Kem Hijrah Remaja bersama2 Ustaz Hasrizal

Sunday, December 18, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.

Selama dua hari iaitu hari Jumaat dan Sabtu saya pergi ke masjid al-Bukhari untuk mengikuti Kem Hijrah Remaja..Program yg sangat bermanfaat dan memberi kesedaran kepada saya..Betapa saya merindui program seperti ini yg dah lama saya tak join setelah meninggalkan sekolah menengah..

Di sana,saya dapat menimba banyak ilmu dengan ceramah ustaz dan juga perbincangan dengan akak2 fasi..Programnya sangat santai dan tidak perlu tergesa2..Perkara yg paling saya ingat dalam ceramah ustaz 2 adalah untuk menjadi penghuni syurga itu kita perlu menjadi hebat.Jadi,menjadi hebat itu bukanlah satu pilihan tetapi satu kewajipan.

Hati saya bergetar ketika itu..Terfikir sejenak adakah diri ini layak untuk ke syurga yg diimpikan.Bagaimana dengan kita?Adakah sudah cukup hebat untuk menjadi penghuni syurga?Allahuakhbar.Hari2 yg dilalui tidak pernah terlepas dgn dosa.Namun,Allah itu maha pengampun..Sentiasalah memohon ampun dan bertaubat kepadaNya.

Kita ini hanyalah seorang hamba Allah.Kenapa hendak bermegah dengan nikmat yg Allah kurniakan.
Jika wajah kita cantik,itu semua datangnya dari Allah.
Jika kita kaya,rezeki itu juga datangnya dari Allah.
Semua yg kita banggakan itu adalah datangnya daripada Allah..Justeru itu,tiada apa yg perlu kita sombongkan dengan diri kita.Sekali lagi,saya katakan..Kita hanyalah seorang hamba Allah.Jadi tugas kita adalah mengabdikan diri kepadaNya.

Kami juga dapat sebuah buku yg bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'.Ada dualah nampaknya kat rumah saya..Kakak saya dah beli dah sebenarnya..hehe.
Itu sajalah perkongsian dari saya..
Sebelum berpisah semalam,sempat jugak menangis sebab nak berpisah dengan akak2 fasi..huhu

You Might Also Like

2 comments

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N