Bersyukur dengan nikmat kemerdekaan..

Salam aidil fitri dan juga salam kemerdekaan.
Bagaimana dgn sambutan hari raya sahabat sekalian??Saya dan keluarga..alhamdulillah,agak bestlaa..Hari nie dari pagi sampai ke malam ziarah rumah saudara-mara dan insya Allah esok pun begitulah jugak perancangan kami..

Berbalik kepada hari kemerdekaan kita..Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan nikmat kemerdekaan ke atas negara kita ini..Sudah 54 tahun negara kita merdeka daripada dijajah..Suatu nikmat yang sangat besar dan tidak ternilai dalam kehidupan kita.

Namun begitu,apa yang dibimbangkan sekarang ini adalah sebahagian daripada masyarakat kita yang masih lagi dijajah dari segi mentalitinya..Kita lebih suka meniru budaya barat terutamanya dari segi fesyen..Fesyen yang tidak menutup aurat dan tidak mengikut syariat itu lebih menjadi pilihan daripada apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-sunnah.

harap maaf..tudung 2 kene labuhkan hingga menutupi dada yerr..hehe

Daripada kita berterusan menjadikan budaya barat sebagai budaya hidup kita,adalah lebih baik kita gantikan dengan cara hidup Islam..Jadikan Rasulullah s.w.t sebagai contoh tauladan dan al-Quran sebagai rujukan..insya Allah,hidup kita akan disulami dengan nuur dan hidayah Allah.
Ayuhlah sahabatku sekalian..Marilah kita sama2 bermujahadah dalam melawan godaan duniawi ini demi syurga di ukhrawi..insya Allah..
..pesanan untuk diri sendiri yg sentiasa lagha..

note:xsabar nak tunggu kakak saya dan keluarga balik hari jumaat ni..nak main dgn irfan.hehe




Post a Comment

2 Comments

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.