Aku Rindukan Dirinya~

Salam maulidul Rasul buat semua sahabat yang kusayang fillah..
Allohumma salli a'la Muhammad wa a'la alihi wasohbihi wasallam..3x
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita,Nabi Muhammad s.a.w..

Saya pasti hari ini ramai yang post tentang maulidul Rasul ni kan??Alhamdulillah..Masing2 mempunyai kesedaran tentang hari yang mulia ni.Tapi,saya juga saaangat berharap yang kita bukan mengingati Rasulullah hari ni jer,tapi untuk sepanjang masa,setiap masa..Insya Allah..


Mari ramai2 umat Islam semua kita hidupkan sunnah Nabi Muhammad yang kita sayang ni..Benda yg saya rasa paling senang dan best untuk dibuat adalah senyum..Yeh!senyum..Bukan ketawa..(pesanan untuk diri yg suka sangat ketawa)huhu..
Daripada Sayidatina Aisyah, katanya: "Tidak pernah walaupun sekali aku melihat Rasulullah s.a.w. berlebihan ketawa hingga ku lihat anak lidahnya. Tawa beliau hanyalah berupa senyuman." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baghawy dan Ahmad)
So,kawan2..Apa lagi senyum sokmo deh..^_^Jangan masyam2 ye..hehe
Ada satu kisah yang sangat comel pada saya tentang baginda..

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,

“Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta”, katanya.

“Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta”, kata Rasulullah SAW.

“Ia tidak mampu”, kata perempuan itu.

“Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta”.

“Ia tidak mampu”.

Para sahabat yang berada di situ berkata,

“bukankah unta itu juga anak unta?”

Tengok betapa hebatnya peribadi Rasulullah s.a.w..Bukannya macam kita..kalau xmoody,terlebih happy..Ketawa xingat dunia..Kena controllaa sikit ye.

Selain daripada kisah senyum ni..Satu lagi kisah Rasulullah yg sentiasa membuatkan saya tersentuh adalah yang ni :
Pada suatu hari para Sahabat melihat air mata mengalir di pipi Rasulullah lalu bertanya, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab, “Aku rindukan Ikhwanku.” Terkejut para Sahabat dan berkata, “Bukankah kami Ikhwanmu?”
“Tidak,” kata Rasulullah. “Kamu Sahabat-Sahabatku manakala Ikhwan ialah umat Islam akhir zaman, yang datang sesudahku, yang tidak berjumpaku tapi beriman denganku.”
Ya Allah..Kawan2,tengok betapa rasulullah sangat menyayangi kita..Padahal baginda tersangatlah mulia kalau nak dibandingkan dengan kita insan yang kerdil ni..Tapi,kita pula yang sombong bongkak melupakan baginda dan tidak mahu mengamalkan suruhan Allah dan sunnahnya..Pernahkah kita mengalirkan air mata kerana rindukan kekasih Allah  ini?Atau kita hanya pernah mengalirkan air mata kerana buayafriend dan jugak gelifriend kita?Naudzubillah..
Semoga kita semua tergolong dalam golongan ikhwan yang Rasulullah rindui tu..Ameen3x



Post a Comment

3 Comments

  1. Salam ukhwah


    اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِناَ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَآلِÙ‡ِ ÙˆَصَØ­ْبِÙ‡ِ
    ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ْ

    ReplyDelete
  2. @sayda
    اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِناَ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَآلِÙ‡ِ ÙˆَصَØ­ْبِÙ‡ِ
    ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ْ

    salam ukhuwwah kembali ukhtiku sayang.. :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:20 AM

    http://www.cafb29b24.org/docs/buyativan/#36489 lorazepam 1mg cinfa - ativan uses in elderly

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.