Saya dah ada sijil kahwin

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma salli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad..

Alhamdulillah..Pagi ni saya dapat bangkit dari tidur lagi dalam keadaan yang sihat dan dipenuhi dengan nikmat yang melimpah ruah dari Allah s.w.t..Terima kasih Ya Allah..
Hari ni saya cuti dan akhirnya dapat jugak mencari ruang untuk menulis entry baru yang xseberapa ni..
Rasanya dah lama saya cakap yang saya akan buat entry pasal kursus kahwin ni(sini),tapi baru sekarang nampaknya saya berkesempatan..Agak terlewat,tapi xperlah..Sesungguhnya kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan..

Program ni matrikulasi saya yang anjurkan..Bayarannya 50 ringgit setiap seorang..Pada 24 dan 25 Sept ari tu..Alhamdulillah,banyak ilmu yang saya telah pelajari pada program hari tu..Program ni dipanggil kursus pra perkahwinan..terdapat 9 slot semuanya..

Slot pertama membicarakan tentang aqidah.Kedua pulak,ibadah..Seterusnya adalah akhlak,perkahwinan dan prosedur,pengurusan kesihatan,komunikasi dalam hubungan,menangani stress dan last sekali pembubaran perkahwinan..

Dapat buku ni..

Buku memasuki Gerbang Perkahwinan..sangat bermanfaat
Buku catatan yang dia bagi..
Lepas tu,sebelum tamat program.Kami perlu menduduki ujian..Alhamdulillah lepas..hehe

hehe..dapat 96%
 Sijil pulak kami dapat beberapa hari kemudian..ni dia..

dapat sijil ni..hehe,suke :)
Macam tu lah ceritanya saya mengikuti kursus pra perkahwinan yang dianjurkan oleh kolej saya..
Oh,hari ni kawan2 saya duk kecoh pasal filem Ombak Rindu..Harap muslimah di luar sana xberkejaran ke panggung wayang..
Bukan apa,ustaz saya cakap bukan xleh tengok movie..Tapi,panggung 2 tempat yg kurang elok.Kalau nak tengok sangat,tengok jer kat dalam laptop..Wallahua'lam..
Oklah,setakat ni jerlah dulu..Saya nak kena buat benda lain pulak..Assalamualaikum.



Post a Comment

2 Comments

  1. salam...nice entry..simple...kengkdg pggung wayang bleh jdi tmpat maksiat..keadaan gelap..org tak nmpak..

    ReplyDelete
  2. @Ahmad Kamil
    wa'salam..time kasih.hehe
    ya,betul 2..lbh baik elak dr pergi tmpat yg macam 2.

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.