalau dah keluar matrik ni mesti dah susah nak jumpa ngan semua..-,-
Tapi,ukhuwwah kita akan berpanjangan kerana-Nya insya Allah..Saya sayang kamu semua!

Dan,benda yg buatkan saya happy pulak sebab saya nak balik jumpa family..Rindu sangat2!Tak pernah lagi saya tak balik rumah lama macam ni..huhu.Nanti cuti boleh duk kat rumah puas2..hikhik..Seronoknyer..

Exam..Exam..Exam..Takutnya!!Especially Chemistry..Dari sekolah menengah lagi saya memang alergik sikit ngan subjek ni..huhu..Sekarang ni pulak jumpa dengan organik yg memang nak kena hafal..alkane,alkene,haloalkane,benzene,amine and so onlah..

Kalau telefon kat ma ngan abah,mesti kena tanya pasal subjek ni..hehe..
Jawapan saya pulak:hehe,bolehla..bolehla..
Biler jumpa ngan cikgu pulak mesti cikgu pesan buat nota,pastu tengok tiap2 hari..
Jawapan saya:hehe..Insya Allah cikgu..dalam hati semangat berkobar2,tapi bila balik bilik,penyakit malas datanglah pulak..huhu

Tapi,tak mustahilkan untuk saya dapat A for Chemistry..Usaha + Tawakkal insya Allah dapat punyer..Ameen.
good luck!You can do it..^^

Doa ketika memasuki dewan peperiksaan :

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
Doa ketika sukar menjawab :
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

Doa ketika sukar menjawab :
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.

Oklah,saya nak sambung study balik..Doakan saya yek kawan2 semua..Semoga kejayaan milik kita semua di dunia dan lebih2 di akhirat sana..





Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulilah sudah habis satu step dlam menuntut ilmu. Another step sedang menungggu anda. harap mampu untuk menghadapinya.gud luck

    ReplyDelete
  2. @CHE ROSSLI
    Ameen..Syukran jazilan akhi.Alhamdulillah,semoga segala ilmu yg kita miliki dpt dprjuangkan di jalan Islam..insya Allah!

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.