Diari

Outing lagi..

Saturday, December 31, 2011

Assalamualaikum w.b.k..

Hehe..seperti yg tertera kat tajuk di atas..
Saya pergi outing lagi hari ni..
Niat asalnya nak pergi beli tudung..
Tapi,biasalah bila dah keluar benda lain tu mesti nak jugak beli..
huhu..dugaan betul.

Benda yang saya excited sangat nak bagitau ni adalah saya beli novel baru..
Jangan jeles ye..hehe

Novel Sebarkan Cinta-Mu..
Sebenarnya nak cari novel Seindah Mawar Berduri,tapi xjumpa..
Beli jerlaa yang ni pun.
Best jugak..Banyak manfaatnya..

ni cover depan dia..cantik sangat


Beli kat Kuantan Parade..hehe
Suke betul saya boleh beli novel baru.

Jalan2 sampailah petang..
Lepas solat zohor terus gi  naik bas..
Nasib baik boleh duduk,tak macam masa nak pegi..
Nak pegi tu kena berdiri..
Punyerla seksa..hehe

Sampai kat matrik..
Dapat tengok pemandangan yg sangat menakjubkan..
Subhanallah..
Petang yg sangat indah dan ditemani pelangi..
Cantik sangat!

Apa-apapun,sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai..
Cuba kita muhasabah apa yg dah kita lakukan pada tahun ni..
Harapnya banyak yg baik dari buruk.
Apa yg baik,kita kekalkan dan tingkatkan..
Apa yg kurang baik,kita kurangkan dan tinggalkan..
Insya Allah..

Usia makin meningkat..
Maknanya ajal kita pun semakin mendekat..
Bersediakah kita untuk mendekati ajal yg semakin mghampiri??
Subhanallah..
Jom kita sama2 berusaha meningkatkan amal tahun baru ni..

Semoga tahun baru ni menjadi tahun yg lebih baik dari tahun ni.. :)



Diari

Buku Manual Kehidupan..

Friday, December 30, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..

Kalau kita beli kereta atupun sesuatu mesin sudah tentu kita akan diberikan satu buku manual ataupun buku panduan untuk menggunakan dan menjaganya..Maknanya,kita kena jaga kereta tu ikut panduan buku tu..Kita xboleh main redah jer..Kalau kita tak ikut panduan buku manual tu,sudah tentu kereta kita akan cepat rosak.

Itu kalau cerita kereta..
Kalau cerita pasal kita sebagai seorang manusia juga merangkap seorang khalifah di muka bumi ini macam mana??
Kita juga ada buku manual untuk kehidupan..Tak lain tak bukan adalah Al-Quran yang mulia dan meliputi seluruh aspek kehidupan kita..

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat manakala dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)."
(HR. Muslim)


jangan kita pisahkan kehidupan dengan al-Quran

Jom kita sama2 perbanyakkan membaca dan mentadabbur al-Quran..Jangan membiarkan ia usang dimamah usia..Al-Quran dapat membantu kita di dunia dan di akhirat sana..

Andai al-Quran mampu berkata2:

Waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku..
dengan wudhuk kau sentuhku,
dalam keadaan suci kau pegang aku,
kau baca dengan lirih dan keras..
sekarang kau telah dewasa,
nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku..
Apakah aku bacaan usang?
Yang tinggal sejarah?
Sekarang kau simpan aku dengan rapi.
Kau biarkan aku sendiri,menjadi kusam dalam almari..
Berlapis debu,dimakan kutu..
Kumohon peganglah aku setiap hari,kerana aku akan jadi penerang dalam kuburmu..

 Beramallah dengan al-Quran..Jangan hanya belajar saja tapi tidak mengamalkannya kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.Hanya sia2..Naudzubillah..
Kalau stress,jangan kita cari lagu atau benda lain.Kita cari al-Quran dulu ye..Kerana inilah cara yang terbaik.:-)

Doodles

Doodles cute dari blog Fiz graphic

Wednesday, December 28, 2011


Assalamualaikum..
Saya dah lama dah nak buat entry pasal ni sebenarnya..
Perasan tak shoutbox baru saya 2..
Gambar 2 saya ambik dari blog

http://www.fizgraphic.com

Terima kasih sesangat..
Btw,doodles ni cute sangat..
Banyak2 time kasih diucapkan..hehe

Kepada semua sahabat2..
Jemput2lah ke blog dia..
Banyak sangat freebies yg cute2 dan 
tutorial photoshop pun ada jugak.

ok jerlah dulu..
Sebelum saya mengakhiri entry saya hari ni..
Jom tengok ni:

‎"Assalamualaikum awak, boleh berkenalan ?"

"Waalaikumussalam... Boleh je... Nie nombor telefon mak saya... Call laa dia dulu... Kalau dia kata ok, awak call ayah saya pulak... Kalau dia kata ok, Awak Call Tok Kadi... Kalau dia kata ok jugak... Kita terus nikah je... ok tak awak??? Kita bercinta selepas NIKAH...^___^! 

