Diari

Outing lagi..

Saturday, December 31, 2011

Assalamualaikum w.b.k..

Hehe..seperti yg tertera kat tajuk di atas..
Saya pergi outing lagi hari ni..
Niat asalnya nak pergi beli tudung..
Tapi,biasalah bila dah keluar benda lain tu mesti nak jugak beli..
huhu..dugaan betul.

Benda yang saya excited sangat nak bagitau ni adalah saya beli novel baru..
Jangan jeles ye..hehe

Novel Sebarkan Cinta-Mu..
Sebenarnya nak cari novel Seindah Mawar Berduri,tapi xjumpa..
Beli jerlaa yang ni pun.
Best jugak..Banyak manfaatnya..

ni cover depan dia..cantik sangat


Beli kat Kuantan Parade..hehe
Suke betul saya boleh beli novel baru.

Jalan2 sampailah petang..
Lepas solat zohor terus gi  naik bas..
Nasib baik boleh duduk,tak macam masa nak pegi..
Nak pegi tu kena berdiri..
Punyerla seksa..hehe

Sampai kat matrik..
Dapat tengok pemandangan yg sangat menakjubkan..
Subhanallah..
Petang yg sangat indah dan ditemani pelangi..
Cantik sangat!

Apa-apapun,sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai..
Cuba kita muhasabah apa yg dah kita lakukan pada tahun ni..
Harapnya banyak yg baik dari buruk.
Apa yg baik,kita kekalkan dan tingkatkan..
Apa yg kurang baik,kita kurangkan dan tinggalkan..
Insya Allah..

Usia makin meningkat..
Maknanya ajal kita pun semakin mendekat..
Bersediakah kita untuk mendekati ajal yg semakin mghampiri??
Subhanallah..
Jom kita sama2 berusaha meningkatkan amal tahun baru ni..

Semoga tahun baru ni menjadi tahun yg lebih baik dari tahun ni.. :)



Diari

Buku Manual Kehidupan..

Friday, December 30, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..

Kalau kita beli kereta atupun sesuatu mesin sudah tentu kita akan diberikan satu buku manual ataupun buku panduan untuk menggunakan dan menjaganya..Maknanya,kita kena jaga kereta tu ikut panduan buku tu..Kita xboleh main redah jer..Kalau kita tak ikut panduan buku manual tu,sudah tentu kereta kita akan cepat rosak.

Itu kalau cerita kereta..
Kalau cerita pasal kita sebagai seorang manusia juga merangkap seorang khalifah di muka bumi ini macam mana??
Kita juga ada buku manual untuk kehidupan..Tak lain tak bukan adalah Al-Quran yang mulia dan meliputi seluruh aspek kehidupan kita..

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat manakala dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)."
(HR. Muslim)


jangan kita pisahkan kehidupan dengan al-Quran

Jom kita sama2 perbanyakkan membaca dan mentadabbur al-Quran..Jangan membiarkan ia usang dimamah usia..Al-Quran dapat membantu kita di dunia dan di akhirat sana..

Andai al-Quran mampu berkata2:

Waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku..
dengan wudhuk kau sentuhku,
dalam keadaan suci kau pegang aku,
kau baca dengan lirih dan keras..
sekarang kau telah dewasa,
nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku..
Apakah aku bacaan usang?
Yang tinggal sejarah?
Sekarang kau simpan aku dengan rapi.
Kau biarkan aku sendiri,menjadi kusam dalam almari..
Berlapis debu,dimakan kutu..
Kumohon peganglah aku setiap hari,kerana aku akan jadi penerang dalam kuburmu..

 Beramallah dengan al-Quran..Jangan hanya belajar saja tapi tidak mengamalkannya kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.Hanya sia2..Naudzubillah..
Kalau stress,jangan kita cari lagu atau benda lain.Kita cari al-Quran dulu ye..Kerana inilah cara yang terbaik.:-)

Doodles

Doodles cute dari blog Fiz graphic

Wednesday, December 28, 2011


Assalamualaikum..
Saya dah lama dah nak buat entry pasal ni sebenarnya..
Perasan tak shoutbox baru saya 2..
Gambar 2 saya ambik dari blog

http://www.fizgraphic.com

Terima kasih sesangat..
Btw,doodles ni cute sangat..
Banyak2 time kasih diucapkan..hehe

Kepada semua sahabat2..
Jemput2lah ke blog dia..
Banyak sangat freebies yg cute2 dan 
tutorial photoshop pun ada jugak.

ok jerlah dulu..
Sebelum saya mengakhiri entry saya hari ni..
Jom tengok ni:

‎"Assalamualaikum awak, boleh berkenalan ?"

