Jom Ikut Sunnah..-tidur-

Saturday, February 04, 2012

Assalamualaikum w.b.k..
Apa khabar sahabatku sekalian..
Alhamdulillah,saya dah pun selesai menjalani ujian midsem semalam.
Mudah-mudahan,saya dan kawan2 berjaya dapat result yg cemerlang..Ameen.

Malam ni,sebelum saya tidur.Saya terfikir untuk post tentang tidur cara Rasulullah..
Tidur pun dikira ibadah tau kalau kita ikut cara Rasulullah..

First sekali,sebelum baginda melelapkan mata..Baginda s.a.w akan berwudhuk terlebih dahulu.



“Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Baginda tidur dalam keadaan mengiring di atas rusuk kanan,membengkokkan betis dan tangan kanan diletakkan di bawah pipi baginda.

Kajian yang dilakukan oleh Goltech dan Potsech, amalan tidur mengiring ke kanan, boleh mempercepatkan makanan dihadam dengan baik dan ditolak ke usus secepat 2-5 jam sahaja. Ini amat baik bagi mengelakkan obesiti. Jika orang mengatakan tidur boleh menggemukkan badan dan penyakit, benar jika kedudukan tidurnya mengiring ke kiri, kerana penolakan sisa makanan ke usus mengambil masa 5-8 jam.

 Dan,seperti biasa baca doa sebelum dan selepas tidur..Banyak lagi sebenarnya amalan2 Rasulullah dalam melaksanakan ibadah tidur ni.Jadi,kita pun kenelaa amalkan jugak.Kalau kita berwudhuk sebelum tidur ..Insya Allah,malaikat akan menjaga kita sepanjang tidur kita..

Lepastu,jangan lupa bangun awal untuk solat subuh ye kawan2.. 
Lagi bagus kalau bangun tahajjud,pastu pegi solat subuh berjemaah..(terasa sebab diri sendiri pun jarang buat)

Lepas tu,saya teringat pesan abah saya masa kecik2 dulu..
Baca tiga "qul" sebelum tidur pastu ayat kursi sekali..
Dan,dalam proses kita nak tidur tu,sertaikanlah dengan zikir sampai kita tertidur..
Satu lagi,jangan lupa mengucap dua kalimah syahadah sebelum kita melelapkan mata..

oklah kawan2..saya pun nak pegi tido dah ni.doakan saya tidur dalam iman.. ^^
sebelum tu,jom bace artikel ni...best sangat!!moga bermanfaat buat semua..Assalamualaikum.
 note : Picture credit to salam ukhuwwah..

You Might Also Like

4 comments

  1. Dah follow :) Nice entry.. Suka sangat bila ada bukti saintifik yang menunjukkan betapa indahnya islam :)

    ReplyDelete
  2. comelnya doodle , mudah mudahan kita amalkan sunnah :)

    ReplyDelete
  3. @Soffeatul Raunaqiah
    Tq sudi follow..Ye,Islam tu indah n penuh kasih sayang. :)

    ReplyDelete
  4. @CikAnyss' :O
    Em,comelkan..Doodle dari belog salam ukhuwwah.Ameen,semoga kita trgolong dlm golongan yg sntiasa mengikut sunnah Rasulullah.. :)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N