Diari

Kem Hijrah Remaja bersama2 Ustaz Hasrizal

Sunday, December 18, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.

Selama dua hari iaitu hari Jumaat dan Sabtu saya pergi ke masjid al-Bukhari untuk mengikuti Kem Hijrah Remaja..Program yg sangat bermanfaat dan memberi kesedaran kepada saya..Betapa saya merindui program seperti ini yg dah lama saya tak join setelah meninggalkan sekolah menengah..

Di sana,saya dapat menimba banyak ilmu dengan ceramah ustaz dan juga perbincangan dengan akak2 fasi..Programnya sangat santai dan tidak perlu tergesa2..Perkara yg paling saya ingat dalam ceramah ustaz 2 adalah untuk menjadi penghuni syurga itu kita perlu menjadi hebat.Jadi,menjadi hebat itu bukanlah satu pilihan tetapi satu kewajipan.

Hati saya bergetar ketika itu..Terfikir sejenak adakah diri ini layak untuk ke syurga yg diimpikan.Bagaimana dengan kita?Adakah sudah cukup hebat untuk menjadi penghuni syurga?Allahuakhbar.Hari2 yg dilalui tidak pernah terlepas dgn dosa.Namun,Allah itu maha pengampun..Sentiasalah memohon ampun dan bertaubat kepadaNya.

Kita ini hanyalah seorang hamba Allah.Kenapa hendak bermegah dengan nikmat yg Allah kurniakan.
Jika wajah kita cantik,itu semua datangnya dari Allah.
Jika kita kaya,rezeki itu juga datangnya dari Allah.
Semua yg kita banggakan itu adalah datangnya daripada Allah..Justeru itu,tiada apa yg perlu kita sombongkan dengan diri kita.Sekali lagi,saya katakan..Kita hanyalah seorang hamba Allah.Jadi tugas kita adalah mengabdikan diri kepadaNya.

Kami juga dapat sebuah buku yg bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'.Ada dualah nampaknya kat rumah saya..Kakak saya dah beli dah sebenarnya..hehe.
Itu sajalah perkongsian dari saya..
Sebelum berpisah semalam,sempat jugak menangis sebab nak berpisah dengan akak2 fasi..huhu

Diari

Saya dah ada sijil kahwin

Saturday, December 03, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma salli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad..

Alhamdulillah..Pagi ni saya dapat bangkit dari tidur lagi dalam keadaan yang sihat dan dipenuhi dengan nikmat yang melimpah ruah dari Allah s.w.t..Terima kasih Ya Allah..
Hari ni saya cuti dan akhirnya dapat jugak mencari ruang untuk menulis entry baru yang xseberapa ni..
Rasanya dah lama saya cakap yang saya akan buat entry pasal kursus kahwin ni(sini),tapi baru sekarang nampaknya saya berkesempatan..Agak terlewat,tapi xperlah..Sesungguhnya kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan..

Program ni matrikulasi saya yang anjurkan..Bayarannya 50 ringgit setiap seorang..Pada 24 dan 25 Sept ari tu..Alhamdulillah,banyak ilmu yang saya telah pelajari pada program hari tu..Program ni dipanggil kursus pra perkahwinan..terdapat 9 slot semuanya..

Slot pertama membicarakan tentang aqidah.Kedua pulak,ibadah..Seterusnya adalah akhlak,perkahwinan dan prosedur,pengurusan kesihatan,komunikasi dalam hubungan,menangani stress dan last sekali pembubaran perkahwinan..

Dapat buku ni..

Buku memasuki Gerbang Perkahwinan..sangat bermanfaat
Buku catatan yang dia bagi..
Lepas tu,sebelum tamat program.Kami perlu menduduki ujian..Alhamdulillah lepas..hehe

hehe..dapat 96%
 Sijil pulak kami dapat beberapa hari kemudian..ni dia..

dapat sijil ni..hehe,suke :)
Macam tu lah ceritanya saya mengikuti kursus pra perkahwinan yang dianjurkan oleh kolej saya..
Oh,hari ni kawan2 saya duk kecoh pasal filem Ombak Rindu..Harap muslimah di luar sana xberkejaran ke panggung wayang..
Bukan apa,ustaz saya cakap bukan xleh tengok movie..Tapi,panggung 2 tempat yg kurang elok.Kalau nak tengok sangat,tengok jer kat dalam laptop..Wallahua'lam..
Oklah,setakat ni jerlah dulu..Saya nak kena buat benda lain pulak..Assalamualaikum.

Diari

Semester Baru!!

Saturday, November 19, 2011

Assalamualaikum..

Setelah dua minggu bercuti..akhirnya kene datang balik ke matrikulasi nie..
Semalam saya datang balik sini.
Bertolak dari Kelantan ke Pahang..
Dari pukul 11 hinggalah pukul 4.30 petang duk kat atas bas 2..huhu

Sebenarnya,hari ni saya baru jer habis exam muet..
Yang paling dahsyat tadi rasenya listening kot..
Tapi,ape2 pun sekarang ni kena tawakkal jelah..
Moga2 saya dan kawan2 semua dapat result yang excellent..

