Seminar Perubatan Islam..

Sunday, February 19, 2012

Assalamualaikum..
Subhanallah..Pagi yg indah dengan hujan yang renyai2..suka sangat dengan cuaca ni.Seperti yang saya janjikan pada entry lepas,saya nak citer pasal seminar nikan??

Seminar ni dikendalikan oleh dua orang ustaz iaitu ustaz Muna dan ustaz Nazru..Untuk ke blog perubatan Islam ni,boleh tekan sini..Ada banyak info kat sana dan gambar2 masa program ni dibuat kat kolej kitorang pun ada kat sana..hehe..Nasib baik gambar saya tak ada..


First sekali,ustaz cakap niat kita belajar ni adalah untuk meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t..Lepas tu,kami diberitahu tentang penggunaan ruqyah ayat 33..Untuk penjelasan lebih juga boleh pegi sini..Jangan pulak kita nak guna mantera bagai ye sebab benda tu salah dan SYIRIK!!Kemudian,ustaz pun suruh kami baca ayat 33 dengan kuat dengan bimbingan ustaz Nazru.Masa kami duk baca tu,tiba2 ada seorang pelajar perempuan menjerit..Ustaz pun suruh kawan2 yang duduk dekat dengan dia angkat ke tepi dan bagi air yg telah dibacakan ayat..Lepas tu,bila saya intai2,nampak pelajar tu dah tenang..Alhamdulillah..Pengalaman pertama saya lihat benda2 macam ni..

Dengan matlamat : 1 keluarga,1 perawat..
Kami juga diberitahu tentang jenis2 gangguan jin serta pencegahannya..Gangguan histeria,gangguan sihir dan gangguan saka..naudzubillah..Untuk menghindarinya,selalulah kita amalkan ayat2 suci al-Quran dan memohon pertolongan dari Allah..Sesi praktikal pulak,ustaz suruh sesapa pelajar yg rasa macam pelik atau tak sedap badan keluar ke depan..Pastu,kitorang semua baca lagi ayat 33..Ramailaa jugak yg menjerit dan meracau2..Tapi,pelajar lelaki xder sorang pun yang kena.Semuanya pelajar perempuan..Kemudian,ustaz Nazru pegi dengan pelajar2 yg sakit tu dan ustaz Muna meneruskan sesi soal jawab dengan kitorang..

Itu jerlah kot cerita sepanjang seminar tu..Insya Allah,kita sama2 amalkan ayat 33 dalam kehidupan seharian kita..Mudah-mudahan dapat menghindari diri dari gangguan syaitan..Biiznillah..

You Might Also Like

0 comments

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)