Aurat Si Mawar Berduri

Thursday, January 13, 2011

Apa khabar iman para sahabat hari nie? Tepuk dada tanya hati. In shaa Allah semuanya baik2 dgn kehendakNya..

Tiba-tiba hati terasa ingin menulis sesuatu apabila terfikirkan fesyen2 yang semakin maju dan menakutkan pada akhir zmn ini. Coretan ini diharap dapat mmberikan cahaya keinsafan kepada kita semua muslimah di akhir zaman.

Apa yang ingin ana katakan pada hari ini adalah tentang aurat si mawar brduri/muslimah.. Ya! Aurat kita sangatlah perlu dijaga dari pndangan ajnabi. Jangan disangka dengan menutup aurat,kita tidak mensyukuri apa yang Allah kurniakan kepada kita. Tapi, itu adalah satu cara yang sangat mulia kerana kita mnjaganya sehingga tidak menunjukkannya pada pandangan mata lelaki kecuali bagi pandangan mahram sahaja..

Dengan menutup aurat juga,maruah kita akan lebih terpelihara kerana para muslimin telah dapat membezakan bahawa kita adalah mawar yang terjaga. Cuba kita lihat jam tangan yang mahal,yang berada di dalam kotak kaca.. Kita tidak boleh memegangnya tapi hanya sekadar boleh memandangnya. Manakala,jam tangan yang murah dan dijual secara trbuka pula boleh dilihat dan dipegang oleh sesiapa pun. Jika mahu dibeli mereka akan membelinya dan begitulah sebaliknya. Namun, bagi yang membeli jam tangan yang murah itu sudah tentu terdetik dalam hatinya untuk membeli jam yang mahal dan indah itu.. Begitu jugalah dengan muslimat wahai sahabat! Fesyen yang smakin menjadi-jadi pula sekarang ini adalah brtudung tp Masya Allah! Hampir sama dengan brbo***. Mengapa?? Bajunya,seluarnya ketat.. Tudungnya pula dapat kita lihat bonggol untanya. Naudzubillah!!!

Satu lagi fenomena yang kita lihat pada masa ini adalah suara para gadis sudah tidak dianggap seperti aurat lagi. Ketawa di tmpat public dah macam tak ingat dunia. Pernah pada suatu hari,ana ke pasar. Tiba2,ada sekumpulan gadis yang ketawa dengan lunakknya. Then,seorang lelaki non muslim sedikit menegur dengan suara prlahan.. Masa tu,ana rasa sangat malu terhadap beliau dgn reaksi gadis2 tersebut..

Ana sebenarnya pun masih lagi mengejar cinta IlAHI.. Masih lagi tercari2 kekuatan untuk melakukan yang terbaik untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Ana coretkan ini agar kita dapat sama2 brjuang dan berhijrah ke arah yang lebih baik..In shaa Allah! Semoga Allah memberi kita hidayah dan sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan. Ameen. :)

sesungguhnya yang tertutup itu indah!

You Might Also Like

0 comments

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N