Raya haji pulak okeylah..
Tapi,kakak saya dua orang xbalik dan seperti biasalah abang saya juga.
huhu..sedihlaa jugak beraya xder orang sangat..

Dan untuk sem baru ni..
Saya nak ubah perangai lama saya yang xelok ke arah yg lebih baik..
insya Allah..
Saya ngan roommates siap ada perjanjian lagi..
hehe..
Harap2 jadilaa kitorang nie..
Takut jugak kalau hangat2 tahi ayam..
Emm..tu jerlah kot.

Sebelum saya mengakhiri kalam ni..
Izinkan saya share satu mesej dari kawan saya..



Buat ukhtiku sayang..
Kubangga bila bibirmu berzikrullah dari siulan yang melalaikan,
Pandangan matamu tunduk dari panahan godaan,
Telingaku pekak dari angin umpatan,
Auratmu dijaga dari tontonan,
Pakainmu selari dengan tuntutan bukan diceduk dari majalah2 hiburan,
Pendirian agamamu utuh walau bersendirian,
Hijrahmu kerana Allah,
Tindak tandukmu dibuat dengan keikhlasan demi mendapat redha Allah..
Moga2 bertambah ketaqwaan kita kepada Allah..Amiin.

Diari

Bila imtihan datang~

Friday, October 14, 2011

Salam alaik buat semua..

Malam semalam,kolej kami dah buat solat hajat dan bacaan yaasin perdana
 bersempena dengan imtihan yang bakal datang ni..
Alhamdulillah..Ramai yang datang kat surau.
Ibu bapa pun ramai yang turut serta..

Minggu depan start study week..
Pastu,hari Jumaat start exam paper Bi..
Allahuakhbar..
takut betulla dengan exam ni..

Lepastu,insya Allah habis pada 3 Okt pukul 3.30 ptg..
Dan pastu,pukul 5 petang..
Ooo...Balik kampung.hehe


Esok pulak ade bengkel Math dari pukul 8.30 sampai pukul 4.30 petang..
Jadi,malam ni kena tidur awal..
nanti xpasal2 duk tersengguk2 kat dewan kuliyyah..hehe

Oh,dan satu lagi benda yang menakutkan..
MUET SPEAKING!!
Takut sangat..Hari Rabu ni saye punya turn.
Semoga saya dan kawan2 semua dapat menjawab dengan baik..

Time2 macam ni..teringat pulak kat abang saya.
Kalau dulu,saya duk cakap takut nak exam..
Mesti dia cakap..
takut nak exam atas dunia..
"exam" kat akhirat sana lagi besar n menakutkan..
(rindula pulak kat abangku yang sorang tu..huhu)

oklaa..saye xleh nak buat entry panjang2 sangat.
Nanti,insya Allah lepas exam saya nak citer pengalaman saya gi kursus kahwin..hehe

note:doakan kejayaan ana..bittaufiq wannajah fil imtihan..insya Allah,amiin..

Diari

Shopping!!

Sunday, October 02, 2011

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak cerita yang saya dan roommates saya keluar outing semalam..
hehe..
Shopping sakan sampai kekurangan duit..(kena jimatlah pasni)
Masa nak keluar kene naik bas..
punyerlaa saya ngan roommates keluar awal sebab kononnya nak duduk bila naik bas nanti..
Tapi,sekali bas sampai..
kawan2 yang lain cepat sangat sampai kami berempat semua xdapat tempat duduk..
sedih betul..huhu
Tapi,lucu sangat mase tu..

Mase kat atas bas peganglaa kat kerusi tu..
Bila bas tiba2 break..
kerusi tu pulak buat hal.
bergerak2..xstabilla kitorang..
bising betul mase tu..hehe
Malu betul..tapi,nasib baik xramai lelaki..

Saya bersemangat nak pegi outing sebab nak pegi IT fair sebenarnya..
Saya beli headphone dengan laptop skin jer..

Sape nak tengok saye punye laptop skin??hehe

angry bird..haha

balik dalam kul tiga lebih..
nasib baik dapat duduk dalam bas.
Ape lagi,tidolaa..
seronok sangat pegi outing semalam..
ok,tu jerlaa..
assalamualaikum..


Diari

Sanah helwah buat 2 saudara~

Thursday, September 29, 2011

Assalamualaikum sahabat saye semua..^^

Ok,straight to the point..
Hari ni birthday kakak saya dan sebenarnya saye punye 26hb Sept..
(promote kejap).hehe..
Jadi,saya nak ucapkan selamat hari lahir buat kakakku yang tersayang..
Sorry xder hadiah..hehe
Semoga hidupmu dipenuhi kaberkatan daripada Allah s.w.t..


Then,cerita saye pulak..
Terharu sangat dapat mesej dari kakak sulung saya..
Selamat hari lahir yang ke-18 buat adikku yang tersayang..
Semoga sentiasa dilindungi Allah selalu..
Moga tercapai apa yang dihajati dan dipermudahkan segala urusan..
Rajin2 balajar dan moga jadi anak yang solehah..