"Waalaikumussalam... Boleh je... Nie nombor telefon mak saya... Call laa dia dulu... Kalau dia kata ok, awak call ayah saya pulak... Kalau dia kata ok, Awak Call Tok Kadi... Kalau dia kata ok jugak... Kita terus nikah je... ok tak awak??? Kita bercinta selepas NIKAH...^___^! 

Diari

Kem Hijrah Remaja bersama2 Ustaz Hasrizal

Sunday, December 18, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.

Selama dua hari iaitu hari Jumaat dan Sabtu saya pergi ke masjid al-Bukhari untuk mengikuti Kem Hijrah Remaja..Program yg sangat bermanfaat dan memberi kesedaran kepada saya..Betapa saya merindui program seperti ini yg dah lama saya tak join setelah meninggalkan sekolah menengah..

Di sana,saya dapat menimba banyak ilmu dengan ceramah ustaz dan juga perbincangan dengan akak2 fasi..Programnya sangat santai dan tidak perlu tergesa2..Perkara yg paling saya ingat dalam ceramah ustaz 2 adalah untuk menjadi penghuni syurga itu kita perlu menjadi hebat.Jadi,menjadi hebat itu bukanlah satu pilihan tetapi satu kewajipan.

Hati saya bergetar ketika itu..Terfikir sejenak adakah diri ini layak untuk ke syurga yg diimpikan.Bagaimana dengan kita?Adakah sudah cukup hebat untuk menjadi penghuni syurga?Allahuakhbar.Hari2 yg dilalui tidak pernah terlepas dgn dosa.Namun,Allah itu maha pengampun..Sentiasalah memohon ampun dan bertaubat kepadaNya.

Kita ini hanyalah seorang hamba Allah.Kenapa hendak bermegah dengan nikmat yg Allah kurniakan.
Jika wajah kita cantik,itu semua datangnya dari Allah.
Jika kita kaya,rezeki itu juga datangnya dari Allah.
Semua yg kita banggakan itu adalah datangnya daripada Allah..Justeru itu,tiada apa yg perlu kita sombongkan dengan diri kita.Sekali lagi,saya katakan..Kita hanyalah seorang hamba Allah.Jadi tugas kita adalah mengabdikan diri kepadaNya.

Kami juga dapat sebuah buku yg bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'.Ada dualah nampaknya kat rumah saya..Kakak saya dah beli dah sebenarnya..hehe.
Itu sajalah perkongsian dari saya..
Sebelum berpisah semalam,sempat jugak menangis sebab nak berpisah dengan akak2 fasi..huhu

Diari

Saya dah ada sijil kahwin

Saturday, December 03, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma salli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad..

Alhamdulillah..Pagi ni saya dapat bangkit dari tidur lagi dalam keadaan yang sihat dan dipenuhi dengan nikmat yang melimpah ruah dari Allah s.w.t..Terima kasih Ya Allah..
Hari ni saya cuti dan akhirnya dapat jugak mencari ruang untuk menulis entry baru yang xseberapa ni..
Rasanya dah lama saya cakap yang saya akan buat entry pasal kursus kahwin ni(sini),tapi baru sekarang nampaknya saya berkesempatan..Agak terlewat,tapi xperlah..Sesungguhnya kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan..

Program ni matrikulasi saya yang anjurkan..Bayarannya 50 ringgit setiap seorang..Pada 24 dan 25 Sept ari tu..Alhamdulillah,banyak ilmu yang saya telah pelajari pada program hari tu..Program ni dipanggil kursus pra perkahwinan..terdapat 9 slot semuanya..

Slot pertama membicarakan tentang aqidah.Kedua pulak,ibadah..Seterusnya adalah akhlak,perkahwinan dan prosedur,pengurusan kesihatan,komunikasi dalam hubungan,menangani stress dan last sekali pembubaran perkahwinan..

Dapat buku ni..

Buku memasuki Gerbang Perkahwinan..sangat bermanfaat
Buku catatan yang dia bagi..
Lepas tu,sebelum tamat program.Kami perlu menduduki ujian..Alhamdulillah lepas..hehe

hehe..dapat 96%
 Sijil pulak kami dapat beberapa hari kemudian..ni dia..

dapat sijil ni..hehe,suke :)
Macam tu lah ceritanya saya mengikuti kursus pra perkahwinan yang dianjurkan oleh kolej saya..
Oh,hari ni kawan2 saya duk kecoh pasal filem Ombak Rindu..Harap muslimah di luar sana xberkejaran ke panggung wayang..
Bukan apa,ustaz saya cakap bukan xleh tengok movie..Tapi,panggung 2 tempat yg kurang elok.Kalau nak tengok sangat,tengok jer kat dalam laptop..Wallahua'lam..
Oklah,setakat ni jerlah dulu..Saya nak kena buat benda lain pulak..Assalamualaikum.

P E N G O M E N