Benda Paling Dekat dengan Kita..



Assalamualaikum wa sobahalkhoir..^^

Sebelum saya bercerita lanjut,kita tengok dulu ayat ni..Muhasabah sikit..
Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga,maka sungguh ia telah beruntung, Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.(surah Ali Imran,3:185)
Tentu sahabat2 semua pernah dengar tentang teka teki dari imam Ghazali ni kan..

Bertanya Imam Ghazali : “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab : “orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya”.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. 


Macam mana kawan2?Mati tu benda paling dekat dengan kita..Dah cukup ke amalan kita semua..Allahuakhbar.
Tak cukup kalau setakat kaya ngan harta benda je.Harta benda kat dunia yg kita duk agungkan ni bukannya boleh bawak pun bila kita meninggal nanti.


kita semua bakal ke sini

Lecturer saya pun telah kembali ke rahmatullah  minggu lepas..Masih muda,berusia dalam lingkungan 30-an lagi..Awalnya demam biasa2 jer..Anak sulung beliau baru jer berumur 7 tahun.Innalillah..Semoga cikgu ditempatkan di tempat orang2 yg soleh..Ameen

Jadi,jangan kita ingat mati ni nak tunggu tua dulu,nak tunggu sakit dulu..Tapi,mati boleh jadi bila2 masa dan di mana2 saja..Jom kita sama2 tingkatkan amalan..Agar kita xmenyesal di akhirat sana,kerana pada ketika itu sudah tiada gunanya lagi..



Post a Comment

0 Comments