Amiin2x..Insya Allah!!adikmu akan berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelum ni..
terima kasih kakakku yang tercinta..hehe

Terima kasih yang tak terhingga jugak kepada ma dan abah..
Atas segala jasa mendidik dan mengasuh diriku ni sejak dari kandungan sampai sekarang tanpa meminta sebarang balasan..
Terima kasih banyak2x dan jugak mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala kesalahan puterimu ini..
(oh,tiba2 rindu nak balik rumah..sabarlah wahai hati)
Perkara yang paling sedih bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah,tetapi amalanku tidak bertambah
~Ibn Mas'ud~

Semoga amalanku akan bertambah seiring dengan pertambahan usiaku ini..
Ya Allah,bantulah hamba-Mu yang lemah ini..

note:perut dah kecut..exam dekat jer lagi.sahabat dah exam ke belum??

Muslimah

Solehah itu indah..

Friday, September 16, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.k.
subhanallah..alhamdulillah..Allahuakhbar..


MUSLIMAH SOLEHAH..

Rendah pandanganmu tinggi iltizam,
Taatkan ALLAH dan nabi junjungan,
Bibirmu dibasahi zikrullah..
Lunakmu menghiasi kalamullah..
Pakaianmu taqwa bukan sengsara,
Langkahmu tegas bukan menangkas,
Senyummu ibadah bukan fitnah,
Malumu iman bukan lakonan,
Dirimu suci bersih,
Durimu beraja harummu terpelihara..


Buat sayangku muslimah sekalian..
Berjihadlah dalam menongkah arus duniawi ini..
Islam meninggikan martabat kita sebagai seorang wanita.
Bersyukurlah kerana kita bukan di zaman jahiliyyah.
Zaman yg menjadikan wanita sebagai hamba.

Islam memartabatkan wanita solehah sebagai seindah2 hiasan di dunia..
Semoga kita bakal menjadi bidadari syurga di akhirat sana..
Amiin..

hiasi malammu dengan qiamullail..

Diari

Cantiknya Kawan2 Saya..

Tuesday, September 13, 2011

Assalamualaikum w.b.k..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w..



Setiap pagi Isnin,saya suka sangat tengok classmates saya yang perempuan..
Semuanya bertudung dengan cantik..
Sebab pagi tu ada masa agama.
Ustazah saya wajibkan pelajarnya pakai tudung yang melepasi dada.
Tapi,bila waktu petang jer diorang dah tukar tudung..Sedih pun ada.
Saya pun tak mampu buat apa..
Saya xreti nak nasihat orang,saya hanya senyum jer..
Kadang-kadang saya takut,saya takut nanti di akhirat kelak saya dipersoalkan..
sebab saya tak nasihatkan diorang..

Saya suka tengok ustazah..
Ustazah berani menegakkan kebenaran.
Walaupun ada pelajar yang sedikit memberontak,
ustazah tetap mewajibkan pemakaian yang menutup aurat.
Sampai akhirnya mereka akur..

Pelajar lelaki pulak seronok bila pelajar perempuan kena tegur ngan ustazah..
Tapi,bila ustazah cakap pasal solat berjemaah kat surau.
Macam2 alasan diorang bagi..
Ustazah cakap lelaki yang sejati adalah lelaki yang solat lima waktu berjemaah..

Saya harap sangat kami semua dapat ikut nasihat ustazah..
atau lebih tepatnya suruhan Allah..
Mungkin susah nak buat..
Tapi,ingatlah sesungguhnya mujahadah itu pahit kerana syurga indah.

Kita hidup kat dunia nie sementara je..
Kehidupan kat akhirat yang akan kekal..
Jadi,kita nak pilih yang mana..
Senang di dunia ke senang di akhirat..
Pakai tudung labuh sikit..dah panas.
Panas kat dunia,apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan panas api neraka di akhirat kelak..
Naudzubillah!!

Sahabat2 yang saya kasihi,
jomlah kita ikut syariat..
Janganlah fikir banyak sangat..
Segala kewajipan yang Allah tetapkan ada kebaikannya tersendiri..
Kita jugak yang untung bila kita ikut perintah Allah..
Saya bukan nak menasihat xbertempat..
Peringatan untuk diri sendiri jugak..
Insya Allah,ada manfaatnya..


Amiin..Wallahua'lam.

note:petang esok saya kena buat pengucapan awam untuk subjek Kemahiran Dinamika..Doakan yg terbaik buat saya.. :)

Cinta

Saat Lafaz Sakinah..~far east~

Saturday, September 10, 2011


assalamualaikum..
jom tengok sikit lirik nasyid nie..saye suke sangat ngan lagu nie..rase sayu jerr.
teringat mase kakak saye kahwin dulu..first time tengok abah nangis..



Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

lirik lagu nie saye ambik dari laman web lirik lagu nie..

ops,sebelum tu..sempena bulan syawal nie..
jom kita sama2 melakukan puasa sunat enam..
insya Allah besar manfaatnya.. 

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”

life

Bersyukur dengan nikmat kemerdekaan..

Thursday, September 01, 2011

Salam aidil fitri dan juga salam kemerdekaan.
Bagaimana dgn sambutan hari raya sahabat sekalian??Saya dan keluarga..alhamdulillah,agak bestlaa..Hari nie dari pagi sampai ke malam ziarah rumah saudara-mara dan insya Allah esok pun begitulah jugak perancangan kami..


Berbalik kepada hari kemerdekaan kita..Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan nikmat kemerdekaan ke atas negara kita ini..Sudah 54 tahun negara kita merdeka daripada dijajah..Suatu nikmat yang sangat besar dan tidak ternilai dalam kehidupan kita.

Namun begitu,apa yang dibimbangkan sekarang ini adalah sebahagian daripada masyarakat kita yang masih lagi dijajah dari segi mentalitinya..Kita lebih suka meniru budaya barat terutamanya dari segi fesyen..Fesyen yang tidak menutup aurat dan tidak mengikut syariat itu lebih menjadi pilihan daripada apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-sunnah.

harap maaf..tudung 2 kene labuhkan hingga menutupi dada yerr..hehe

Daripada kita berterusan menjadikan budaya barat sebagai budaya hidup kita,adalah lebih baik kita gantikan dengan cara hidup Islam..Jadikan Rasulullah s.w.t sebagai contoh tauladan dan al-Quran sebagai rujukan..insya Allah,hidup kita akan disulami dengan nuur dan hidayah Allah.
Ayuhlah sahabatku sekalian..Marilah kita sama2 bermujahadah dalam melawan godaan duniawi ini demi syurga di ukhrawi..insya Allah..
..pesanan untuk diri sendiri yg sentiasa lagha..

note:xsabar nak tunggu kakak saya dan keluarga balik hari jumaat ni..nak main dgn irfan.hehe


Ramadhan kareem

Ramadhan bakal berlalu pergi..

Sunday, August 28, 2011


Assalamualaikum..ape khabar sahabatku semua??
Alhamdulillah,kakak2 saya semuanya dah selamat sampai kat rumah dengan izin Allah.Sorang jer kakak saye xbalik sebab beraya kat rumah bapa mertuanya dan abang saye pun xbalik jugak sebab sedang menuntut ilmu kat Indon..

Tanpa kita sedari..insya Allah,tinggal esok sehari jer lagi kita akan berpuasa..Kemudian Ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan kita dan Syawal pula yang akan menjemput.Ramadhan..bulan yg penuh barakah,di mana segala amalan yg kita lakukan dilipat gandakan oleh Allah s.w.t..Allahuakhbar..Sesungguhnya Allah itu maha pemurah lagi maha pengasih.

Bagaimana dengan Ramadhan kita tahun ini??Adakah kita hanya berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga..ataupun kita berpuasa dari segala aspek dengan sebenar2 puasa..Tepuk dada tanya iman.Mudah-mudahan puasa kita diterima Allah..

Di akhir Ramadhan ini,apakah perasaan kita??Adakah kita gembira ataupun bersedih dengan pemergian Ramadhan ini??
Sesungguhnya orang yang beriman pasti akan bersedih untuk meninggalkan Ramadhan kareem ini.Namun,sebaliknya pula bagi orang yg tidak beriman kpd Allah..

gambar sekadar ilustrasi

" Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa."                                                                                (surah-al Baqarah:183)

Mudah-mudahan taqwa kita akan meningkat seiring dengan pemergian Ramadhan tahun ini..Moga2 kita masih lagi berpeluang untuk menjejakkan kaki kita ke universiti Ramadhan pada tahun yg akan datang..

P/S:
Di kesempatan ini,saya ingin memohon maaf andainya ada silap n salah..
Gambar kat atas tu buruk sikit sebab saya baru belajar.hehe

Ramadhan kareem

indahnya Raamadhan..

Wednesday, August 10, 2011

assalamualaikum w.b.k..
salam ramadhan penuh barakah..jom kita sama2 berlumba2 dalam melakukan ibadah di bulan yg dilipat gandakan pahala ini..

tadi,pegi tarawih kat surau..sebelum isyak,ada tayangan pasal Palestin..sedih sangat tengok diorang..rase bersyukur sangat dengan kehidupan kita.negara aman dan makanan cukup..kehidupan yang dilimpahi nikmat..alhamdulillah..
seorang ulamak dari palestin datang mengimamkan solat tarawih kami..lepas tu,beliau bagi tazkirah dalam Bahasa Arab..nasib baik ada ustaz tolong terjemah.kalau tak,mesti xfaham.huhu..
beliau cakap kita perlu bersyukur sangat dengan nikmat yg dikurniakan..jauh berbeza dengan kehidupan di Palestin..Beliau juga meminta kita semua selaku saudara seislam sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka..

akhir kalam,di bulan ramadhan yg mulia ini..ayuhlah kita sama2 meninggkatkan amalan..sama2 kita perbanyakkan tadarus al-Quran,bersedekah,qiamullail dan sebagainya..
saya kena beransur2 tidur dah nie..esok nak bangun sahur pulak.


Jom Exchange Banner!!

Tuesday, July 26, 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.k.

Ada tak sape2 yg sudi nak tukar banner dengan saya?Kalau ada boleh tinggalkan komen kat sini.Awak copy saya punya banner saya copy awak punya banner..hehe
Sama-samalaa kita ziarah menziarahi..Tapi,ada syarat jugak ek.
  • Tidak mengandungi unsur lucah,tidak bermoral atau perkara2 negatif yang lain
  • Tidak mempamerkan gambar2 yang tidak menutup aurat
  • Tidak mencarut dan mengeluarkan kata2 yang tidak senonoh
Ok,ni dia saya puya banner..Copylaa code tu kalau sudi.Insya Allah dalam masa yg terdekat saya akan copy awak punye balik.Kalau terlambat tu jangan marah tau.



Jom sama2 kita gi melawat kawan2 kita kat bawah ni..


  


Diari

kehidupan..

Saturday, June 18, 2011

assalamualaikum buat para sahabat bloggerku..
apa khabar semuanya??maafkan saya kerana sudah lama mengabaikan blog nie..sememangnya kehidupan kat matrix nie sedikit sibuk..hehe,tapi alhamdulillah.semuanya berjalan dengan lancar dengan kehendak-Nya..

namun,perlu kita ingat walau sesibuk mana pun kita menjalani kehidupan seharian..namun tanggungjawab kita terhadap ALLAH yg satu tetap perlu ditunaikan..

 " Bekerjalah seperti engkau hidup selamanya,tetapi beribadahlah seakan engkau akan mati besok" 
pagi tadi,ada kursus pengurusan jenazah..ustaz ajar cara mandi dan kafankan mayat..siap dengan demo lagi..sangat terbaiklah..
note:saya ambik modul 2 kat sini..fizik,kimia n sains komputer..wish me luck k..
assalamualaikum..

Diari

Semakan Rayuan ke Matrikulasi 2011

Saturday, June 04, 2011

assalamualaikum..
kepada sesiapa yg membuat rayuan matrikulasi ari tu..
dah boleh cek hari nie..
boleh cek kat laman web nie..


dan,akan keluar gambar macam nie..

isi nom kad pengenalan

saya dah cek dan alhamdulillah dapat..
kat matrikulasi Pahang..
6 Jun dah kena daftar..penatlaa nak kemas barang semua.

ops,sebelum tu..
jom kita berdoa sempena bulan Rejab yg dah menjelma nie..

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"

life

Sooo cute!!

Monday, May 30, 2011

ASSALAMUALAIKUM..
apa khabar sahabatku sekalian??

hari nie saya nak kongsikan gambar2 kucing yang sangat2 cute!hehe
SUBHANALLAH!!
indahnya ciptaan Allah s.w.t..
jom tengok sama2..^__^

mewah betul kucing nie..hehe

comelnye dia tidur..^__^

putih bersih..mata pun bulat

cute sangat!!

tapi,ada jugak gambar kucing yang menakutkan..haha
meh tengok!!
takutlaa kucing nie!!=_=
kenapa dengan kepala dia??arghh..

tengok gambar kucing2 nie..teringat pulak saya ketika kecik2 dulu..
saya dengan kawan saya  pernah buang kucing dalam sungai..huhu
terukkan..
kitorang suka tengok kucing tu berenang..
tapi,pastu kene marah dengan abah dan dah xbuat lagi lepas tu..
hehe..dah insaf.jangan cuba tiru ye..xbaik menganiaya binatang..

pastu,saya jugak teringat ada kawan lelaki saya yg sangat fobia dengan kucing..
saya pun xtau kenapa..
mase tu,kucing masuk dalam kelas..pastu,pegi dekat dia..
punyerlaa kuat dia menjerit..siap berpeluh2 lagi..
terkejut sebab xbiasa tengok lelaki takut dengan kucing sampai macam tu sekali..

kucing nie selalu nampak macam senyumkan..
jadi,kita kene tiru kucing..smile always..hehe

ingat ye kawan2 sekalian..sayangilah hidupan lain walaupun mereka tidak mempunyai akal fikiran..
bukan kucing je ok..binatang lain pun kena sayang jugak..kene wat baik jugak..hehe



note:seorang sahabat saya telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu yang lepas akibat kemalangan jalan raya..innalillah..

Diari

kudisuntik jarum yg besaaar punyer!!

Sunday, May 15, 2011

Assalamualaikum..

rasenyer dah nak dekat seminggu saya mengabaikan belog nie..hehe..nak tau tak kenapa??sebab saya dah daftar masuk ke form six..huhu..sedikit letih tapi oklaa.saya daftar hari Isnin lepas.pastu,sambung ngan orientasi pada hari Selasa,Rabu dan Khamis..

minggu orientasi dipenuhi dengan aktiviti2 ceramah tentang hala tuju selepas stpm dan jugak subjek2 yang akan kami belajar lepas nie..huhu..tapi,pada hari Rabu saya skip program sebab saya pegi derma darah..saya derma sebanyak 300ml..haha.sangat excited sebab ni first time saya derma darah.^__^

barang2 yg saya dapat..^^
saya dapat sijil!!
dan ini jugak..hehe
dapat pen dan ubat..tapi,xmakan pun ubat.huhu

kat sini,saya nak bagi tips untuk kaum muslimah..kalau xnak bagi aurat kita terdedah time derma darah..pakailah stokin tangan ataupun stongan dan jugak tudung yang labuh..nanti kita boleh tutup dan aurat kita sebagai seorang muslimah insya Allah terjaga..

note:saya dapat ramai kawan baru sekarang..hehe,best!

life

Syaitan Mengejutnya untuk Solat..

Thursday, May 05, 2011

Assalamualaikum dan selamat petang buat kawan2 semua..
hari ni saya nak berstory mory dekat korang semua pasal Syeikh Abdul Qadir al-Jilani..
best citer dia..meh dengar meh..hehe

Satu hari,akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba..
Melihat keadaan itu,syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir..

Syeikh Abdul Qadir pun terbangun.mujur waktu subuh baru sahaja masuk.dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.maka,berlakulah perbualan..

Syeikh:mengapa kamu kejutkan aku untuk solat subuh sedangkan kau amat benci kepada orang yang solat?



Syaitan:aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh.


Syeikh:kenapa?


Syaitan:aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh,kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan2 yang banyak dan lebih serius.kau akn bersedekah.kau akan membantu orang lain.kau akan mengajar lebih lama.kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit.dengan itu,aku dan kawan-kawanku pula yang akan bertambah susah.jadi,lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya agar kami tidak perlu menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan2 baik kamu.


credit to uncle google.heheh


begitulah kawan2 betapa hebatnya Syeikh Abdul Qadir al-Jilani..sudah tentu sangat jauh bezanya dengan kita yang sering liat untuk bangun mengerjakan solat.

syaitan itu juga sangat inovatif dalam menyesatkan manusia..pelbagai taktik yang digunakan untuk menarik kita ke arah kelalaian..semoga kita terus berada dalam nikmat iman.Amiin.
kredit to majalah solusi isu no.25..





Diari

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2011

Monday, May 02, 2011

assalamualaikum..
bagi pelajar lepasan SPM hari nie dah boleh buat semakan tawaran form six..
kat mane lagi nak semak kalau bukan kat KPM kan..



ok,korang boleh klik jer kat link atas tu..
pastu,dia akan keluar macam nie


pastu,masukkan jer nom ic..cam biase..
pastu,result dia akan keluar..
DONE!

sebelum tu,saya nak tanye,antara  form six dengan matrix yang mane lagi baik ek??
ramai yang saya jumpa,cakap form six lagi baik..
konfiuslaa..
tunggu keputusan upu pulak..
doakan saya agar dapat asasi ye..
ok,TQ..


life

Jodoh Tak Sampai Lagi?

Wednesday, April 27, 2011

bismillahirrahmanirrahim  n assalamualaikum..
sebenarnyer,kate2 ni ana ambik dari sms yang ana dapat..
so,rasenyer xsalah untuk dikongsi di sini..

boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..
~Al-Baqarah:216~

wahai wanita solehah,
jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu,
xkan terpaut pada wanita hanya pada
kecantikan atau lirikan senyuman,
pada bicara manja yang menggoda,
pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya..
sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.
andai belum sampai jodohmu,
anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu sedang membina 
sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu..
kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan
adam yang benar2 layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu..
i.Allah..

jangan sekali2 menyerahkan cintamu pada sesuatu yang merosakkan..
kerana..
wanita itu ibarat rama2..
apabila jari tersentuh sayap rama2,maka coraknya akan hilang..
begitu juga dengan wanita,apabila lelaki bukan mahram
dibiarkan melihat dan menyentuh mana2 bahagian tubuhnya,
maka akan hilanglah sedikit demi sedikit kemanisan diri itu..
gambar nie saye guna wat profile twitter saye^^

jagalah sebaik mungkin dirimu itu kerana dirimu begitu berharga..
sebaik2 perhiasan duniawi adalah wanita solehah..

Diari

Kenduri..

Friday, April 01, 2011

assalamualaikum..

ari nie,rumah mak sedara ana wat kenduri..sempena aqiqah anak sepupu ana.nak tau tak??ana kene mesin kelapa lapan biji semuanya..huhu..penat betul bile dah siap tu..menggeletar tangan nie..tapi,xpe..best!!hehe

pastu,rumah ana pun tumpang meriah sekali sebab saudara mara ana dtg nak tengok anak sedara baru ana..huhu.seronok sebab dpt jumpe ramai sedara mara ari nie..esok,turn rumah ana pulak buat kenduri..kecik jerr..majlis tahnik dan bercukur jambul..semoga semuanya berjalan dgn lancar..
Amin..

oklaa,kene beransur2 utk tido dah nie..esok ade benyak lagi keje nak buat..
assalamualaikum..gud nite all.

Anak Buah

Anugerah Allah.

Wednesday, March 30, 2011

assalamualaikum..

hari nie ana nak bagitahu satu good news tau..ana dah dapat anak sedara,anak sedara sulung..saaangat happy..syukur sangat2 ke hadrat Ilahi krn mengurniakan baby yg sgt cute dan sihat tubuh badan..dia punyerr berat adalah seberat 3.7kg..beratkan..dia dilahirkan pada 27 march 2011 bersamaan 22 rab awal 1432..pada pukul 1 setengah petang..

Anugerah Allah
first day..comeykan.macam mak sedara dia..hehe
dalam duk main2 ngan baby tue..ana pun terfikir..
sangguplaa org buang anak,bakar anak,bunuh anak..memang xberperikemanusiaan langsunglaa org yg wat camtu..

lagi satu,bile ana tgk kakak ana yg sakit tue..rase sgt sayu..jalan pun cam xboleh.cakap pun jadi slow sangat sebab terlalu letih..bila fikir2,sangat xpatut untuk kita lawan cakap seorang ibu yg melahirkan kita..kakak ana cakap..
"baru tau rase sakit beranak..sangat sakit dan xleh gambarkan ngan kate2.."
ana yg mendengar..terus jadi seriau..tp,pahala untuk ibu yg melahirkan anak sangatlah besar..bertarung nyawa demi seorang anak yg dikandungnya..terima kasih ibu..jasamu xdapat kami balas..



mereka jugalah yg mendidik dan menjaga kita dari sekecil2 perkara hinggalah perkara yg ter besar dalam kehidupan seharian kita..sekali lagi ingin ana ucapkan..

TERIMA KASIH IBU ATAS SEGALA JASAMU..DAN MAAFKANLAH SEGALA KESALAHAN ANAKMU INI..

Diari

Bersabarlah..

Wednesday, March 23, 2011

assalamualaikum w.b.k....
ape khabar ikhwan dan akhowat sekalian..hari nie result ana kuar..
dah pegi amik pun..akhirnyerr,penantian dahpun berakhir..hehe
tahniah kpd semua rakan2 yg berjaya mendapatkan keputusan yg cemerlang..namun kpd yg krg berjaya,bersabarlah..yakinlah dgn ketentuan Ilahi..pasti ada hikmah di sebalik semua yg berlaku..
seronok sgt dpt jumpe dgn sahabat2 yg sgt dirindui semuanyerr dan juga guru2 yg dicintai..




kat sini..ana nak berkongsi 8 perkara yg kita blh lakukan bagi meningkatkan diri kita..gagal sekali bukan beerti gagal untuk selamanya.

Dr Yusof Al Qardhawi berkata ada lapan perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang, iaitu:

  1. Mengenali hakikat hidup di dunia yang penuh cabaran dan sementara.
  2. Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had tertentu.
  3. Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran Allah.
  4. Yakin bahawa Allah akan membantu hambanya.
  5. Berusaha mencontohi orang sabar.
  6. Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah.
  7. Sentiasa beriman kepada qadar dan sunnah Allah.
  8. Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti marah, sedih berlebihan, putus asa dan gopoh-gapah.

ya!!kita semua berhak berjaya..jgn sesekali berputus asa atau mengalah..
semoga setiap drp kita trgolong dlm golongan org yg sabar..sesungguhnya Allah sentiase brsama-sama org yg sabar..

GA dan Contest

contest gambar kartun islamik paling cute

Friday, March 18, 2011

 assalamualaikum..
hari ni saye nak join satu contest yg dibuat oleh cik  ..hehe
sebelum mula,bace bismillah dulu biar blh menang contest nie..
bismillahirrahmanirrahim...

PABILA JEJARIKU MULA BERBICARA
nie header tuan punyer blog yg kiut miut cik 



saye plg suka dgn picture nie sebab die comel dan tiut miut..
pastu,kate2 dia sgt best dan terkesan di hati saye..
stp kali bace mesti teringat kenangan time ngan kawan2 kat skul dulu..huhu
teringat ukhuwwah kami yg sgt erat..
semoga berkekalan hg ke akhirnya dan sntiasa mndapat keredhaan ALLAH..
ukhuwwah fillah abadan abadan,i.Allah!

saye upload gamba nie kat dalam facebook..
pastu,saye tag hampir kesemua rakan muslimah saye..
dgn harapan agar persahabatan kami berkekalan sampai bila2..
luv u all...

ok,pastu saye nak tag beberapa org sahabat saye..
sape yg brtuah ye..jeng3x..

nuhama



last sekali, sape2 yg nak menyertai contest nie blh klik kat  bawah nie...



                                                                                            


 

P E N G O M E N